web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Festival Silat Wariskan Seni Berharga, Tinggalan Untuk Generasi Muda

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 7:43PM

Seni silat perlu dipulihara agar dapat diwariskan kepada generasi muda - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Penganjuran festival silat seperti Festival Gendang Silat Tradisi Negeri Sembilan (FesGest) antara platform mempromosi dan mewariskan seni bela diri itu terutama kepada generasi muda, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata justeru, penting untuk semua pihak menyokong usaha kerajaan Negeri Sembilan dalam memelihara dan mempromosikan seni silat sekali gus memastikan tradisi itu berkembang.

“Gendang Silat bukanlah sekadar pertunjukan seni bela diri tetapi warisan dan tradisi yang sangat berharga, ia mencerminkan keindahan seni tempur tradisional Melayu dan suatu bentuk seni yang penuh dengan keanggunan serta kekuatan. 

“Festival ini juga bukan semata-mata hanya acara seni dan hiburan malah peluang mempererat tali persaudaraan antara masyarakat selain berkongsi pengalaman dan kegembiraan dalam merayakan kekayaan budaya kita yang sangat unik,” katanya ketika berucap merasmikan festival berkenaan di sini hari ini.

Aminuddin Harun - gambar fail
Aminuddin Harun - gambar fail

Festival dua hari bermula hari ini berkenaan menggabungkan gendang silat asli dan seni silat anjuran Persatuan Seni Silat Gabungan Jempol (PSSGJ) membabitkan 320 peserta berusia lingkungan 8 hingga 35 tahun.

Dalam pada itu, Aminuddin berharap festival berkenaan dijadikan acara kebudayaan tahunan dalam kalendar aktiviti pelancongan negeri sekali gus memastikan ia kekal dijaga untuk generasi akan datang.

Beliau turut berharap dengan adanya festival seumpama itu, gendang silat dapat dimasukkan dalam kokurikulum di peringkat sekolah supaya tradisi berkenaan dapat dikekalkan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN