web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rumah 'Diconteng' Bekas Kartunis Jadi Galeri

Zulkefli, yang minat melukis sejak berusia lima tahun, berkata selepas Rumah Seni dibuka kepada pengunjung, galeri itu menerima hampir 1,000 pelancong domestik dan luar termasuk dari Singapura serta Indonesia.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 8:09AM

Bekas kartunis yang juga pelukis mural Zulkefli Dahlan menunjukkan lukisan mural yang dihasilkan berlatar belakangkan Kampung Palembang, sebuah lokasi daerah Kluang - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG -  Seorang bekas kartunis sambilan majalah humor mengisi masa terluang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu di sini sehingga terhasil 62 lukisan mural tiga dan empat dimensi (3D dan 4D).

Zulkefli Dahlan, 45, berkata mural 3D dan 4D terakhir yang dihasilkan di sebuah banglo tidak berpenghuni itu adalah pada hujung tahun lepas menggunakan cat mural, cat pintar serta cat air sebelum disapukan dengan lakuer.

"Pada awalnya, saya hanya berangan-angan menghasilkan mural secara dalaman namun setelah mendapat sokongan daripada rakan-rakan, kesemua mural di banglo ini dapat disiapkan dengan setiap mural mengambil masa antara tiga hari hingga empat bulan untuk dihasilkan.

"Apabila tamat tempoh PKP akibat penularan wabak COVID-19, rakan-rakan mencadangkan supaya banglo ini dijadikan sebuah galeri kerana mural yang terhasil mampu menjadi tarikan pelancong, dan sejak itu mulai Februari lepas, banglo ini digelar sebagai Rumah Seni," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada program 'Famtrip Qurban Aidiladha @ Kluang 2023' anjuran Tourism Malaysia Wilayah Selatan baru-baru ini. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof dan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan Muhamad Nasir Pahmi.

Zulkefli, yang minat melukis sejak berusia lima tahun, berkata selepas Rumah Seni dibuka kepada pengunjung, galeri itu menerima hampir 1,000 pelancong domestik dan luar termasuk dari Singapura serta Indonesia.

Antara mural yang menjadi tumpuan ialah potret Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Kampung Palembang iaitu antara lokasi di daerah ini.

"Suatu ketika semasa saya kecil, saya pernah diketawakan oleh seorang guru kerana saya gemar melukis orang lidi, sejak itu saya nekad untuk melukis bersungguh-sungguh dan syukur sekarang mural saya terlakar di galeri ini serta terdapat di beberapa daerah antaranya Mersing, Tangkak dan Batu Pahat," katanya.

Muhamad Nasir pula berkata Tourism Malaysia menyokong usaha Zulkefli dan rakan-rakannya sekali gus memasukkan Rumah Seni sebagai antara lokasi yang boleh dikunjungi di daerah itu.

Beliau berkata selain Rumah Seni, pelancong boleh berkunjung ke Kluang Rail Coffee, Talula Hill Farm Resort, Dataran Impiana, Kluang Coffee Powder Factory, Restoran Bawah Kolong, Hutan Rekreasi Gunung Belumut, Felda Ulu Dengar, Taman Air Gunung Lambak dan Taman Cattle Queen. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

3 Lelaki Merusuh Di Kluang Dicekup Polis

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alhamdulillah, Umur Masih Panjang...

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Polis Evo 3 Diabadikan Di Mural Gergasi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Wanita Warga Emas Maut, Suami Dirawat Di ICU Selepas Makan Ikan Buntal

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Muzik 22 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...