web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Mie Wau Sering' Harumkan Nama Malaysia Ke Seantero Dunia

Minat yang mendalam terhadap seni pembuatan wau sejak kecil, telah membawa Muhd Azeimi ke merata dunia. Beliau juga dijemput menyertai Festival Layang-Layang Antarabangsa di Tamil Nadu pada 14 Ogos ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 9:54AM

Muhd Azeimi Mohd Noor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengalaman 38 tahun dalam seni pembuatan wau membawa Mohd Azeimi Muhd Noor, atau lebih dikenali sebagai Mie Wau Sering, terbang jauh dan mengharumkan nama Malaysia ke seantero dunia.

Mohd Azeimi, 43, telah beberapa kali memenangi pertandingan membuat wau di dalam negara selain acara persembahan Demonstrasi Terbaik di Turkiye pada 2018. 

Muhd Azeimi mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk menyiapkan seunit wau. - Gambar Bernama
Muhd Azeimi mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk menyiapkan seunit wau. - Gambar Bernama

“Saya pernah bertanding di beberapa negara seperti China, Perancis, Itali, Indonesia dan Thailand mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa,” kata Penolong Pegawai Kesihatan Hospital Universiti Sains Malaysia itu kepada Bernama di Riuh X JAKM pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Kelantan yang bermula semalam dan berakhir hari ini.

Beliau turut mendapat jemputan serta diberi penghormatan menghasilkan Wau Bulan yang berkonsepkan gabungan dua elemen seni tradisional Malaysia dan India untuk majlis pembukaan Festival Layang-Layang Antarabangsa di Tamil Nadu pada 14 Ogos ini.

Muhd Azeimi (kanan) tekun melukis pada wau rekaannya. - Gambar Bernama
Muhd Azeimi (kanan) tekun melukis pada wau rekaannya. - Gambar Bernama

Menceritakan kisah ‘cintanya’ dengan seni pembuatan wau, Mohd Azeimi yang berasal dari Sering, Kota Bharu berkata ia bermula sejak beliau berumur lima tahun.

Ketika berusia 28 tahun, kecintaannya semakin mendalam apabila beliau dipanggil oleh Persatuan Kelab Wau Kelantan untuk mewakili negeri itu dalam Festival Layang-Layang Antarabangsa di Pasir Gudang, Johor pada 2005.  

Mohd Azeimi berkata ‘Tumbuhan Menjalar’ adalah antara konsep paling diminati dalam kalangan pembuat wau kerana ia menggabungkan elemen tradisi. 

“Saya masih kekal dengan cara pembuatan tradisional yang diturunkan oleh ayah saya (Mohd Noor Mamat) untuk membuat wau kerana cara itu sudah sebati dengan diri saya.

“Kalau diikutkan, untuk membuat ukiran sobek (iaitu ukiran wau tradisional yang diperbuat daripada kertas) ini perlu menggunakan tangan sebab ia ada beberapa lapisan... Kalau pakai mesin ukiran, ia akan lari kerana proses tebuk tampal itu perlu selari dan sebab itu, saya masih kekal mengukir pakai tangan,” katanya.

Beliau mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk menyiapkan seunit wau kerana perlu membahagikan masa dengan kerjaya hakiki. 

Muhd Azeimi pernah menjual Wau Bulan pada harga RM2,500 di Perancis. - Gambar Bernama
Muhd Azeimi pernah menjual Wau Bulan pada harga RM2,500 di Perancis. - Gambar Bernama

“Antara wau yang saya buat ialah Wau Bulan, Wau Kucing, Wau Jalur Budi dan kalau di Kelantan, yang terkenal ialah Wau Puyuh,” katanya sambil menambah seunit wau berukuran empat kaki (1.219 meter) dijual pada harga RM800 bergantung kepada lapisan sobek dan buluh duri yang digunakan. 

Mohd Azeimi berkata beliau pernah menjual Wau Bulan pada harga RM2,500 di Perancis kerana perlu mengukir tujuh lapisan sobek untuk menghasilkannya. - Bernama

Isu Pada

Awie - Kemudi Empayar Wings

23 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Semasa 5 hari yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemui Dengan Kesan Tikaman Di Dagu, Leher, Perut

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lombong Emas Haram: 2 Maut Tertimbus Tebing Runtuh

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini