web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Priyadarshimi Wakil Malaysia Pertandingan Ratu Cantik Mrs World

Buat Kali Kedua Priyadarshimi terpilih mewakili negara selepas memenangi Mrs Malaysia World 2020 dan berada di kedudukan 20 terbaik Mrs World 2020.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Jan 2022 4:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Priyadarshimi MM Pellay Rameash akan mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik Mrs World buat kali kedua.

Mrs Malaysia World secara rasmi telah melantik Priyadarshimi, 26, sebagai Mrs Malaysia World 2021, yang sebelum ini telah memenangi Mrs Malaysia World 2020 dan berada di kedudukan 20 terbaik dalam pertandingan Mrs World 2020.

Pengarah Nasional Mrs Malaysia World dan Pengarah Urusan Mrs Malaysia World Sdn Bhd Datin Harveen Kaur berkata, Priyadarshimi akan bersaing dengan wakil lebih 60 negara untuk merebut gelaran Mrs World 2021 di WestGate Las Vegas Resort & Casino,  Amerika Syarikat bermula 9 hingga 16 Januari ini.

“Kami di Mrs Malaysia World dan Mrs Malaysia World Sdn Bhd mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah kepadanya,” katanya. 

Mrs Malaysia World Sdn Bhd ditubuhkan pada 2018 oleh pakar bius terkemuka Datuk Dr Kattayat Mohandas di Kuala Lumpur.

Harveen Kaur berkata, Mrs Malaysia World Sdn Bhd telah menerima taraf tanda dagangannya, sekali gus menjadikannya syarikat pertandingan ratu cantik bagi wanita berkahwin, tanpa mengira status yang pertama diiktiraf di Malaysia.

“Bilangan pertandingan ratu cantik palsu yang tumbuh bagai cendawan di Malaysia kini sangat membimbangkan. Justeru itu, sangat penting bagi sesebuah pertandingan ratu cantik diaudit oleh golongan profesional yang bertauliah dan ketelusan mestilah ditunjukkan dalam semua aspek,” katanya.

Beliau berkata, Mrs Malaysia World Sdn Bhd bertanggungjawab sepenuhnya dalam menganjurkan acara tahunan Pertandingan Ratu Cantik Mrs Malaysia World dan pertandingan itu adalah satu-satunya pusingan awal rasmi untuk memasuki pertandingan ratu cantik buat wanita berkahwin pertama di dunia, Mrs World Inc yang diasaskan mendiang David Marmel pada 1984.

“Kita telah mencipta sejarah menerusi Mrs World 2019 apabila Kokilam Kathirvailu menjadi rakyat Malaysia pertama menduduki tiga tempat terbaik dalam sejarah Mrs Malaysia World,” katanya. - Bernama

Gambar: Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN