web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#MyIKEA: Menang RM25,000 Dengan Hanya Reka Logo

Sempena 25 tahun di Malaysia, IKEA berkolaborasi dengan dua pelukis tempatan, mengadakan pertandingan mereka logo, menawarkan diskaun 25% serta memberi 25% hasil jualan kepada kebajikan.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 8:46AM

Fritilldea (kiri), Asyikin (kanan) - Gambar: Instagram

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia sememangnya terkenal dengan batik dan corak tradisional yang menampilkan aneka budaya. Bagi meraikan 25 tahun di Malaysia, IKEA Malaysia berkolaborasi bersama dua pelukis tempatan, Asyikin Abdullah dan Fritilldea untuk merayakan warisan Malaysia secara kreatif.

Asyikin Abdullah ialah seorang ilustrator dan pelukis mural wanita yang bertanggungjawab mereka bentuk logo #MyIKEA. 

Meraikan warisan Malaysia dan Sweden, reka bentuk logonya itu menjalinkan ukiran kayu tradisional Melayu dengan corak batik bertanah biru bagi melambangkan dua negara ini. 

Di dalamnya pula memaparkan lambang-lambang ikonik seperti bunga pakma dan bunga campanula serta burung enggang yang dilukis dengan gaya kesenian rakyat Skandinavia. 

Fritilldea pula adalah pelukis jalanan yang sangat terkenal di panggung jalanan Kuala Lumpur. Reka bentuk logo ciptaannya akan dipamerkan pada 16 September sempena Hari Malaysia. 

 

Pertandingan Reka Bentuk #MyIKEA

Berinspirasikan logo ciptaan Asyikin Abdullah dan Fritilldea, IKEA Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia dan pelanggan setia untuk menyertai pertandingan #MyIKEA. 

Rebut peluang memenangi RM25,000 (dalam bentuk kad hadiah) dengan hanya melakar logo #MyIKEA dengan meraikan warisan dan keunikan Malaysia. 

Seramai 100 pemenang akan dipilih dan setiap mereka bakal menerima kad hadiah IKEA bernilai RM250 sekeping. 

Layari IKEA Malaysia untuk menyertai pertandingan ini. - Getaran, 14 September 2021

Gambar: Ikea Malaysia 

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

5 Perkara Yang Dinantikan Di IKEA 2025 Ini

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

3

Gaya 2 tahun yang lalu

'Soft Toys' Batik Jana Pendapatan Suri Rumah, Bawa Identiti Melaka

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hari Kebangsaan: Kedah Guna Logo, Tema Sama Dengan Persekutuan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas