Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Jom Serbu Pavilion Bukit Jalil Untuk Acara Pokanime Planet

20,000 orang peminat animasi Jepun dan peserta peragaan busana ‘cosplay’ berkumpul di acara Pokanime Planet yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur sehingga Ahad ini.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 8:12PM

Peserta peragaan busana ‘cosplay’ di acara Pokanime Planet bertempat di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini - Gambar ihsan Ioli Communications

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika tidak mahu terperap di rumah tanpa sebarang acara, apa kata anda panjangkan langkah ke Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk menyaksikan 20,000 orang peminat animasi Jepun dan peserta peragaan busana ‘cosplay’ berkumpul di acara Pokanime Planet yang berlangsung sehingga Ahad ini, 25 September 2022.

Acara Pokanime Planet anjuran Rasta Creation Sdn Bhd dengan kerjasama Tourism Malaysia ini adalah julung-julung kalinya diadakan di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre.

Jadi jika anda merupakan salah seorang peminat watak-watak animasi Jepun, superhero dan permainan kegemaran mereka, hadirkanlah diri sebagai tanda sokongan dan juga untuk keseronokan sendiri.

Selain itu, menurut pihak penganjur, karnival tiga hari ini juga bertujuan mencipta peluang untuk menyumbang kepada ekonomi negara menerusi pendekatan 6P iaitu pelancongan, perniagaan dan pendapatan atau pekerjaan, pendidikan, persembahan, pengangkutan, dan promosi. 

Jika anda merupakan salah seorang peminat watak-watak animasi Jepun, superhero dan permainan kegemaran mereka, hadirkanlah diri sebagai tanda sokongan dan juga untuk keseronokan sendiri
Jika anda merupakan salah seorang peminat watak-watak animasi Jepun, superhero dan permainan kegemaran mereka, hadirkanlah diri sebagai tanda sokongan dan juga untuk keseronokan sendiri

Acara ini bermatlamat untuk mencetuskan kesan pengganda ekonomi yang akan memberi manfaat kepada ekonomi negara secara keseluruhan dan seterusnya.

Pengerusi Pokanime Planet, Rasta Rashid, berkata, acara itu diadakan kerana mahu menyediakan sebuah platform kepada penggemar-penggemar anime untuk mengekspresikan diri mereka dengan cara yang paling kreatif.

“Selain itu, acara ini turut membantu mempromosikan artis cosplay dalam kalangan penggemar anime dengan memberikan artis cosplay ini peluang dan ruang untuk mempamerkan karya seni kreatif dan menghubungkan mereka dengan peminat.

“Memandangkan Malaysia kini memasuki fasa endemik, Pokanime Planet menggunakan pendekatan 6P bagi merancakkan lagi pemulihan ekonomi negara dengan memanfaatkan minat mendalam penggemar-penggemar anime dari seluruh dunia. Buktinya, tiket acara ini turut dibeli oleh penggemar anime dari luar negara seperti dari Amerika Syarikat dan Jepun,” tambahnya. 

Pengerusi Pokanime Planet & Pengasas Rasta Creation Sdn Bhd, Rasta Rashid
Pengerusi Pokanime Planet & Pengasas Rasta Creation Sdn Bhd, Rasta Rashid

Pokanime Planet menampilkan acara persembahan pentas, pelbagai sesi panel, kemunculan tetamu jemputan, permainan, pertandingan cosplay, peragaan busana dan pelbagai lagi. 

Antara persembahan yang dijadualkan ialah persembahan muzik dan tarian daripada penyanyi J-Rock dan J-Pop Rina-Hime, Hazuki Rin daripada CrossSouls, penyanyi nyanyian semula (cover singer) anime Mirowlf, kumpulan J-Rock Blossome, penyanyi dan pemain cosplay Hayate, penyanyi nyanyian semula anime Samantha Lim Ki, penari tarian semula Natcheo, penyanyi YouTube dan perentak muzik (beatboxer) NovaMC dan persembahan tarian kilat anime oleh Jenica & Mandy daripada Sunflower.

Pengunjung berpeluang merasai pengalaman sekali seumur hidup pada pameran ini yang menampilkan watak-watak anime dan permainan serta superhero yang menjelma secara nyata, dikelilingi 125 penjual barangan yang menawarkan pelbagai barangan, aksesori, produk-produk kecantikan, alat permainan dan pelbagai pilihan makanan serta minuman.

Selain itu, terdapat pelbagai gerai khusus dan forum yang menampilkan artis-artis baharu yang akan memperagakan hasil seni kreatif dan bakat mereka seperti pelukis buku kanak-kanak kelahiran Malaysia, Joanne Lew Vriethoff dan kartunis Daniel Mok. 

Malah, pengunjung juga berpeluang untuk merasai pengalaman berada di kafe bertemakan ‘pembantu rumah Jepun’ yang semestinya memberikan satu pengalaman baru dan menyeronokkan. Pendek kata, banyak memori manis akan menjadi jejak di akaun media sosial dan ingatan anda.

Pengerusi Pokanime Planet dan Pengasas Rasta Creations Sdn Bhd, Rasta Rashid menyerahkan cenderamata penghargaan kepada Timbalan Pengarah Tourism Malaysia, Nor Aida Ismail sebagai tanda kolaborasi antara Pokanime Planet bersama Tourism Malaysia.
Pengerusi Pokanime Planet dan Pengasas Rasta Creations Sdn Bhd, Rasta Rashid menyerahkan cenderamata penghargaan kepada Timbalan Pengarah Tourism Malaysia, Nor Aida Ismail sebagai tanda kolaborasi antara Pokanime Planet bersama Tourism Malaysia.

Timbalan Pengarah Tourism Malaysia, Nor Aida Ismail ketika majlis pelancaran meluahkan rasa gembira dengan penganjuran acara ini kerana percaya ia boleh menyumbang kepada industri pelancongan negara.

“Kami gembira menyaksikan kehadiran orang ramai ke acara ini untuk berseronok meraikan minat dan hobi mereka dengan cara yang terbaik di samping menyumbang kepada industri pelancongan. 

“Saya percaya kehadiran pelancong dan tetamu dari negara-negara lain akan memberikan pulangan yang baik kepada ekonomi. Kami berharap lebih banyak acara sebegini akan dianjurkan pada tahun-tahun akan datang,” katanya. 

Mereka yang berminat untuk mengunjungi acara ini boleh membeli pas masuk di www.pokanimeplanet.com  pada harga RM20 untuk setiap satu tiket. - Getaran, 24 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

24 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 bulan yang lalu

EMAX Beauté Buka 4 Outlet Di Pavilion Bukit Jalil

2

TARA 10 bulan yang lalu

Temui Karakter Superhero Batman, Harry Potter Sempena Acara Ulang Tahun Warner Bros Ke-100 Tahun

3

TARA 10 bulan yang lalu

Lain Ibu, Lain Ragamnya, Ini Idea Untuk Meraikan Hari Ibu Kali Ini

4

TARA 1 tahun yang lalu

Diamond Dotz, Jenama Tersohor Australia Buka Kedai Konsep Pertama Di Dunia Di Pavilion Bukit Jalil

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok