Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hadiah Hari Ibu - Jangan Panik, Banyak Pilihan Menanti Di Hujung Jari

Bagaimana agaknya anda meraikan Hari Ibu tahun ini? Sudah dapat hadiah yang ingin diberikan kepada insan tersayang ini? Atau mungkin ramai yang tidak menyedari kehadirannya kerana terlalu asyik beraya?

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2022 2:41PM

Gambar Hiasan, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selamat Hari Ibu untuk semua yang bergelar ibu di luar sana!

Bagaimana agaknya anda meraikan hari istimewa ini? Sudah dapat hadiah yang ingin diberikan kepada insan tersayang ini? Atau mungkin ramai yang tidak menyedari kehadirannya kerana terlalu asyik beraya. Maklumlah Syawalkan sebulan. 

Jika anda masih terpinga-pinga dan tidak tahu di mana mahu mencari hadiah untuk ibu yang sentiasa bertakhta di hati, jangan panik. Segalanya ada di hujung jari. 

Jika anda ‘godek-godek’ di internet, pasti anda menjumpai laman-laman sesawang atau platform yang menyediakan servis penghantaran hadiah sempena hari ibu. 

Salah satu daripadanya ialah Eat Cake Today. Platform yang menyediakan pelbagai jenis kek dan manisan kegemaran ramai ini sudah terbukti menyediakan produk-produk bermutu tinggi dan menepati selera pelanggan. 

Jika mahukan yang terbaik, di sinilah tempatnya untuk anda membuat pesanan.

Sehingga 16 Mei ini, Eat Cake Today telah mengetengahkan pelbagai kek yang manis, enak dan indah sempena Hari Ibu. Ini termasuklah kek biasa dan kek cawan. Ada juga set hadiah, jambangan bunga yang unik, belon dan lain-lain. 

Kesemua pesanan dalam talian menerusi  Eat Cake Today akan dihantar sehingga ke depan pintu tanpa sebarang masalah atau keperluan untuk keluar membeli.

Lebih menarik lagi, setiap pesanan disertakan diskaun promosi 10% dengan menggunakan kod promosi ‘LOVEMOM’ dan percuma belon 18 inci bentuk hati untuk kek Hari Ibu terpilih untuk tempoh yang terhad. Jom lihat semua pilihan yang ada.

 

1. Kek

Jika ibu anda lebih menyukai kek kurang manis, anda boleh jadikan Rose Lychee Cake 6” sebagai pilihan. Keunikan rasa buah dan bunga dapat mengejutkan deria rasa anda kerana harumannya yang menyegarkan.

Ia dilengkapi dengan belon berbentuk hati  18 inci percuma untuk menyatakan kasih sayang dan penghargaan anda kepada ibu.

Untuk pencinta teh, boleh hadiahkan kek perisa teh, Earl Grey Cake 6”. Dengan perisa teh earl grey mendominasi, rasa teh yang lembut akan meringankan keseluruhan kek. Kek klasik ini enak dinikmati ketika minum petang dan ia boleh dihantar dalam masa 4 jam.

Kek kegemaran ramai, Chocolate Indulgence Cake 6” juga ada di Eat Cake Today. Kek premium yang dibuat dengan coklat premium ini pasti mengundang senyuman di wajah ibu anda dengan setiap suapan. 

Jika mahukan sesuatu yang lebih unik, dapatkan kek Mommy Da Best Korean Cake 5”. Kek yang sangat lembut dan berwarna merah jambu ini membuatkan sesiapa sahaja berasa sedikit bersalah apabila ingin memotongnya. 

Lain-lain kek yang boleh ditempah ialah Royal Queen Jelly Cake 5”, 3D Flower Heart Jelly Cake 6", Eternity Cake 7” Mother's Day Queen Knock Knock Pinata Cake, Strawberry Chiffon Cake, Flora Cake 6” dan banyak lagi.

 

2.  Kek Cawan

Platform ini menyarankan tiga jenis kek cawan yang paling popular. Pertama, 12 Pieces of Mother's Day Carnation Cupcakes yang merupakan kek cawan vegan nan sihat.

Kedua, anda boleh dapatkan Mother's Day Cupcakes Bouquet yang juga vegan sebagai tanda betapa anda menghargai ibu anda. Bersama dengan batang fondant coklat bersama riben yang menawan, kek cawan ini tampil menarik. 

Akhir sekali ialah Cupcake Flower Bouquets yang cantik. Sesuai dihadiahkan untuk ibu yang sukakan sesuatu indah dipandang mata. 

Bayangkan saja kegembiraan permaisuri hati anda apabila anda menghadiahkan salah satu pilihan kek cawan ini. 

Pasti mereka merasa dihargai, lebih-lebih lagi jika hari istimewa ini dapat diraikan bersama-sama.

 

3. Set Hadiah 

Dapatkan Happy Mother’s Day Gift Set untuk meluahkan kasih sayang anda kepada ibu. Set hadiah ini disediakan bersama kek berperisa tempatan dan bunga di dalam satu kotak. 

Malah harganya juga sangat berpatutan untuk kedua-dua produk ini. Set hadiah ini boleh dihantar dalam masa 4 jam. 

Sekiranya ibu anda suka berkebun, fikirkanlah untuk membeli Mother's Day Dendrobium Orchids Gift Set. Dengan itu, ibu anda boleh menghabiskan masanya bercucuk-tanam. 

Selain itu, anda boleh menambah cuka epal, belon atau coklat yang sihat kepada set-set  hadiah ini kerana semua wanita tidak mungkin menolak hadiah yang lebih banyak. 

Jika ibu anda sudah lama berpantang atau sangat berhati-hati dengan makanan manis kerana faktor kesihatan, adalah lebih baik anda menghadiahkan Vegetable Bouquet.

 Jambangan sayuran ini sudah tentu akan membuatkannya tersenyum sepanjang hari. Hadiah ini juga sangat sesuai untuk ibu yang gemar memasak. 

Tidak dapat memutuskan sama ada mahu menghantar bunga atau makanan yang enak? Mengapa tidak hantar sahaja kedua-duanya? 

Sejambak buah strawberi yang merah ranum juga tidak kalah menariknya. Jambangan strawberi adalah simbolisme buah dewi cinta yang sesuai dihadiahkan kepada permaisuri hati anda. 

Selain itu, anda juga boleh menghidupkan momen istimewa bersama ibu tercinta dengan Ferrero Bouquet. 

Dihiasi dengan sedikit bunga baby breath, ibu anda pasti tersenyum sepanjang hari. Tidak ketinggalan, RM 1Note Money Bouquet. Jambangan kepingan wang RM1 ini boleh digunakan atau disimpan oleh ibu anda sebagai kenangan. 

Eat Cake Today percaya setiap ibu berhak mendapat hadiah istimewa ketika sambutan Hari Ibu. Ini kerana kasih sayang seorang ibu tidak pernah putus. Ia sentiasa ada, tanpa mengharapkan sebarang balasan. 

Manjakan ibu anda dengan manisan dan hadiah. Pemberian kek yang artistik dan indah sudah pasti membuatkan hatinya berbunga-bunga. 

Untuk maklumat lanjut dan melihat lebih banyak pilihan, sila terus ke platform tempahan kek dalam talian ini. - Getaran, 7 Mei 2022

Gambar : Eat Cake Today

Isu Pada

Sharifah Amani – Anak-Anak Kita, Masa Hadapan Kita

07 May 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Curi Lambang Hakim Untuk Dijadikan Hadiah, 2 Beradik Ditahan

2

TARA 5 bulan yang lalu

5 Hadiah Berteknologi Untuk Menutup Tirai Tahun 2023!

3

Selebriti 8 bulan yang lalu

Bell Ngasri Dapat Kereta Mini Cooper, Akui Tak Tidur Malam Terfikir Bakal Dapat Kereta Apa 

4

TARA 10 bulan yang lalu

5 Pilihan Coklat Premium Kacang Pistachio Royce’ Sempena Hari Bapa

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi