Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Salam Sayang Buat Yang Bernama Ibu

Ahad, 8 Mei, Hari Ibu. Mummy, Mama, Emak, Ibu dan apa pun panggilan kita, ibu ialah insan kurniaan teragung buat setiap manusia di dunia ini.

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2022 7:52PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mummy, Mama, Emak, Ibu dan apa pun panggilan kita, ibu ialah insan kurniaan teragung buat setiap manusia di dunia ini. 

Menjadi asbab kita melihat dunia, dia yang bertarung nyawa melahirkan. Saya tidak tahu orang lain, tetapi pengalaman melahirkan dua anak; ketahuilah Tisham dan Imtiaz, sakitnya melahirkan kamu berdua, Tuhan sahaja yang tahu. 

Begitu pun kehadiran kamu berdua adalah kurniaan-Nya yang terindah, tidak boleh dinilaikan dengan apa jua pun. Syukur kamu berdua menjadi anak yang ‘menjadi’, yang tidak hidup melarat, merempat, yang berilmu, yang bertanggungjawab, yang tahu menghargai jasa kedua orang tua kamu. Alhamdulillah.

Mummy akui, I am not a perfect mother, tetapi Mummy pastikan kamu dibekalkan dengan bekalan dunia dan akhirat. 

Ya, mulut ini memanglah letih mengingatkan kamu jangan lupa Allah, solat khasnya, kerana pengakhir tempat kita telah disediakan oleh Nya. Mohon syurga Firdaus-Nya, anak-anakku. 

Bererti jauhi sama sekali yang dilarang dan sempurnakan semua ibadahmu untuk membolehkan kamu menjejaki syurga yang dijanjikan. 

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

‘It’s not what you do for your children but what you have taught them to do for themselves that will make them successful human beings’ – Ann Landers.

Ibu, ketahuilah, there is no way to be a perfect mother, namun ada berjuta cara untuk menjadi ibu yang baik. 

Ibu ayah contoh teladan terbaik untuk anak-anak. Elak bergaduh dan bercakaran di hadapan anak. Elak mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut dan menghina keturunan masing-masing.

Elak mengata, mengumpat, menabur fitnah, bergaduh sesama jiran tetangga, adik-beradik, saudara mara. Oh, semua itu secara langsung mendidik anak untuk melihat dunia dengan negatif, mengajar mereka satu kehidupan yang terlarang di kemudian hari. 

Elak makan duit haram dan menganiaya sesama insan. Satu lagi yang Allah beri ‘cash’ kepada kita sewaktu hidup lagi, yakni, kalau kamu menzalimi ibu ayah sendiri sewaktu hidup. Percayalah karma berulang, kamu juga bakal dizalimi anak sendiri, sekali pun kamu menatang dia bagai minyak yang penuh.

Anak-anakku,

Saat kamu melihat ibumu, kamu sedang melihat cinta yang paling murni. Ingat, no other person can replace a mother. Love her, respect her, listen to her dan yang terpenting berdoalah untuknya. 

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

“Mother’s love is peace,” APJ Abdul Kalam. 

Tidak ada yang boleh menandingi dahsyatnya doa seorang ibu. Kerana itu, buatlah ibumu selalu tersenyum. Ya, cintailah dia kerana kamu tidak akan pernah mendapat yang lain. 

Kurang lebih 9 bulan 10 hari, ibu mengandung hingga akhirnya melahirkan kamu. Setelah itu dia menyusu dan merawat kamu, sehinggalah kamu beranjak dewasa. 

Ibu, dia tidak pernah lelah membesar dan membimbing, dia ikhlas dan mahu menjadikan kamu manusia sempurna. 

Ingat anak-anak, sejak kamu lahir, ibu kamu itu sentiasa berusaha membahagiakan kamu. Seekor nyamuk pun dia tidak benarkan untuk menghisap darahmu. 

Ya, sebiji nasi pun tidak biasa dimasukkan ke mulutnya kalau nasi yang sama itu saja yang tinggal untuk mengisi perut anaknya yang lapar. Biar dia mati kebuluran tapi tidak anaknya.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

“Seorang anak yang berbakti kepada ibu bapanya, nescaya Allah akan memperbanyakkan rezeki dengan kekayaan luar biasa kepadanya.”

Ingat, anak wajib taat kepada kedua orang tua. “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapa,” (Al-Ahqaf 46:15). 

Kamu juga diwajibkan menghindari perkataan kasar dan nada tinggi agar tidak menyakiti hati orang tua. Sabda Rasulullah SAW, “Reda Allah SWT ada pada reda kedua orang tua dan kemurkaan Allah SWT ada pada kemurkaan orang tua. (HR. Tirmidzi, Ibnu Hibban). 

Dan doa orang tua untuk kebaikan anak merupakan salah satu doa mustajab, memiliki peluang besar dikabulkan Allah. 

Abu Hurairah RA mengatakan Rasulullah SAW bersabda, “Ada tiga doa yang mustajab, doa orang yang dizalimi, doa musafir dan doa orang tua untuk kebaikan anaknya.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

IBU

Maafkan aku yang selalu membuatmu menangis 

Maafkan aku yang kadang mengabaikanmu hanya kerana kesibukan duniaku.

Namun saat aku jatuh, kau yang pertama menarik tanganku, mengucup pipi ku…

Hari ini kau tiada untuk mendoakan kebaikan ku

Ya Allah, tempatkan surga yang terindah di sisi-Mu, untuk ayah dan ibuku

Terima kasih emak atas setiap air susu yang mengalir dalam darahku. Tanpamu aku tidak mampu menghirup udara kehidupan. 

Aku berterima kasih atas semua yang telah kau ajarkan kepadaku. Aku tahu emak telah memaafkan apa jua kesalahanku, yang sengaja dan yang tidak disengajakan. 

Aku sangat bersyukur kerana kau memejamkan mata buat kali terakhirnya di hadapanku, aku melihat bibirmu emak, bergerak perlahan pada nafas terakhirmu mengikut aku yang tidak henti-henti menyebut kalimah, Lailahaillah. 

Dan mak, wajah terakhirmu itu sungguh cantik, muda dan putih juga seperti menguntumkan sebuah senyuman. Sungguh aku tidak pernah melihat mak secantik itu seumur hidupku. 

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (Innalillahiwainnailaihirojiun), semoga rohmu sentiasa di dalam lindungan-Nya.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Ya, Aidilfitri baru seminggu berlalu. Andai ibumu masih ada, pergilah kepadanya. Mohon maaf zahir dan batin. 

Sekiranya dia telah tiada, bawalah kakimu melangkah ke pusaranya dan sedekahkan al-Fatihah. 

Ya, jangan sesekali lupa pada setiap doamu juga memohon keampunan ke hadrat-Nya akan segala dosamu terhadapnya dan doakan insan istimewa ini diberikan syurga Firdaus oleh-Nya.

Doaku untuk bertemu emak di syurga yang kekal abadi. Amin. - Getaran, 7 Mei 2022

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Isu Pada

Sharifah Amani – Anak-Anak Kita, Masa Hadapan Kita

07 May 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Refleksi 4 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 12 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan