web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MOVE 2021: Bebas Dari Kesuraman Perintah Berkurung

MOVE 2021 tidak dijalankan untuk tujuan keuntungan tetapi sebagai pemacu untuk mengumpulkan tenaga kreatif khususnya penari yang semakin tersepit sepanjang perintah berkurung.

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 9:00AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik yang melanda dunia tidak menghentikan Michelle Jueney, seorang penari dan duta dari Majlis Tarian Antarabangsa UNESCO untuk menjayakan projek bernama MOVE 2021: International Dance Day yang berlangsung pada 29 April 2021.

Jueney memiliki hasrat murni untuk menghimpunkan kesemua penari di seluruh dunia tak kiralah sama ada mereka sudah bergelar penari profesional mahupun veteran untuk sama-sama turut serta di hari penuh bersejarah ini. 

Mengulas lanjut tentang latar belakang projek ini, ia tidak dijalankan untuk tujuan keuntungan tetapi sebagai pemacu untuk mengumpulkan tenaga kreatif khususnya penari yang semakin tersepit sepanjang perintah berkurung.

 

Cerminan pengalaman peribadi penari 

Secara tidak langsung, MOVE 2021 sebenarnya menunjukkan sisi peribadi setiap penari apabila masing-masing hanya menajamkan kebolehan mereka dalam tempat yang kecil seperti bilik tidur dan rumah mereka memandangkan kita semua perlu akur dengan arahan perintah berkurung. 

“Para penari memperbaiki mutu tarian masing-masing di tempat tertutup sahaja. Ilham tarian mereka pula kebanyakannya datang daripada filem atau teater,” ujar Jueney.

Tentunya, projek ini tidak terhasil sekiranya hanya satu pihak sahaja yang berusaha. Maka dengan itu, Jueney telah berjaya  berkolaborasi dengan ramai seniman seperti penari ekspresionis tarian tanpa mengira bangsa, sempadan, mahupun disiplin ilmu tarian. 

“Penglibatan suara golongan kreatif ini adalah satu bahagian penting bagi acara ini,” tambah Jueney lagi.

 

Tarian menyatukan kita

Bercerita tentang pandangan peribadinya terharap seni tarian, Jueney sangat percaya seni ini dianggap  sebagai kayu ukur terhadap kesejahteraan sesebuah negara. Apalagi ketika kita semua sedang mengarungi masa yang mencabar. 

“Masyarakat kita terdiri daripada pelbagai latar belakang. Tarian merupakan platform terbaik untuk menyatukan dan meraikan perbezaan ini,” tambahnya.

Menari adalah kerjaya yang sangat sukar. Namun kerana minat yang mendalam, para penari ini sanggup untuk berkorban apa sahaja demi minat mereka. Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada team MOVE 2021! - Getaran, 29 April 2021

Semua gambar: Ihsan MOVE 2021

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 1 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN