web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Warga Emas Maut, Suami Dirawat Di ICU Selepas Makan Ikan Buntal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 9:38PM

Seorang wanita warga emas meninggal dunia pada Sabtu lepas, manakala suaminya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dipercayai mengalami keracunan selepas memakan ikan buntal - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga emas meninggal dunia pada Sabtu lepas, manakala suaminya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dipercayai mengalami keracunan selepas memakan ikan buntal. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata wanita berusia 83 tahun itu mula menunjukkan gejala sesak nafas dan menggigil sebelum diikuti suaminya satu jam kemudian dengan gejala sama, kira-kira pukul 3 petang selepas memakan ikan tersebut pada waktu tengah hari. 

"Kedua-dua pasangan tersebut telah dibawa ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang oleh anak mereka yang tinggal berasingan sebelum disahkan meninggal dunia pada 7 malam, hari yang sama. 

Kes ini dianggap sebagai keracunan makanan disebabkan ikan buntal. Malah punca kematian diletakkan sebagai keracunan makanan dengan ‘neurological manifestation resulting in respiratory failure with cardiac dysrhythmmia possible due to toxin ciguatera or tetradotoxin ingestion', yang diperoleh daripada ikan buntal," katanya menerusi satu kenyataan malam ini. 

Ling berkata difahamkan, ini adalah kali pertama pasangan yang tinggal di Jalan Sin Tiam Chamek, Kluang itu makan masakan berasaskan ikan buntal dengan mendapatkan bekalan daripada penjual secara pra-tempahan menerusi laman Facebook. 

Bagaimanapun beliau berkata sehingga kini, tiada laporan baharu diterima berkaitan kes itu dan memaklumkan semua ikan yang dijual pada tarikh berkenaan telah pun diambil oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkenaan bagi tujuan analisis. 

"Siasatan lanjut mendapati ikan buntal segar ini diperoleh daripada nelayan di Endau, Mersing sebelum diambil oleh pemborong untuk diproses di Batu Pahat dan kemudiannya membuat edaran kepada pelanggan berdasarkan tempahan. 

"Saya ingin menyampaikan salam takziah kepada keluarga mangsa dan mengingatkan kepada warga Johor agar sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan terutama jika ianya mempunyai risiko," katanya sambil menambah suami wanita itu masih dirawat di ICU. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad