Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Projek Bangkit Indie Fundraising Perlukan Sokongan Anda

Mari bantu anak-anak muda penggiat teater selamatkan ruang persembahan dan latihan mereka. Teruskan membaca untuk maklumat lanjut tentang ‘Projek Bangkit Indie Fundraising’ Revolution Stage.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2021 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berbaki sembilan hari lagi, Pengasas Revolution Stage, Khairunazwan Rodzy mengharapkan kutipan dana untuk ‘Projek Bangkit Indie Fundraising’ mencapai jumlah yang disasarkan. 

Seperti yang diuar-uarkan di media sosial sebelum ini, produksi Stage Revolution ketika ini berdepan dengan masalah kewangan untuk melangsaikan tunggakan sewa premis mereka yang terletak di Dataran Pelangi Utama, One Avenue, Petaling Jaya, Selangor.

Mengulas tentang perkara ini, Pengasas Revolution Stage, Khairunazwan Rodzy memberitahu, pihaknya mengambil keputusan untuk jalankan projek mengumpul dana ini memandangkan masa semakin suntuk untuk melangsaikan hutang-hutang tertunggak.

“Projek fundraising ini sebenarnya sudah hampir sebulan dijalankan. Ia dibuat bertujuan untuk mengutip dana bagi membayar tunggakan sewa dan bil-bil berkaitan kerana kami menghadapi hari-hari sukar untuk beroperasi.”

“Sama seperti industri-industri lain, kami juga terkesan dengan pandemik COVID-19. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada Mac tahun lalu, kami tidak dapat beroperasi seperti biasa.” 

“Sedangkan sebelum ini studio atau ruang  yang kami ada, sering menjadi tempat untuk penggiat seni, terutamanya golongan indie untuk berkarya. Saban minggu pasti anda pementasan atau persembahan yang diadakan.”

“Apabila tiada lagi persembahan atau bengkel kesenian dijalankan, sudah pasti kami tidak dapat menjana kewangan yang akhirnya membawa kepada masalah yang saya sebutkan tadi.”

“Saya berharap dengan masa yang ada ini, lebih ramai yang tampil menghulurkan sumbangan kerana setakat ini jumlah terkumpul masih jauh daripada sasaran.”

“Kami ada tunggakan sewa sebanyak RM30,000 (tidak termasuk bil) dan dana terkumpul hanya menghampiri RM13,000,” ujarnya. 

Dalam masa yang sama, tanpa berselindung Khairunazwan memberitahu pihaknya sebenarnya menyasarkan kutipan dana RM100,000 demi kelestarian Stage Revolution. 

“Jumlah ini bukan sahaja untuk sewa bulanan dan bil-bil, tetapi kami ada lain-lain perancangan sepanjang 2021 ini dan juga di masa hadapan. Kami mahu sediakan kemudahan yang lebih baik bagi membolehkan persembahan skala besar dilakukan di sini.”

“Dalam masa yang sama kami juga mahu jalankan kajian dan perlaksaan bagaimana anak-anak muda boleh memanfaatkan platform digital untuk persembahan mereka.”

“Jika sasaran ini tercapai, kami juga merancang tidak akan mengenakan sebarang caj kepada mereka yang mahu berkarya di sini kerana kami sangat memahami situasi yang sedang dihadapi oleh penggiat seni ketika ini.”

“Sebagai pengasas tempat ini, saya rasa tempat ini perlu dipertahankan kerana ia menghimpunkan penggiat seni daripada pelbagai generasi dan ia juga telah membantu ramai orang untuk berkarya sejak 2016.”

“Tempat ini bukanlah sekadar untuk berhibur, tetapi ia juga tempat anak-anak muda bersuara melalui karya seni,” tambah Khairunazwan.

Sebelum menamatkan perbualan, Khairunazwan turut menegaskan bahawa sumbangan ini adalah semata-mata demi kelangsungan Stage Revolution. Tiada agenda lain. 

“Kami ada memohon geran Program Pembiayaan Pemulihan Ruang Seni daripada CENDANA untuk selesaikan masalah ini. Tapi untuk dapatkan geran ini memerlukan masa sedangkan kami memerlukan wang dengan kadar segera untuk melangsaikan tunggakan sewa. Sebab itu kami pilih untuk buat kutipan dana ini terlebih dahulu,” ujarnya lagi.

Jadi, jika anda salah seorang yang cintakan seni budaya dan hiburan serta ingin menghulurkan sumbangan yang diperlukan, anda boleh pilih pakej-pakej yang tersenarai di bawah:

1) Pakej Power  - Menyumbang RM10

Anda dapat muat turun e-book ‘5 Tugas Utama Seorang Pengarah Teater Sebelum Mula Mengarah’.

2) Pakej Super Power - Menyumbang RM50

Anda mendapat kad keahlian Sidekick bersama akses ke laman web tanpa had selama sebulan serta e-book ‘5 Tugas Utama Seorang Pengarah Teater Sebelum Mula Mengarah.’ 

3) Pakej Ultimate Power  - Menyumbang RM100 

Anda mendapat kad keahlian Superhero bersama akses ke pertunjukan teater gig serta akses ke laman web tanpa had selama sebulan. Anda juga akan diberikan e-book ‘5 Tugas Utama Seorang Pengarah Teater Sebelum Mula Mengarah.’ 

4) Pakej Theatre Gig - Menyumbang RM20 

Akses ke pertunjukan teater atas talian sahaja. (Hubungi pihak Stage Revolution untuk mendapatkan tarikh tayangan). 

5) Pakej Music Gig - Menyumbang RM15 

Akses ke pertunjukan musik atas talian sahaja. (Hubungi pihak Stage Revolution untuk mendapatkan tarikh tayangan).

Lain-lain jumlah sumbangan turut dialu-alukan! Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman sesawang Revolution Stage. - Getaran, 22 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 jam yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

2

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

3

Sukan 2 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

4

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

2

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

3

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

4

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

5

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Muzik 12 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

oleh Rahayu MN