web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menarik! Vans Malaysia Bawakan Pameran Solo FriTillDea Dalam ‘Kriau’

Pameran ‘Kriau’ oleh FriTillDea menjadikan Gombak sebagai subjek utama karya.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 6:33PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama Vans tidak hanya tentang sepatu dan pakaian. Vans selalu membawakan sebuah dunia yang penuh dengan kreativiti, santai dan menarik kepada semua pembelinya. 

Kali ini, ia membawakan sebuah ekspresi kreatif artis visual tempatan iaitu FriTillDea dalam pameran solo sulungnya bernama Kriau

FriTillDea atau nama sebenarnya Mohd. Anuar merupakan seorang artis visual tempatan yang berbakat besar. Ada banyak elemen yang mempengaruhi gaya seninya serta menjadi inspirasi dalam setiap karya yang dihasilkannya.

“‘Kriau’ adalah perkataan yang selalu digunakan oleh budak-budak di Gombak. Ia bermaksud bising, kecoh, nakal dan tak boleh duduk diam.

“Dulu waktu sekolah, kawan-kawan akan tegur, ‘jangan kriau sangat’. Sebenarnya sampai sekarang saya rasa saya masih lagi kriau,” katanya ketawa kecil ketika dihubungi Getaran. 

Kriau bukan sahaja pameran solo, tapi satu ruang selamat dengan pelbagai ilustrasi yang akan mengisi minda anda dengan warna, bunyian, pergerakan dan corak yang merupakan manifestasi kreativiti dan perjalanan FriTillDea sebagai seorang artis. 

Lebih dikenali dengan panggilan Black oleh kawan-kawan, FriTillDea menceritakan bagaimana Gombak menjadi subjek utama dalam karyanya. 

“Saya diberi masa dua minggu untuk menyiapkan pameran ini. Manakala untuk hasilkan lukisan di gelanggang papan luncur, ia memakan masa sehingga dua hari,” katanya.

Kriau menampilkan gaya FriTillDea yang ikonik menghiasi dinding sebagai mural. Kawasan luncur juga ‘diconteng’ dan disembur cat. Kriau turut memuatkan beberapa ilustrasi digital. 

“Selama ini, kami mahukan satu pameran seni di mana kita boleh berseronok, bebas berfikir dan boleh ambil bahagian secara tidak langsung dalam karya-karya ini,” tambahnya. 

Anda boleh berkunjung ke ruangan Vans Lot 19 Skate Space untuk menyaksikan karya FriTillDea. Bukan itu sahaja, jika anda peminat papan luncur, anda boleh ‘mengambil bahagian’ di dalam karya-karya yang dipamerkan di gelanggang papan luncur sambil berseronok kerana ia pasti terasa dekat dengan anda. 

“Pameran ini diharapkan dapat membakar semangat pengunjung untuk bergembira. Tak kiralah jika mereka ingin melukis, meluncur atau apa sahaja asalkan mereka bahagia. Kerana itulah tujuan utama pameran ini, untuk meraikan kegembiraan,” kata Black. 

Tidak hanya itu, pameran ini juga bakal meraikan bakat-bakat anak muda dari Gombak seperti  Kungfu HeidiGod Bless Klique dan set DJ oleh CT Selecta yang akan berlangsung pada 25hb Disember 2021. 

Kriau oleh FriTillDea bakal berlangsung mulai 8 hingga 26 Disember ini. Ia akan dibuka secara bergilir-gilir untuk memberi ruang kepada peminat seni visual dan skateboarders menikmati karya yang ada.

Pengunjung Kriau boleh menyertai perbincangan mengenai karya-karya yang dipamerkan dengan menggunakan tanda pagar #KriauArtShow di media sosial. 

Anda juga berpeluang memenangi sepasang kasut Vans khas edisi FriTillDea dengan melengkapkan lukisan doodle yang hanya terdapat di pameran ini. - Getaran, 9 Disember 2021

Gambar: Vans

Berita Berkaitan

1

Budaya 4 tahun yang lalu

Diari Getaran Minggu Ini

2

Gaya 4 tahun yang lalu

#MyIKEA: Menang RM25,000 Dengan Hanya Reka Logo

3

Budaya 4 tahun yang lalu

Rona Harapan Nan Magis Bono Stellar Warnai Kuala Lumpur

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

'Skater Girl', Kisah Gadis Kampung Melawan Tradisi Lapuk Kerana Papan Luncur

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN