web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


EMAX Beauté Buka 4 Outlet Di Pavilion Bukit Jalil

Sejak 12 tahun penubuhan jenama pertamanya, iaitu Beauté Library, EMAX Beauté terus fokus untuk mendominasi industri kecantikan dengan memberikan rawatan terbaik

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 4:09PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peneraju kecantikan yang berpengalaman dan inovatif, EMAX Beauté mengorak langkah berani dengan melancarkan empat buah cawangan baharu di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sejak 12 tahun penubuhan jenama pertamanya, iaitu Beauté Library, EMAX Beauté terus fokus untuk mendominasi industri kecantikan dengan memberikan rawatan terbaik merangkumi

penjagaan kecantikan yang lengkap daripada wajah, rambut dan badan. Di bawah jenama ini terdapat empat jenama kecantikan yang tampil dengan konsep dan rawatan berbeza iaitu:

Beauté Library

Menawarkan solusi penjagaan wajah mewah dan bukan invasif (non invasive). Seleksi rawatan yang ditawarkan akan disesuaikan dengan jenis kulit anda dan mendapat sentuhan teknologi serta mesin yang canggih. Outlet terbaru di Pavilion Bukit Jalil membawa konsep elegan, mewah dan eksklusif.

Curvena

Pendekatan holistik dan seimbang untuk rawatan pelangsingan badan menggunakan teknologi canggih untuk misi bentuk badan idaman semua. Berkonsepkan earthy tones daripada pemilihan warna, perabot dan hiasan dalaman, setiap sudut membuatkan anda rasa selesa, harmoni dan privasi.

Venusde

Fokus pada penjagaan rambut dan kulit kepala, bukan sahaja pada wanita, malah juga untuk agar rambut lebih sihat dan kuat. Hadir dengan konsep yang lebih ceria, anda pasti terpesona dengan konsep hiasan dalamannya. Lebih menarik, ia menyediakan ruang privasi terutamanya buat hijabi untuk keselesaan ketika melakukan rawatan rambut.

B+ Clinic

Menyediakan seleksi rawatan estetik yang invasif. Ia juga untuk memberi pengalaman rawatan estetik yang efisyen, selamat dan berkesan yang dikendalikan oleh barisan doktor profesional dan bertauliah.

Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) EMAX Beauté, Wilson Lee menekankan bahawa pertambahan jenama itu sejajar dengan keperluan pengguna yang semakin meningkat dan juga untuk menangani jurang dalam pasaran kecantikan Malaysia hari ini.

Ketua Pengarah Eksekutif, EMAX Beauté, Wilson Lee.
Ketua Pengarah Eksekutif, EMAX Beauté, Wilson Lee.

“Kami banyak memberi penekanan dan fokus pada aspek keperluan dan kesejahteraan pelanggan kerana kami percaya kecantikan bukan sahaja semata-semata pada luaran. Kecantikan yang sebenar perlulah seimbang dari semua aspek.

“Setiap pelanggan mempunyai kemahuan dan jangkaan mereka sendiri dan kami menyasarkan untuk memberikan rawatan penyelesaian yang berkesan dan berkualiti supaya kesihatan dan

kesejahteraan keseluruhan mereka tercapai. 

“Matlamat kami adalah untuk memberikan servis dan solusi yang terbaik pada pelanggan supaya mereka rasa selesa dengan kulit, tampil lebih yakin dan berjaya memiliki kulit idaman mereka,” ujar beliau.

Melalui pelancaran cawangan baharu ini, EMAX Beauté berhasrat untuk mengukuhkan kedudukannya dalam industri kecantikan tempatan dan seterusnya.

Dengan mengutamakan profesionalisme dan kredibiliti, ditambah dengan perkhidmatan yang cemerlang dan terkemuka, setiap jenama berusaha untuk memberikan penyelesaian yang cemerlang dan berkesan dengan teknologi, ramuan dan inovasi terkini.

“Dengan penyelesaian komprehensif yang menyasarkan pelbagai aspek kecantikan dan kesihatan, EMAX Beauté berusaha untuk mempromosikan penjagaan diri dalam kalangan pelanggan kami, supaya mereka berasa yakin dengan kulit mereka sendiri. Kami mahu menjadi pilihan pelanggan dalam mencari solusi dan keberkesanan rawatan serta menyediakan ruang yang selesa.

“Sama ada ingin memanjakan kulit dengan rawatan muka yang mewah, menjaga kulit kepala dan rambut atau penjagaan badan yang holistik EMAX Beauté adalah tempat untuk anda,” tambah Wilson lagi.

Pelanggan dijemput untuk meneroka dan mencipta pengalaman menarik di Beauté Library, Curvena, Venusde dan B+ Clinic Pavilion Bukit Jalil. – Getaran, 17 November 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 bulan yang lalu

Pavilion Bukit Jalil Meriahkan Aidilfitri Dengan Adiwira Monsta

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Jom Raikan Hari Ibu di Pavilion Bukit Jalil, Pelbagai Pilihan Menanti

3

TARA 3 tahun yang lalu

Temui Karakter Superhero Batman, Harry Potter Sempena Acara Ulang Tahun Warner Bros Ke-100 Tahun

4

TARA 3 tahun yang lalu

Lain Ibu, Lain Ragamnya, Ini Idea Untuk Meraikan Hari Ibu Kali Ini

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN