web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Diari Getaran Minggu Ini

Getaran berkongsi aneka acara yang berlangsung minggu ini dan minggu hadapan. Ada yang di lokasi dan ada dalam talian. Apa pun, jangan lupa patuhi SOP yang ditetapkan!

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 2:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konnichiwa Zhongshan!

Buat pertama kalinya, The Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) dan The Zhongshan Building, Kampung Attap, Kuala Lumpur akan menganjurkan festival bertemakan Jepun, ‘Konnichiwa Zhongshan’. 

Festival seni dan budaya itu akan mengumpulkan barisan artis di bangunan 1950-an yang baru dibaik pulih di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.

Orang ramai boleh hadir jika ingin menikmati persembahan muzik secara langsung, mengikuti bengkel atau ceramah, mendapatkan pelbagai hasil seni serta menjamu selera dengan pelbagai hidangan Jepun menyelerakan.

Masuk adalah percuma, jadi bolehlah bawa rakan dan keluarga ke acara yang julung-julung kali diadakan ini. 

Tarikh: 13 - 19 Disember 2021 

Masa: 12.00 tengah hari ke atas

Lokasi: The Zhongshan Building, 80-84 Jalan Rotan, Off Jalan Kampung Attap, 50460, Kuala Lumpur

Maklumat lanjut: Jfkl.org.my

 

Sutera Cosplay Fest 2021

Menjelang penutup 2021, mari hadir ke Sutera Cosplay Fest di Sutera Mall, Johor Bahru yang dianjurkan oleh LOL Cosplay Malaysia.

Acara ini memberikan peluang kepada anak-anak anda untuk memperagakan pakaian berkonsepkan karakter anime, manga dan permainan video kegemaran mereka.

Pastikan anak-anak anda juga tidak terlepas peluang untuk menyertai pertandingan Pentas Peragaan Terbaik kerana pelbagai hadiah dan wang tunai serta sijil ditawarkan kepada pemenang.

Turut hadir juri jemputan Yinyu, Dody Cosplay, King Angel, Abudora Cosplay dan Paan Goldberg sebagai juri untuk peragaan tersebut. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk hadir dan daftar penyertaan di pautan yang disediakan https://forms.gle/ATZsz6tjfibxwuLH9 .

Pendaftaran: Percuma

Kategori: Kanak-Kanak 6-12 tahun

Tarikh: 10 Disember 2021 

Waktu : 3.00 - 5.00 petang

Terbuka: 13 tahun ke atas

Tarikh: 11 Disember 2021 

Waktu: 2.00 - 4.00 petang

Lokasi: Sutera Mall, Johor Bahru

Maklumat Lanjut: LolcosplayMalaysia

 

Ekspresi

Ekspresi ialah satu festival muzik istimewa yang meraikan kesedaran kesihatan mental. Berlangsung sepenuhnya dalam talian, ia melibatkan 20 artis dalam dan luar negara dengan penampilan istimewa penerbit muzik antarabangsa.

Berhibur sambil menderma, dana yang dikutip bakal disumbangkan kepada Tabung Kesedaran Mental Pemuzik. Perincian selanjutkan bakal diumumkan kelak. 

Tarikh: 11 Disember - 12 Disember 2021

Masa: Bakal diumumkan 

Lokasi: Dalam talian (Zoom)

Tiket: 4.00 petang ke atas

Maklumat lanjut: Instagram @midi_my

 

Atas Angin Recovery Show

Saksikan persembahan artis-artis indie seperti Jemson, Fugo, Margasatwa dan ramai lagi dalam satu konsert istimewa.

Tarikh: 11 Disember 2021

Masa: 3.00 petang - 10.00 malam

Lokasi:  BSync Productions, No 26 Jalan Permai, Off, Jalan Robson, Taman Persiaran Desa, 50460 Kuala Lumpur

Tiket: RM90 

Maklumat lanjut: Instagram @atasangin.ev

 

Kongres Kebudayaan 1971 : Sebuah Simposium Pasca 50 Tahun

Ikuti tiga sesi istimewa yang bakal membincangkan pelbagai aspek sastera dan kebudayaan selepas kongres kebudayaan yang berlangsung separuh abad yang lalu pada tahun 1971.

Ia bakal dibarisi nama-nama besar dunia sastera dan kebudayaan seperti Sasterawan Negara Profesor Muhammad Haji Salleh, Profesor Datuk Dr. Ahmad Murad Merican, Dr. Maszlee Malik dan ramai lagi.

Ia juga bakal menyaksikan saudara Eddin Khoo sebagai moderator.

Waktu: Sesi 1 (11.00 pagi - 1.00 petang), Sesi 2 (2.00 - 5.00 petang) Persembahan Wayang Kulit (8.30 malam)

Tarikh: 11 Disember 2021

Waktu: Sesi 3 (8.30 - 10.00 malam)

Tarikh: 12 Disember 2021

Lokasi: Panggung Eksperimen Universiti Malaya

Maklumat lanjut: Instagram @senipusaka

 

Kriau Art Show By FriTillDea Anjuran Vans

Kriau bukan saja pameran seni solo tapi juga ruang kreativiti penuh warna buat mereka yang menghargai seni dari segi warna, bunyi, pergerakan dan corak. Semuanya nukilan FriTillDea.

Tarikh: 8 - 26 Disember 2021

Waktu: 4.00 petang - 11.00 malam

Lokasi: Vans Lot 19 Skate Space, Setor Gombak, Jalan Gombak, Batu 4 ½, Kuala Lumpur

Maklumat lanjut: Kriau Art Show

 

MoMo’s Art Fair 

Diilhamkan oleh konsep pesta seni hotel pameran seni ini menampilkan karya seni 10 seniman tempatan di kawasan hotel dan bilik. 

Tarikh: 11 - 12 Disember 2021 dan 18 - 19 Disember 2021

Masa: 12.00 tengah hari - 8.00 malam

Sesi: 12.00 tengah hari, 2.00, 4.00 dan 6.00 petang

Lokasi: MoMo’s KL

Tiket: RM35 untuk kemasukan biasan dan RM45 untuk kemasukan serta penerangan seni (tiket termasuk dua minuman)

Maklumat lanjut: MoMo’s Kuala Lumpur - Getaran, 9 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Jom Serbu Pavilion Bukit Jalil Untuk Acara Pokanime Planet

2

Budaya 4 tahun yang lalu

Menarik! Vans Malaysia Bawakan Pameran Solo FriTillDea Dalam ‘Kriau’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN