web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rona Harapan Nan Magis Bono Stellar Warnai Kuala Lumpur

Bono Stellar terpilih untuk menyertai barisan artis dalam kempen terbaharu Vans Malaysia, ‘Projek-Projek Ini Adalah Iklan Untuk Kreativiti’.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 4:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda pengguna tegar pengangkutan awam, mesti anda dapat lihat ilustrasi warna-warni menarik yang menghiasi dinding stesen LRT Masjid Jamek dan gerabak LRT 147 yang mengelilingi kota raya Kuala Lumpur.

Sekiranya anda tertanya-tanya, siapakah pengkarya di sebalik ilustrasi ini, mungkin anda sendiri pernah mendengar namanya. Siapa lagi kalau bukan Nawwar Shukriah Ali atau lebih dikenali sebagai Bono Stellar.

Terkenal dengan menggunakan cahaya dan ruang komposisi dalam karya seninya, Bono Stellar terpilih untuk menyertai barisan artis dalam kempen terbaharu Vans Malaysia, iaitu ‘Projek-Projek Ini Adalah Iklan Untuk Kreativiti’.

Projek ini merupakan sebuah platform bagi menampilkan kreativiti para artis dalam segala bentuk seni dan sebagai tanda penghormatan untuk meraikan bakat mereka. 

Diilhamkan oleh seni optik dan kinetik, Bono Stellar bermain dengan warna, bayangan dan menerapkan garisan pada rekaannya untuk mencipta ilusi pergerakan serta interaksi dengan persekitaran.

“Saya banyak bermain dengan warna kerana ia seolah-olah menceritakan tentang harapan. Saya percaya harapan ialah sebuah magis yang membuatkan kita terus bersemangat untuk hidup, lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik ini.

“Garisan yang ada pada rekaan ini seumpama menunjukkan bahawa ada banyak jalan hidup yang boleh kita pilih. Meskipun berada dalam pengasingan kerana di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita boleh melakukan apa sahaja jika kita mahu dan percaya kepada diri sendiri.

“Apa yang saya pelajari sepanjang pandemik ini adalah kita tidak boleh terlalu keras dengan diri sendiri dan membanding-bandingkan perjalanan hidup kita dengan orang lain. Pada zaman teknologi ini, kita mudah terpengaruh dan merasa tertekan apabila melihat pencapaian orang lain di media sosial.

“Saya akui, saya juga pernah merasa tertekan malah menyoal kemampuan saya sendiri. Adakah saya cukup bagus untuk mengejar cita-cita saya?

“Sejujurnya saya tidak melakukan banyak benda tahun lepas. Saya hanya mengambil masa ini untuk muhasabah diri dan memperbaiki kekurangan saya.

“Dengan karya ini, saya ingin memberi senyuman buat mereka yang berulang-alik melalui kota raya Kuala Lumpur, sekali gus mencerahkan hari dan meningkatkan mood mereka,” katanya.

Bono juga turut berkongsi bahawa dia diajak menjadi sebahagian daripada kempen ini pada bulan April lalu dan mengakui bahawa projek kolaborasi bersama Vans Malaysia merupakan projek impiannya. 

“Vans memberi saya saluran kreatif sepenuhnya untuk melakukan apa sahaja yang saya mahukan tanpa apa-apa batasan. Mereka benar-benar ingin memperkasakan daya kreativiti para artis dengan menghidupkan idea mereka dalam pelbagai bentuk kesenian mengikut cara ekspresi tersendiri,” jelasnya.

Apa yang lebih menakjubkan, rekaannya ini hanya mengambil masa hampir tiga minggu untuk disiapkan. 

Mengulas lanjut, Bono yang juga merupakan pengasas organisasi, Make It Happen, sebuah platform dihasilkan untuk membimbing rakan kreatif dalam industri seni dan reka bentuk, turut berkongsi pendapatnya tentang salah tanggap ramai mengenai seni. 

“Bagi saya, seni bukan sahaja lukisan semata-mata. Ia merupakan bentuk ekspresi diri dan ‘kebebasan’. 

“Sebelum wabak ini ramai anggap seni tidak penting bahkan mengatakan ia suatu perkara yang buang masa. Mungkin sebab ramai berpendapat bahawa seni tidak menjamin masa depan berbandingkan kerjaya profesional lain seperti doktor, peguam atau akauntan. 

“Namun sekarang, ramai mula menyedari betapa pentingnya muzik dan seni dalam kehidupan kita terutamanya dalam membantu mereka yang sedang berada dalam fasa-fasa sedih,” tambahnya lagi.

Baru-baru ini, Bono telah meneroka konsep terapi warna dan seni (juga dikenali sebagai chroma therapy atau terapi cahaya) di mana spektrum cahaya dan warna yang kelihatan serta bentuk seni boleh memberi kesan terhadap perasaan keseluruhan seseorang sambil membantu meningkatkan keadaan kesihatan badan dan minda menjadi lebih baik. 

“Saya harap karya seni saya dapat menceriakan kehidupan orang ramai sekali gus mengingatkan mereka bahawa mereka adalah satu khazanah dan ciptaan Tuhan yang tidak ternilai harganya.

“Walaupun kehidupan ini penuh dengan rintangan, percayalah, ketenangan pasti hadir selepas ribut,” ujarnya.

Dalam meraikan industri kreativiti di Malaysia, beliau juga menggalakkan sesiapa sahaja yang ingin memulakan perjalanan dalam bidang seni untuk terus sahaja berkarya.

“Jangan terlalu banyak berfikir. Lukisan dan seni tak perlu cantik. Jadikan ia sebagai satu bentuk kebebasan dan luahan rasa,” tambahnya.

Kolaborasi karya seni Bono Stellar dan Vans ini boleh dilihat secara umum dari sekarang hingga akhir Oktober. Jadi, jika anda berada di kota raya Kuala Lumpur, jangan lupa untuk menjenguknya.

Anda juga boleh melayari laman web rasmi Bono Stellar atau media sosialnya di Twitter atau Instagram untuk mengikuti berita terkini tentang bintang seni ini. - Getaran, 2 September 2021

Sumber gambar: Vans Malaysia

Berita Berkaitan

1

Budaya 4 tahun yang lalu

Menarik! Vans Malaysia Bawakan Pameran Solo FriTillDea Dalam ‘Kriau’

2

TARA 5 tahun yang lalu

"Tak Semua Benda Indah Datang Dari Tempat Cantik"

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 10 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN