Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Temui Karakter Superhero Batman, Harry Potter Sempena Acara Ulang Tahun Warner Bros Ke-100 Tahun

Acara ulang tahun Warner Bros ke-100 tahun yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil ini menyajikan pelbagai tarikan dekorasi menarik, aktiviti hiburan, pameran serta jualan.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 12:36PM

Anda boleh bergambar bersama watak-watak Looney tunes di acara ulang tahun Warner Bros di Pavilion Bukit Jalil - Gambar oleh Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Musim cuti sekolah ini pasti ramai yang mengambil peluang untuk mengisi masa lapang bersama keluarga. Ada yang gemar bercuti ke pulau, ada yang pulang ke kampung dan ada juga yang berjalan-jalan di pusat membeli belah. 

Bagi  yang memiliki anak-anak pula, pasti memikirkan aktiviti sesuai yang boleh dilakukan bersama, misalnya berkelah di kawasan rekreasi, bersantai di kawasan taman tema air atau taman tema hiburan seperti di Genting Highlands. 

Jika anda atau anak-anak adalah peminat superhero atau karakter seperti Batman, Harry Potter atau Looney Tunes, apa kata bawa keluarga anda singgah ke Pavilion Bukit Jalil untuk memeriahkan acara pameran Warner Bros yang terletak di bahagian Center Court, aras dua.

Kerjasama istimewa bersama Warner Bros bersempena kempen ulang tahun studio mereka ke-100 tahun ini menyajikan pelbagai tarikan dekorasi menarik, aktiviti hiburan, pameran serta jualan. Ini termasuk penebusan barangan eksklusif yang akan tamat sehingga 25 Jun 2023. 

Terdapat pelbagai hiasan bertema serta latar belakang yang menarik untuk dikunjungi seperti Platform 9¾ dari siri Harry Potter, Tom & Jerry Animation Studio, Mystery Machine terkenal dari siri Scooby Doo dan pameran The Flash.

Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di setiap pameran tersebut terutamanya bersama arca gergasi The Flash dan Batman yang menampilkan latar belakang adegan filem The Flash.

Selain itu, kehadiran pengunjung turut dimeriahkan lagi dengan siri pameran prop interaktif dan koleksi barangan yang telah digunakan di seluruh studio tersebut sejak 100 tahun lalu seperti francais Wizarding World, DC Super Heroes, Batman & Wonder Woman dan banyak lagi. 

Jika bertuah, anda berpeluang untuk bertemu maskot karakter ikonik Looney Tunes iaitu Bugs Bunny dan Tweety yang pasti akan memeriahkan lagi suasana persekitaran kawasan pameran tersebut.

Selain itu, kerjasama turut dijalankan bersama Royal Selangor dengan mengeluarkan reka bentuk serta tukangan eksklusif bertemakan Warner Bros. Koleksi terhad ini amat memukau mata dan ia ditawarkan khas kepada peminat tegar serta pengumpul barangan premium buatan Royal Selangor.

Tidak ketinggalan, acara ini  turut menawarkan koleksi terhad Hotwheels edisi Warner Bros khas buat peminat mainan kenderaan kecil ini. Sangat menarik, comel dan pastinya jarang ditemui di pasaran.

Dalam meraikan kerjasama ikonik bersama ulang tahun ke-100 Warner Bros., pengunjung juga dijemput untuk sertai pertandingan cosplay pada 10 Jun 2023.

Anda berpeluang untuk memenangi wang tunai, baucar beli belah dan cenderamata eksklusif WB100 seperti patung kecil DC dari Beast Kingdom, Batmobile dan tabung pelbagai guna Justice League bermacam lagi.   

Jadi rancang perjalanan dan hadir ke Pavilion Bukit Jalil untuk mengisi musim cuti anda bersama ulang tahun ke-100 Warner Bros. - Getaran, 28 Mei 2023 

Isu Pada

Aishwarya Rai: Aura Nandini Dan 'Women Empowerment'

27 May 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 5 bulan yang lalu

EMAX Beauté Buka 4 Outlet Di Pavilion Bukit Jalil

2

TARA 11 bulan yang lalu

Lain Ibu, Lain Ragamnya, Ini Idea Untuk Meraikan Hari Ibu Kali Ini

3

TARA 1 tahun yang lalu

Diamond Dotz, Jenama Tersohor Australia Buka Kedai Konsep Pertama Di Dunia Di Pavilion Bukit Jalil

4

TARA 1 tahun yang lalu

Tokyo Town 101 Ubat Kerinduan Percutian Ke Jepun

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah