web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perempuan Daripada Kaca Mata Emila Yusof

Seni dan lukisan merakam pengamatan pelukis dalam menilai sesuatu perkara. Kali ini, kami cuba membelah fikiran dan falsafah Emila Yusof apabila bercerita tentang perempuan melalui lukisan yang pernah dihasilkan.

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2021 8:45AM

Gambar: Wafa Awla

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Emila Yusof bukan nama baharu dalam seni ilustrasi dan lukisan. Lebih sedekad bergelar penulis dan pelukis, beliau telah menghasilkan lebih daripada 50 buah buku termasuklah untuk buku kanak-kanak, sajak dan juga buku ilustrasi. 

Apa yang membanggakan, hasil karya wanita ini tidak hanya terkenal di Malaysia, malah turut  menangkap perhatian masyarakat luar negara. Karyanya telah diterjemah ke dalam banyak bahasa seperti bahasa Jerman, Indonesia, Vietnam dan Cina. Manakala bukunya juga ada ditempatkan di perpustakaan Frankfurt, China dan Taiwan. 

Baru-baru ini, Emila tampil dengan pameran solo bertajuk Femme Dreamscapes di GMBB Bukit Bintang yang membawa perempuan sebagai subjek utama. Rupanya sepanjang 10 tahun ini, Emila selesa memotret perempuan yang berbeza umur dari seorang kanak-kanak sehinggalah wanita dewasa dalam karyanya. 

“Sebab saya seorang wanita,” katanya sambil tersenyum simpul kepada kami.

Lukisan perempuan pertama yang dilukisnya pada tahun 2007 bertajuk 'Merah'. Asalnya lukisan itu dihasilkan untuk pertandingan poster bertajuk 'Jangan Panik' namun sayangnya tarikh penyertaan sudah tutup. 

Tangkapan layar: Blog Emila Yusof
Tangkapan layar: Blog Emila Yusof

Membesar di kem tentera di tepi pantai Melaka, cinta Emila kepada seni lukisan telah wujud sejak kecil lagi. Menurutnya, ilham untuk menghasilkan sesuatu karya boleh datang bila-bila masa sahaja. Sebab itulah dia wajib membawa buku nota dan pen lukisan ke mana sahaja dia pergi. Lukisan di dalam kalender ini juga adalah hasil ilham yang dipotretkan di dalam buku nota kecil miliknya.

Jika diperhatikan betul-betul lukisan Emila. Kebanyakan wanita yang ada di dalam lukisannya memiliki pandangan mata yang sama. 

“Biasanya saya akan lukis mata perempuan seperti memandang ke atas menunjukkan mereka sedang berfikir. Macam kitalah, biasanya kalau kita tengah fikir sesuatu benda. Mesti kita pandang ke atas. Jaranglah kita nak pandang ke bawah,” katanya semasa ditemui Getaran. 

Sebagai wanita, Emila membayangkan perempuan adalah makhluk yang kuat dan selalu memiliki potensi besar untuk menjadi lebih baik setiap hari. Perasaan itu diterjemahkan beliau dalam lukisan terbaharunya  yang menunjukkan perempuan seperti sebuah pohon.

“Akar menjalar menceritakan seorang perempuan yang sedang tumbuh. Burung-burung pula menceritakan tentang harapan seperti dalam sajak Emily Dickinson, hope is the thing with feathers that perches in the soul.

Manakala rama-rama pula simbolik kepada segala kesempatan dan peluang yang kita miliki dalam hidup kita,” terangnya yang kini cenderung memilih warna-warna terang seperti oren dan keemasan dalam lukisannya.

Sebelum ini, beliau pernah menghasilkan buku ilustrasi yang menceritakan tentang puteri-puteri legenda Melayu seperti Puteri Gunung Ledang dan Puteri Santubong. Lukisan puteri-puteri itu ada juga ditayangkan dalam pameran terbaharu Emila Yusof ini. 

Kepada peminat seni lukisan dan buku, anda masih berkesempatan untuk menyaksikan lukisan ilustrator kebanggaan negara ini di tingkat tiga, bangunan GMBB  Bukit Bintang sehingga 31 Mac ini. Jangan lepaskan peluang untuk melihat bagaimana halusnya seni lukisan milik Emila Yusof ini. - Getaran, 25 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

4

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 38 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...