web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Evo 3 Diabadikan Di Mural Gergasi

Wajah pelakon utama Polis Evo 3 iaitu Zizan Razak dan Shaheizy Sam telah diabadikan di mural di Jalan Kemuning, Dang Wangi. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 10:00AM

Rentetan kejayaan dan sambutan positif daripada penonton serta peminat, filem Polis Evo 3 telah diabadikan di dalam sebuah mural di Jalan Kemuning, Dang Wangi. - Gambar Astro Shaw

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures telah berjaya meraih kutipan panggung lebih RM 51 juta dan sekali gus menjadi filem nombor satu paling laris 2023. 

Rentetan daripada kejayaan dan sambutan positif daripada penonton serta peminat, filem Polis Evo 3 telah diabadikan di dalam sebuah mural di Jalan Kemuning, Dang Wangi. 

Sesi pelancaran telah diadakan di lokasi mural tersebut pada Ahad dan dihadiri oleh pelakon utama, Shaheizy Sam dan Zizan Razakk. 

Turut serta adalah Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Pictures & TGV Cinemas, Encik Tan Lay Han, Penerbit dan wakil Produksi BlackFlag, Joel Soh serta Pengarah Syafiq Yusof. 

Barisan artis, penerbit dan produksi filem Polis Evo 3. - Gambar Astro Shaw
Barisan artis, penerbit dan produksi filem Polis Evo 3. - Gambar Astro Shaw

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, Sebagai tanda terima kasih atas sokongan peminat dan penonton, pihak Astro Shaw telah mengabadikan Polis Evo 3 dengan menghasilkan lukisan mural graffiti. 

Raja Jastina Raja Arshad - Gambar Astro Shaw
Raja Jastina Raja Arshad - Gambar Astro Shaw

“Lukisan Polis Evo 3 ini juga menjadi filem tempatan pertama diabadikan di sebuah mural. Para peminat juga berpeluang hadir dan bergambar kenangan bersama mural istimewa ini. Selain itu, menerusi lukisan mural ini, kami cuba membawa mesej selaras dengan tagline Polis Evo 3 iaitu ‘Kita Lagi Kuat Boh’ kepada masyarakat di mana kita mampu melakukan dan atasi apa sahaja rintangan dengan usaha bersama”. 

Mural ini menyaksikan gabungan elemen desa dan bandar sebagai latar Inspektor Khai dan Inspektor Sani dihiasi dengan tagline Polis Evo 3, ‘Kita Lagi Kuat Boh’.Simboliknya adalah tidak kira di mana jua anda berasal, kita mampu mencapai impian masing-masing dengan usaha. 

Mural setinggi 1000 kaki persegi itu merupakan hasil lakaran Abdul Rashade Studio. Mural ini mendapat sokongan daripada pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang mengalu-alukan usaha ini dalam mempromosikan kesenian dan kebudayaan bagi memberi impak dalam menaikkan imej Bandaraya Kuala Lumpur.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Daryl Smith. Selain itu, turut dihadiri Pengarah Eksekutif  Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, YBHG. Datuk TPr Sulaiman Bin Mohamed. 

Abdul Rashade - Gambar Astro Shaw
Abdul Rashade - Gambar Astro Shaw

Sementara itu, pihak Astro Shaw juga turut melancarkan penjualan t-shirt eksklusif Polis Evo 3 secara rasmi. Terdapat 3 reka bentuk berbeza untuk pilihan peminat dan boleh dibeli di laman sesawang The Merchist dengan harga RM79.00.

Polis Evo 3 mengisahkan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi. – Getaran, 27 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Budaya 3 tahun yang lalu

Rumah 'Diconteng' Bekas Kartunis Jadi Galeri

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Raih Kutipan 41 Juta -  Demam Polis Evo 3 Melanda Rakyat Malaysia, Dilabel  Filem Hebat Setaraf Hollywood  

3

TARA 3 tahun yang lalu

Polis Evo 3 Kini Boleh Didapati Dalam  Permainan PUBG Mobile, Bersama Pek Suara Inspektor Sani Dan Inspektor Khai 

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Raih RM16 Juta Hari Ke 4 Tayangan Rasmi, Polis Evo 3 Tepis Filem Hollywood Fast X Dan Pecah Rekod Mat Kilau

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa