web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Galeri Anak-Anak Sidek Dibuka 1 November

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 9:35AM

Borhan Aman Shah (tiga, kiri) bergambar bersama penerima anugerah pada Majlis Anugerah Seni Budaya Negeri 2022/23 Peringkat Negeri Selangor di Hotel De Palma Seksyen 19 Shah Alam - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan membuka Galeri Anak-anak Sidek yang bakal menemui orang ramai khususnya peminat badminton negara pada 1 November depan di Muzium Sultan Alam Shah.

Exco Perumahan dan Kebudayaan, Borhan Aman Shah berkata pameran selama enam bulan itu akan memberi peluang kepada orang ramai melihat pelbagai koleksi trofi serta pingat dimenangi anak-anak Allahyarham Datuk Sidek Abdullah Kamar seperti Datuk Misbun, Datuk Seri Jailani dan Datuk Rashid.

“Masuk adalah percuma dan persiapan pameran kini sudah peringkat akhir. Bahan pameran merangkumi tiga kategori iaitu pinjaman, serahan sementara dan sumbangan kepada muzium.

“Misbun dan Jailani bersetuju memberi sumbangkan (beberapa barangan untuk pameran) kepada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Seni Budaya Selangor 2023 di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Seniwati Datuk Fauziah Nawi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Seni Budaya Selangor dengan membawa pulang wang tunai RM3,000, piala dan sijil. 

Anugerah Penggiat Seni dimenangi Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Selangor dan Anugerah Sinar Seni oleh pengasas pertubuhan kesenian serta kebudayaan masyarakat India, R. Nalini.

Anugerah Pemangkin Seni Budaya dirangkul Mohammad Faizal Nawani yang menyumbang kepada peningkatan usahawan seni dan kraftangan kebudayaan di Sabak Bernam.

Kesemua pemenang membawa pulang wang tunai RM1,000, trofi serta sijil. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Budaya 3 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 1 bulan yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 1 bulan yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 2 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN