Esok 14 Mei merupakan sambutan Hari Ibu bagi menghargai pengorbanan dan kasih sayang seorang insan yang cukup istimewa dalam kehidupan kita. Semestinya ramai yang sudah mencari masa dan tidak sabar untuk meraikan hari istimewa ini.
Namun, bagi yang masih belum punya perancangan atau masih dalam dilema untuk mencari hadiah yang secocok dengan personaliti ibu anda, di sini ada senarai panjang yang boleh anda pilih. Senarai ini istimewa kerana ia adalah hasil kreativiti pasukan pemasaran Pavilion Bukit Jalil.
Getaran telah mengenal pasti enam personaliti ibu dan mencadangkan hadiah dan aktiviti yang dianggap sepadan untuk dihadiahkan kepada mereka. Jom semak!
1) Ibu DIY yang berjiwa kreatif

Kalau bab kreatif dan ‘DIY’ (do it yourself), semestinya ibu dari kategori ini adalah juaranya. Mereka akan pastikan jika sesuatu benda boleh diguna pakai atau diperbaharui, usah ditanya sesuatu yang baharu terutamanya sekali tentang masakan.
“Kenapa nak membazir, mak boleh masak di rumah” adalah sebuah ungkapan yang sering kita dengari apabila keluar berjalan-jalan bersama ibu. Belum masuk bab menghias atau mengubah suai – tidak kira ubah suai perabot, mengait mahupun berkebun, serahkan saja kepadanya. Hasilnya mesti di luar jangkaan.

Cubalah sesuatu yang lain daripada kebiasaan untuk dihadiahkan kepada ibu anda. Sebelum ini mungkin anda hadiahkan aksesori ‘DIY’, jadi kali ini boleh cuba dapatkan sesuatu yang menarik perhatian dan pastinya boleh mengisi masa lapang ibu.
Sebagai contoh, hadiahkan ibu anda dengan buku ilmiah untuk bacaan harian. Ataupun, jika ibu anda sering menggunakan produk penjagaan kulit, mungkin anda boleh hadiahkan set penjagaan kulit tempahan khas berdasarkan keadaan kulit ibu anda. Pasti dia menyukainya.

Lokasi:
Tsutaya Books, Aras 2, Zon Oren
Customlab Skin Care, Aras 4, Zon Merah Jambu
Ecotopia, Aras 2, Zon Merah Jambu
Diamond Dotz, Aras 4, Zon Merah Jambu
Kitchen Shop, Aras 1, Zon Oren
2) Ibu garang tapi penyayang

Ibu dari kategori ini semestinya kuat membebel tapi hatinya tetap 100% menyayangi anak-anak. Sentiasa berusaha keras untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik tanpa berkira wang ringgit dan keringat demi masa depan anak-anak.
Tak kiralah sama ada menghantar anak ke kelas mengaji, sekolah tambahan, mahupun kelas tuisyen, semua usaha itu demi mendidik anaknya untuk mencipta kejayaan di masa hadapan. Ibu ini sentiasa sibuk, tapi sesibuk manapun dia, urusan anak adalah perkara paling utama. Bebelan mereka pasti dirindukan apabila anda dewasa kelak.

Jika ibu anda termasuk dalam kategori ini, ambil peluang untuk menepis bebelannya dengan menawarkan ruang untuk berehat dan bersantai. Hadiahkan sebuah beg tangan, dan susuli dengan sesi perapian rambut di salun. Percayalah, pasti hatinya berbunga riang.
Untuk menjamu selera, boleh cadangkan kepada ibu anda untuk nikmati juadah makanan yang sepadan dengan perwatakannya, iaitu masakan pedas seperti yang tersedia di Two Cents Hot Wings.

Lokasi:
Kate Spade New York, Aras 3, Zon Merah Jambu
Colour Room by APT, Aras 5, Zon Oren
Two Cents Hot Wings, Aras 1, Zon Merah Jambu
Kyochon 1991, Aras 3, Zon Merah Jambu
3) Ibu yang pentingkan kesempurnaan

Ibu kategori ini mementingkan kekemasan dan kesempurnaan. Sentiasa sibuk mengemas dan melakukan beberapa perkara dalam satu masa. Semua tugasan mestilah sempurna. Anda mungkin hairan bagaimana ibu anda boleh lakukannya. Nampak susah di mata, tapi ibu mampu lakukan kesemuanya tanpa sebarang rungutan.

Inilah masanya untuk mencuri masa ibu yang selalu sibuk. Bawa ibu ke untuk memanjakan diri dari hujung kaki hinggalah ke hujung rambut. sesi tatarias dan manjakan diri.
Sebagai bonus, demi meringankan bebanan tugasan hariannya, jom dapatkan alatan elektronik seperti penyedut hampagas terkini atau kabinet baharu. Anda juga boleh dapatkan kit pencuci yang lengkap, yang semestinya sangat membantu ibu anda melakukan kerja-kerja rumah.

Lokasi:
Skinz Sanctuary, Aras 5, Zon Merah Jambu
Alha Alfa Cosmetics, Aras 2, Zon Merah Jambu
Harvey Norman, Aras 1, Zon Merah Jambu
HOHM, Aras 4, Zon Oren
4) Ibu sehati sejiwa, bagaikan teman baik

Ibu kategori ini sentiasa kekal maklum dengan persekitarannya. Apa sahaja yang anak-anak lakukan, pasti dia akan tahu. Tiada apa yang boleh disorokkan daripadanya. Ini kerana selain ibu, anda juga menganggap dia sebagai teman baik, tempat untuk anda berkongsi segala cerita.

Ibu anda sentiasa menjadi teman berborak dan tempat berkongsi pengalaman serta mendapat nasihat. Bahkan, rakan-rakan anda juga tidak kekok bercerita dengannya setiap kali datang berkunjung ke rumah anda. Ibu yang mudah mesra pastinya mudah disukai oleh sesiapa sahaja.
Bawa ibu anda untuk masa bergembira bersama keluarga. Tempah sesi urutan bersama, tonton wayang, nikmati juadah ‘hotpot’ dan menyanyi sepuas hati di sesi karaoke. Tak kira apa yang anda lakukan bersamanya, masa yang diluangkan itulah yang amat dihargai oleh ibu anda.

Lokasi:
Siam Oasis, Aras 1, Zon Oren
TGV Cinemas, Aras 5, Zon Oren
Suki-Ya, Aras 5, Zon Oren
K11 Karaoke, Aras 5, Zon Merah Jambu
5) Ibu Fesyenista

Adakah ibu anda sentiasa mengikuti fesyen terkini? Malah, dia juga boleh menjadi penasihat gaya kepada anda. Jika ya, ibu anda adalah ibu fesyenista yang selalu kelihatan anggun.
Serbu butik pakaian untuk kemas kini seleksi pakaian mereka. Anda juga boleh lakukan cabaran mini bersama ibu anda dengan menguji kreativiti masing masing dengan menghias satu sama lain. Lihat siapa lagi hebat dan muat naik hasil cabaran tersebut ke laman sosial dengan #OOTD!

Lokasi:
Kashkha, Aras 2, Zon Oren
Saturday Club, Aras 3, Zon Merah Jambu
I’m Vely, Aras 3, Zon Merah Jambu
Yeshan Sarees, Aras 2, Zon Merah Jambu
Oriental Noble Boutique, Aras 2, Zon Merah Jambu
6) Ibu yang sentiasa tenang

Ketenangan merupakan keutamaan kehidupan ibu – ibu dari kategori ini. Lazimnya, ibu-ibu ini akan melakukan sesi yoga di studio atau di rumah mahupun tai chi di siang hari serta sentiasa mengingatkan anda untuk sentiasa bertenang dalam melakukan sesuatu perkara.

Selain itu, mereka juga akan mengenakan memberi anda perhiasan beraura positif dalam membantu anda menjalani aktiviti harian bebas dari sebarang ketegangan.
Lilin beraroma dan minyak aromaterapi atau gelang kristal yang menawan antara pilihan yang terbaik untuk dijadikan hadiah. Ia mampu memberi suasana tenang kepada ibu anda dan mungkin juga untuk anda. Akhiri sesi pemberian hadiah tersebut dengan hidangan dan hirupan teh wangi setelah penat seharian bekerja.

Lokasi:
Greenology, Aras 2, Zon Oren
Hooga, Aras 4, Zon Merah Jambu
Lucky Gems, Aras 5, Zon Oren
Tianyue Tea Joy, Aras 3, Zon Merah Jambu
Lohas, Aras 3, Zon Merah Jambu
Kemanisan hubungan ibu anak

Untuk mengakhiri hari yang panjang, bawalah ibu anda singgah ke lokasi selera yang menyediakan pelbagai hidangan pemanis mulut yang membuka selera. Ia sebagai tanda terima kasih anda terhadap segala pengorbanan ibu anda selama ini.
Kasih ibu tiada titik noktahnya. Inilah peluang terbaik untuk diingati bersama dan maklumkan kepada ibu bahawa betapa indah dan manisnya dapat meluangkan masa bersama.

Lokasi:
Rollney, Aras 1, Zon Oren
Go Coconut, Aras 1, Zon Oren
Asuka, Aras 4, Zon Merah Jambu
Oppa Toast, Aras 5, Zon Merah Jambu
Seniman, Aras 4, Zon Oren - Getaran, 13 Mei 2023