web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembuat Wau Bulan Mrs Malaysia Bangga Seni Kraf Dijulang Di Pentas Dunia

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 12:26PM

Mohd Azeimi Muhd Noor. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Mula menceburi seni pembuatan kraf wau tradisional seawal usia empat tahun, siapa sangka Mohd Azeimi Muhd Noor, 45, adalah tulang belakang dalam rekaan kostum Mrs Malaysia World 2023 di pentas antarabangsa.

Lebih mesra disapa 'Mie Sering', penglibatan kali pertama menghasilkan kostum 'Wan Bulan' bagi pertandingan ratu dunia itu sudah pasti tidak disia-siakan, walaupun mengakui berdepan kesukaran dan cabaran sepanjang pembuatan wau bulan gergasi berkenaan.

"Pada Ogos tahun lalu, pereka busana dari Sarawak iaitu Saran Lagong telah berjumpa dan berbincang dengan saya untuk membuat kostum wau bulan kepada wakil Malaysia yang sertai Mrs World 2023 iaitu P. Vanishaantini.

"Saya ambil masa hampir tiga bulan untuk siapkan wau bulan berukuran 3.8 meter tinggi dan lebar 4.8 meter dengan berat kira-kira 10 kilogram (kg) kerana ingin memastikan peserta negara dapat membawanya dengan selesa dan selamat sewaktu pertandingan," katanya ketika ditemui BERNAMA di rumahnya di Kampung Sering, hari ini.

Menurut Mohd Azeimi, susulan pengiktirafan diberikan kepada kostum wau terbesar itu oleh Malaysia Book Of Records (MBOR), kostum berkenaan tidak mudah untuk dibawa ke luar negara dan beliau terpaksa menggunakan teknik pasang siap iaitu boleh dilipat dan dipasang semula dengan cepat.

"Teknik melipat wau bulan ini adalah cabaran paling besar yang terpaksa saya lakukan kerana hendak pastikan ukiran wau bulan tidak rosak serta buluh-buluh yang digunakan tidak patah dan sebagainya.

"Memandangkan saya tidak sertai pasukan Malaysia ke pertandingan itu, segala persiapan dan kelengkapan wau bulan ini perlu saya pastikan berada dalam keadaan baik dan selamat, selain perlu membuat video tutorial supaya pasukan ke pertandingan itu dapat membantu memasang wau bulan kepada peserta kita," katanya.

Beliau yang pernah menjuarai Festival Layang-Layang Antarabangsa di Turkiye pada 2018 berkata, wau adalah satu daripada lambang kebudayaan Malaysia terkenal di seluruh dunia kerana keunikan ukiran dan kehalusan hasil kerja tangan yang mungkin memberi kelebihan kepada peserta negara.

"Saya yakin rakyat Malaysia pasti bangga apabila seni kraf wau telah dikenali banyak negara melalui pertandingan ini, selain peranan pihak kerajaan dalam mempromosi serta memartabakan seni ini secara berterusan," katanya yang sudah 16 kali memenangi tempat pertama Pertandingan Wau Tradisi Bengkel Kebangsaan sejak 2007.

Sebelum ini, BERNAMA melaporkan Mrs Malaysia World 2023 P. Vanishaantini yang tampil memperagakan wau terbesar meraih anugerah Most Original Costume pada pertandingan Mrs World 2023 di Las Vegas, Amerika Syarikat, selain turut meraih tempat keenam keseluruhan.

Vanishaantini yang membawa budaya Malaysia ke pentas antarabangsa tampil dengan penuh keanggunan dan elegan dengan busana dikenali 'Puteri Wau Bulan'.

Gelaran Mrs World 2023 dimenangi wakil dari Jerman, manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing menjadi milik wakil Kanada dan Colombia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

'Mie Wau Sering' Harumkan Nama Malaysia Ke Seantero Dunia

2

Gaya 4 tahun yang lalu

Priyadarshimi Wakil Malaysia Pertandingan Ratu Cantik Mrs World

3

Budaya 5 tahun yang lalu

Mengamati Keindahan Tradisional Wau

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN