web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dari Kehilangan Ke Ketenangan: Hadiah Terindah Dari Tuhan

Seluruh kebahagiaan bagai direntap bila Tuah disahkan meninggal dunia dan lenyap sudah detik manis yang selalu dibayangkan. 

Rencana Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2025 3:15PM

Muhammad Tuah Al-Fateh di pusara abangnya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kali pertama mendengar degup jantungnya, aku sudah jatuh cinta. Detik itu selamanya akan terpateri dalam ingatan. 

Dengan kasih yang tinggi menggunung, setiap malam aku berdoa, memeluk, membelek perut, membayangkan hari-hari apabila dia zahir di alam nyata kelak, hangat dalam pelukan aku, ibunya. 

Pusara Muhammad Tuah Iskandar
Pusara Muhammad Tuah Iskandar

Namun, siapalah aku. Walau sebesar gunung sekali pun kasih sayang ini untuk Muhammad Tuah Iskandar, besar lagi kasih sayang Allah SWT kepadanya. 

Dalam sekelip mata, impian itu hilang dan membawa pergi seluruh angan-angan aku selama ini. Seluruh kebahagiaan bagai direntap bila Tuah disahkan meninggal dunia. Lenyap sudah detik manis yang selalu dibayangkan. 

Muhammad Tuah Iskandar Bin Sulaiman,

Hari pertama tanpamu, bonda rasa dunia terhenti.

Hari ke-10 tanpamu, bonda masih menanti, berharap ini cuma mimpi.

Hari ke-40 tanpamu sayang, air mata bonda mulai kering namun hati masih disayat luka. Pedih dan amat memeritkan. 

Hari ke-100, bonda hanya mampu menadah tangan, memohon belas kasihan Allah SWT untuk seberkas kekuatan.

Muhammad Tuah Al Fateh di pusara abangnya
Muhammad Tuah Al Fateh di pusara abangnya

Hari-hari seterusnya berlalu dengan begitu sunyi. Zahirnya kelihatan sihat tanpa cela, tapi hakikatnya hati seakan mati. Bonda merintih dalam doa, menangis dalam sujud. Tahun itu, Hari Ibu berlalu dengan penuh suram dan apa yang bonda lakukan? Bonda hanya mampu berdiam; tiada ucapan dan tiada pelukan sayang, hanya selautan rindu yang tidak mungkin bisa terungkap. 

Tuah anakku tersayang, penghuni pertama rahim bonda; pemergianmu bukan sekadar kehilangan seorang bayi. Ia adalah detik hilangnya separuh daripada jiwa bonda. Tapi bonda reda, wildan bonda sedang berlari bahagia di taman syurga. 

Kuasa Allah SWT ternyata tidak ada tandingnya. Selepas 100 hari berlalu, Allah hadirkan harapan baharu.

Aku hamil semula tanpa dirancang dan tanpa disangka. Air mata ini gugur lagi. Kali ini aku menangis bukan kerana kehilangan tetapi menangis kerana kesyukuran.. 

Tanggal 9 Februari 2023, lahirlah putera keduaku ke dunia. Masih segar di ingatan, doa yang aku bisikkan beberapa saat sebelum anakku dilahirkan. 

"Ya Allah, bila anak ini keluar nanti, izinkan aku mendengar suaranya, izinkan dia membesar bersamaku di dunia,”.

Allah Maha Baik, Maha Mendengar, satu dewan pembedahan bergema dengan suara anak yang paling aku tunggu ini. Syukur Alhamdulillah.

Muhammad Tuah Al-Fateh kesayangan bonda,

Terima kasih sudah hadir ke dunia, 

Senyum kamu itu sungguh mendamaikan,

Hilang semua resah gelisah bonda,

Damai dan tenang segenap jiwa bonda,

Terima kasih sayang, sudi memilih bonda menjadi ibumu,

Terima kasih mengajar bonda erti syukur adanya kamu,

Terima kasih untuk kasih sayang yang tak berbelah bahagi darimu.

Semoga Allah SWT balas setiap senyumanmu dengan sejuta kebahagiaan di dunia dan di akhirat ya sayang.

Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin

Ya Allah Yang Maha Menjaga, jagalah anak kesayanganku ini Ya Allah..

Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-Mu..

Lindungi dia, kasihi dia, sayangi dia, rahmati dia Ya Allah.

Fateh sayang, kalau satu hari nanti Fateh baca nukilan ini, ingat pesan bonda. 

Bonda sentiasa menyayangimu. Walau satu dunia menyakitimu, mengujimu, bonda selalu ada. Jaga hubungan dengan Allah ya nak..Insya Allah, Allah akan menjagamu sayang. - Getaran, 11 Mei 2025

Foto: Amirah Abu Bakar

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Jom Raikan Hari Ibu di Pavilion Bukit Jalil, Pelbagai Pilihan Menanti

2

TARA 3 tahun yang lalu

Lain Ibu, Lain Ragamnya, Ini Idea Untuk Meraikan Hari Ibu Kali Ini

3

Kolum 4 tahun yang lalu

Salam Sayang Buat Yang Bernama Ibu

4

TARA 4 tahun yang lalu

Hadiah Hari Ibu - Jangan Panik, Banyak Pilihan Menanti Di Hujung Jari

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Jika Kita Memperjuangkan Palestin, Kita Tidak Boleh Menutup Mata Terhadap Rohingya

oleh Alfian Z.M. Tahir