web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ikim Perkukuhkan Penerbitan dan Penyiaran Digital Sebagai Amalan Norma Baharu

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengambil langkah proaktif dengan mengukuhkan pendigitalan sumber dan proses kerja seharian melalui penerbitan 'e-Buku' dan pengoperasian siaran Radio sepenuhnya melalui 'Zetta2Go'.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Sep 2021 4:49PM

Gambar Hiasan: Perfecto Capucine, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi menyahut seruan kerajaan dalam pendigitalan perkhidmatan secara menyeluruh, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengambil langkah proaktif dengan mengukuhkan pendigitalan sumber dan proses kerja seharian melalui penerbitan ‘e-Buku’ IKIM dan pengoperasian siaran Radio IKIM sepenuhnya melalui aplikasi perisian penyiaran mudah alih (Zetta2Go).

Sejak  penubuhan IKIM, Penerbit IKIM telah banyak menerbitkan buku-buku dalam pelbagai bidang antaranya ekonomi, syariah, politik dan sains. Buku-buku tersebut bukan sahaja boleh didapati dalam bentuk fizikal, tetapi juga dapat dibaca dan dimuat turun dalam bentuk ‘e-Buku’ melalui laman web e-Sentral sejak 2013. 

Sehingga kini, terdapat 84 judul ‘e-Buku’  terbitan IKIM yang diperoleh pada harga 50% lebih murah berbanding buku fizikal dan dapat dimuat turun pada bila-bila masa.

Penerbitan ‘e-Buku’ IKIM dilaksanakan melalui platform eSentral, sebuah portal ‘e-Buku’ terbesar di Asia Tenggara, yang menawarkan lebih dari 350,000 judul daripada penerbit dan penulis hebat dan terkenal dari dalam dan luar negara.

Sehingga kini, eSentral mempunyai lebih 450,000 pengguna (user) dengan 40% daripada mereka berupa pengguna berulang/kerap (recurrent user).

Penyiaran Radio IKIM juga dilaksanakan melalui aplikasi perisian (software) penyiaran mudah alih iaitu Zetta2GO yang membolehkan penyampai bersiaran dari pelbagai lokasi tanpa perlu hadir ke konti.

Sebagaimana warga kerja sektor lain yang digalakkan bekerja dari rumah, penyampai radio juga dapat melakukan kerja-kerja melibatkan penyiaran dan penerbitan rancangan dengan bantuan perisian ‘Zetta2GO’ dan bersiaran setiap hari dari lokasi kediaman masing-masing tanpa menjejaskan kualiti siaran.

Radio IKIM turut memanfaatkan pengunaan perisian sidang video bagi melaksanakan penerbitan rancangan-rancangan bual bicara bersama tetamu jemputan.

Penggunaan perisian ini telah berjaya memastikan rancangan-rancangan bersiaran mengikut jadual manakala tetamu tidak perlu hadir ke studio untuk bersiaran langsung atau mengadakan sesi rakaman demi mengawal penularan wabak COVID-19. Siaran radio IKIM boleh diikuti menerusi platform digital media IKIM di https://www.linktr.ee/ikim. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Muzik 2 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.