web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Evo 3 Kini Boleh Didapati Dalam  Permainan PUBG Mobile, Bersama Pek Suara Inspektor Sani Dan Inspektor Khai 

Terkini, PUBG telah menganjurkan acara kolaborasi bersama dengan Polis Evo bermula pada 27 Mei dan akan berlanjutan sehingga 4 Jun 2023 (hari ini).

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 12:30PM

Kerjasama ini menawarkan peluang kepada pemain untuk mendapatkan pek suara oleh Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Inspektor Khai (Shaheizy Sam). - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa yang tidak kenal dengan game tembak-menembak PlayerUnknown's Battlegrounds Mobile (PUBG) iaitu sebuah permainan mudah alih yang boleh dikatakan mempunyai pemain di seluruh dunia.

Terdapat pelbagai tujuan untuk seseorang itu bermain game PUBG antaranya untuk mengisi masa terluang dan ada juga yang bertujuan untuk menjana sumber pendapatan.

Permainan ini juga telah mengadakan banyak kolaborasi bersama pelbagai pihak seperti penampilan konsep bola sepak pada peta permainan semasa musim World Cup. 

Terkini, PUBG telah menganjurkan acara kolaborasi bersama dengan Polis Evo 3 bermula pada 27 Mei dan akan berlanjutan sehingga 4 Jun 2023 bersempena dengan kehangatan filem bergenre aksi komedi itu yang telah pun membuat kutipan pecah panggung yang luarbiasa. 

Kerjasama ini menawarkan peluang kepada pemain untuk mendapatkan pek suara oleh Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Inspektor Khai (Shaheizy Sam). 

Wow! Pasti menarik dan mungkin kelakar apabila suara selebriti popular ini ada pada dalam karakter permainan anda berikutan kedua-dua artis pun mempunyai personaliti yang kelakar. Ini termasuk barangan lain ditawarkan seperti Bingkai Profil dan Penyembur Grafiti khas Polis Evo 3.

Selain daripada tiga pek talian suara secara percuma, pemain juga boleh mendapatkan tambahan lapan lagi suara dengan membayar 80 Ocean Crystals  (token game) untuk Inspektor Khai dan Inspektor Sani secara berasingan.

Jadi, langkah pihak PUBG berkerjasama bersama Polis Evo 3 ini amat bijak kerana mengikuti peredaran dan perkembangan filem yang sama seiring dengan konsep permainan mereka. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pihak.

Jadi apa tunggu lagi, mari berhibur dengan permainan PUBG seperti dalam filem Polis EVO dan konsep ini sudah dikeluarkan untuk peranti sistem iOS serta Android sebagai permainan percuma di masa lapang anda! - Getaran, 4 Jun 2023

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

03 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Model Kenderaan Aston Martin Muncul Dalam PUBG Mobile

2

Teknovasi 2 tahun yang lalu

PUBG Versi Dragon Ball Super,  Gabungan Unik Dan Mengamit Memori

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Polis Evo 3 Diabadikan Di Mural Gergasi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Raih Kutipan 41 Juta -  Demam Polis Evo 3 Melanda Rakyat Malaysia, Dilabel  Filem Hebat Setaraf Hollywood  

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini