Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Skater Girl', Kisah Gadis Kampung Melawan Tradisi Lapuk Kerana Papan Luncur

Apabila Prerni (Rachel Sanchita Gupta) bermain papan luncur, semangatnya seolah-olah seperti bebas dan lepas, namun dia juga terpaksa tunduk dengan tradisi lapuk dan pemikiran kolot bapanya.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 3:01PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bayangkan selama berabad lamanya, sistem kasta masih lagi dipraktikkan di India. Malah, tradisi lapuk bahawa kedudukan lelaki lebih tinggi dan punya lebih hak untuk bersuara atau menentukan keputusan hidup masih lagi dikekalkan sehingga ke saat ini di negara yang mempunyai populasi penduduk seramai 1.8 bilion orang itu. 

Inilah dilema yang terpaksa dihadapi majoriti golongan wanita di India dan selamanya mereka terpaksa ‘tunduk’ dengan tradisi lapuk yang langsung tidak memihak kepada mereka dalam usaha untuk menggapai cita-cita dan impian terhadap kemampuan serta potensi diri dalam apa jua bidang yang diceburi.

Skater Girl yang diarahkan Manjari Makijany nampaknya berusaha untuk mengangkat isu kritikan sosial ini.

Filem yang ditayangkan di Netflix ini mengetengahkan subjek cerita seorang gadis remaja kampung, Prerni (Rachel Sanchita Gupta) yang berani dan bersemangat cekal untuk melawan arus tradisi lapuk itu dengan minat dan kecintaannya bermain papan luncur sehingga berazam untuk menyertai kejohanan sukan papan luncur itu. 

Ini adalah filem pertama lakonan Rachel Sanchita Gupta. Namun lakonannya wajar sekali diberi pujian kerana dia berjaya menzahirkan watak sebagai gadis remaja kampung dengan begitu hidup dan nyata sekali. 

Malah, emosi serta pergolakan jiwa yang ditonjolkan sebagai Prerni yang mahu bebas menurut kemahuan serta impiannya tetapi dalam waktu yang sama terpaksa patuh dan taat dengan kehendak dan pemikiran kolot bapanya yang menganggap bahawa sukan itu hanya sesuai untuk budak lelaki juga berjaya dikuasai dengan baik. 

Apabila dia bermain papan luncur, emosi yang ditonjolkan adalah berbeza iaitu semangatnya seolah-olah seperti bebas dan lepas. Seperti dialognya, saat dia meluncur dia terasa seperti jiwanya bebas dan berada di udara dan tidak perlu mengikut perintah atau kawalan siapa pun. 

Amy Maghera yang membawakan watak Jessica sebagai wanita berdarah India-British juga telah melakukan tugasnya dengan baik.

Sebagai Jessica, dia menyedari bahawa tradisi lapuk yang diamalkan masyarakat kampung itu sebenarnya telah menghalang golongan wanita untuk pergi lebih jauh lagi, sama ada dalam bidang pendidikan mahupun kerjaya.

Namun, dia juga terpaksa akur dengan sistem yang tidak mungkin akan berubah itu sampai bila pun dan sebagai orang luar dia sama sekali tidak boleh campur tangan untuk mengubah tradisi dan cara pemikiran mereka. 

Akan tetapi, dia juga ingin anak-anak kampung ini terus mengejar impiannya mereka dengan sukan papan luncur. Semua emosinya dizahirkan dengan tepat. 

Naratif filem ini juga disampaikan dengan begitu kemas sekali oleh Manjari Makijany. Tiada penggunaan teknologi canggih atau unsur kesan visual khas yang digunakan di dalam filem ini.

Sebaliknya, ia sebuah filem realism yang disampaikan dengan begitu jujur sekali terhadap senario kehidupan yang berlaku di sebuah kampung yang terletak di Khempur, Udaipur, Rajashtan, India. 

Plot-plot filem ini pula hanya tertumpu kepada rutin hidup Prerni seharian dan kehadiran seorang eksekutif pengiklanan dari London, Jessica (Amy Maghera) yang kemudian telah mengubah perspektif hidupnya dan anak-anak di kampung tersebut. 

Dan tiada apa-apa subplot yang luar biasa di dalam filem ini kerana ia hanya dikembangkan daripada plot-plot utama ini tadi.

Padahal, pengarahnya boleh sahaja memgembangkan plot tentang punca kehadiran Jessica di kampung itu yang sebetulnya datang ke situ kerana mahu melihat dan mengenali sendiri zaman kanak-kanak mendiang bapanya. 

Rasanya filem ini akan jadi lebih menarik, jika subplot mengenai orang-orang kampung yang mengenali dan mengingati bapanya dikembangkan sebelum dia diambil menjadi anak angkat oleh seorang pemilik kilang berbangsa Inggeris. 

Lebih-lebih lagi jika bapanya terdiri daripada kasta rendah. Setidak-tidaknya ia boleh membuka mata masyarakat kampung bahawa nasib seseorang itu boleh berubah jika dengan pendidikan dan kerjaya yang baik dan bukannya ditentukan oleh sistem kasta. 

Filem ini adalah sebuah filem yang mampu mencetuskan semangat dan inspirasi buat siapa-siapa pun untuk terus mengejar cita-cita dan impian mereka dan disebabkan filem ini juga pihak produksi telah membina taman skate yang dinamakan Desert Dolphin yang terletak di kampung tersebut. 

Namun, filem ini juga turut mencetuskan kontroversi kerana ia dikatakan mengangkat kisah Asha Gond, seorang pemain papan luncur wanita dari sebuah kampung di Madya Pradesh serta meniru usaha seorang penulis wanita dari Jerman, Ulrike Reinhard, yang telah membina taman skate Jaanwar Castle di Madya Pradesh.

Manjari Makijany bagaimanapun menafikan hal tersebut. 

 

 

Sinopsis: 

Di sebuah kampung yang terpencil di Rajashtan, India, seorang gadis remaja bernama Prerna (Rachel Saanchita Gupta) terpaksa menjalani rutin kehidupan yang terikat dengan ketidakadilan tradisi budaya yang diwarisi turun-temurun serta kewajipannya sebagai anak perempuannya. 

Kehadiran seorang eksekutif pengiklanan dari London, Jessica (Amy Maghera) di kampung bagaimanapun telah mengubah kehidupan dan pemikiran Prerna serta kanak-kanak yang selama ini menetap dan membesar di situ. 

Melalui Jessica dan rakan lamanya, Jonathan Readwin, mereka telah diperkenalkan dengan permainan skateboard. Anak-anak kampung di situ termasuklah Prerna sendiri menjadi ghairah dengan sukan skateboarding itu. 

Pada awalnya, Jessica berada di kampung tersebut untuk melihat dan mengenali sendiri zaman kanak-kanak mendiang bapanya, namun penemuannya dan keakrabannya bersama anak-anak kampung itu telah menyebabkan dia bertekad untuk menggalakkan keghairahan mereka terhadap sukan skateboard.

Bagi memperkasakan sukan skateboard di kalangan anak-anak kampung itu, Jessica telah membina sebuah taman skate serta menganjurkan Kejohanan Skateboarding Kebangsaan.

Namun, ia menyebabkan Prerna berada di dalam dilema, sama ada terus mematuhi tradisi budaya turun-temurunnya atau mengejari impiannya untuk bersaing dalam kejohanan sukan tersebut. - Getaran, 13 Julai 2021

Skater Girl

Produser: Manjari Makijany,Vinati Makajany &Emmanuel Pappas

Pengarah: Manjari Makijany   

Lakon Layar: Manjari Makijany & Vinati Makajany  

Muzik: Salim-Sulaiman 

Pelakon: Rachel Sanchita Gupta, Shafin Patel, Amrit Maghera, Jonathan Readwin dan Waheeda Rahman 

Genre: Sukan/Kekeluargaan  

Bahasa: Inggeris-Hindi 

Tarikh Tayangan: 11 Jun 2021  

Platform: Netflix 



 

Semua gambar ihsan Netflix

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

3

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 6 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran