web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pesta Buku Alternatif Kuala Lumpur Jadi ‘Hari Raya’ Ulat Buku!

Sudah lama kita tidak berkumpul untuk meraikan industri buku termasuklah pembaca, penulis mahupun penerbit. Pesta Buku Alternatif Kuala Lumpur hadir untuk mengubat kerinduan kita semua!

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 8:55AM

Gambar: Syeda Imran

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Para ulat buku Malaysia nampaknya boleh siap-siap menanda kalendar mereka hujung minggu ini untuk memeriahkan Pesta Buku Alternatif Kuala Lumpur 2021 (KLAB). 

Selepas lama acara keramaian yang meraikan pencinta, penulis buku dan penerbit ini tidak diadakan, kini KLAB hadir seolah-olah mengubat rindu yang ada. 

Banyak reruai buku akan memenuhi Tingkat 4, Selera Street, Sunway Putra Mall bermula 9 hingga 11 hari itu. 

Antara penerbit yang bersedia berdagang sepanjang tiga hari itu ialah Fixi, PTS, Iman Publication, Ilham Books, Rabak-Lit, Tarbiah Sentap dan banyak lagi.

Gambar: Syeda Imran
Gambar: Syeda Imran

Tidak berhenti di situ, banyak acara bakal memeriahkan ruang legar itu nanti termasuklah sesi baca puisi, pelancaran buku serta bual bicara yang menampilkan ramai individu hebat. 

Antara yang bakal memeriahkan ‘Hari Raya Ulat Buku’ itu termasuklah Dr. Maszlee Malik, Nadia Khan, Amir Muhammad, Izzat Amir dan lain-lain. 

Pengunjung boleh mendapatkan buku di sana serendah RM15. Ada banyak pilihan yang ditampilkan mereka termasuklah genre fiksyen dan bukan fiksyen. 

Jadi, kepada peminat buku sekalian, jangan lepaskan peluang anda untuk bersantai selama tiga hari di pesta buku ini. 

Jangan risau, penganjur maklum untuk menjalankan acara ini dalam prosedur kesihatan yang telah ditetapkan. Selamat berpesta! - Getaran, 10 April 2021

Isu Pada

Maya Karin: Saya Tak Rasa Tergugat

10 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN