Berita Terkini

1 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 1 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 1 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 1 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 1 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


"Di Brunei, Berlakon Hanya Kerja Sambilan" – Imelda Farah Zohre

Tahukah anda, di negara Brunei Darussalam, kerjaya sebagai pelakon biasanya dilakukan sebagai kerja sambilan sahaja?

Brunei Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 1:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di negara Brunei Darussalam, kerjaya sebagai pelakon biasanya dilakukan sebagai kerja sambilan sahaja dan ada yang berlakon hanya kerana minat dan ingin menonjolkan bakat yang terpendam. 

Salah seorang pelakon Brunei, Imelda Farrah Zohre, 37, ketika ditanya menjelaskan kerjayanya sebagai pelakon hanyalah untuk mencari pendapatan sampingan sahaja.

Jika tiada tawaran berlakon, Imelda sedaya upaya berusaha mencari pendapatan lain.

Imelda bersama suami dan kru semasa membuat penggambaran bersama Menteri Kesihatan Brunei
Imelda bersama suami dan kru semasa membuat penggambaran bersama Menteri Kesihatan Brunei

Dia merasakan bahawa semua pelakon Brunei maklum bahawa menjadi pelakon sepenuh masa tidak akan dapat menjana kewangan yang diharapkan.

Oleh itu, kebanyakan pelakon Brunei memiliki pekerjaan lain sama ada kerja sambilan ataupun sepenuh masa.

Bagi Imelda, niatnya berlakon adalah untuk mencari rezeki tambahan. Bak kata pepatah, mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan berkeluarga.

Selain daripada meminati aktiviti berlakon, dia juga merasa seronok apabila berada di set penggambaran terutama sekali semasa sesi membaca skrip, membuat persiapan pakaian dan dandanan, set up rakaman babak serta bekerjasama bersama penerbit, pengarah, serta kru belakang tabir.

Pada masa ini, Imelda masih lagi bergiat dalam bidang lakonan. Dia masih lagi ditawarkan untuk berlakon di dalam beberapa buah drama terkini terbitan Radio Televisyen Brunei (RTB).

Drama pertama yang pernah Imelda lakonkan ialah pada tahun 2002, 19 tahun yang lalu.

Pada masa itu, Imelda sudah habis menuntut di Tingkatan 5 dan belum terbuka hati untuk meneruskan pelajaran. Ketika itu, Imelda terlihat iklan yang disiarkan oleh Hadiyul Studio Production mengenai uji bakat terbuka. 

Imelda bersama dua orang kakaknya menghadiri uji bakat tersebut dan telah terpilih untuk menjadi pelakon tambahan dalam drama bertajuk ‘Ertinya Cinta’.

Itulah titik permulaan dunia lakonannya. Sejak drama tersebut diterbitkan dan ditayangkan, Imelda telah dikenal sebagai pelakon yang berbakat dan masih aktif berlakon sehingga sekarang.

Mengenai pengalaman Imelda sebagai pelakon, dia pernah ditawarkan untuk berlakon drama-drama tempatan dan diberikan kepercayaan untuk mengikuti beberapa drama kerjasama RTB, RTM dan MediaCorp Singapura.

Lokasi penggambaran paling jauh yang pernah dia ikuti adalah di Acheh, Indonesia untuk sebuah drama.

“Jika diberikan peluang, Imelda tidak akan menolak untuk berlakon di luar negara terutama sekali untuk berlakon bersama pelakon-pelakon handalan dari luar,” katanya.

Setelah beberapa tahun terlibat dalam dunia lakonan ini, Imelda juga sering terlibat di hadapan kamera sehinggalah dia mengenali suaminya sekarang, Adam Groves.

Adam ialah seorang pembuat filem tempatan yang telah mengarahkan filem aksi komedi Primajaya pada tahun 2016.

Dari sinilah, Imelda mula menjadi penerbit dalam pengurusan produksi filem-filem yang diarahkan oleh suami sendiri.

Selain pelakon dan penerbit, Imelda juga menerima tawaran untuk pembuatan skrip, menjadi seorang cameraman, soundman dan kru mana-mana produksi tempatan. Dia juga membantu menguruskan produksi suaminya untuk mendapatkan projek.

Tidak hanya itu, Imelda juga berkerja sambilan sebagai pemandu Dart (perkhidmatan e-hailing di Brunei) dan juga menjadi kerani pentadbiran di sebuah syarikat swasta yang menguruskan bangunan. 

Setelah Brunei dilanda gelombang Kedua COVID-19, ramai yang terkesan dengan kawalan pergerakkan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Brunei.

Begitu juga Imelda dan suaminya yang terpaksa menangguhkan projek-projek penggambaran mereka bagi sama-sama melindungi Brunei Darussalam daripada virus itu.

Dia menjelaskan bahawa dia amat faham akan situasai begini. Ini kerana bukan sahaja pelakon, malah peniaga-peniaga di Brunei turut terjejas.

Walau bagaimanapun, Imelda amat bersyukur bahawa kerajaan Brunei telah memberikan bantuan kepada mereka yang sangat memerlukan. - Getaran, 18 September 2021

Semua gambar: Ihsan Imelda Farrah Zohre

Isu Pada

Misi Mencari Jati Diri Alyph

18 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Guru Prasekolah Rugi RM30,483 Diperdaya Sindiket Tawar Kerja Sambilan

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Rangkuman 15 Kisah Hiburan Paling Hangat Sepanjang Tahun 2022

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Netizen Terkejut Dan Kecewa Seungri Akan Dibebaskan Dari Penjara Dua Bulan Dari Sekarang 

4

Filem & TV 4 bulan yang lalu

Program Atau Acara Halloween Mungkin Akan Digam Daripada Industri Penyiaran Korea Selamanya! 

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori ‘Kantoi’ Cuba Seludup 1,500 Liter Diesel Bersubsidi

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

Perkasa Ekonomi Bumiputera: Jangan Buat Keputusan ‘Berat Sebelah’, Tengok Realiti - MTEM

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Batal Pengecualian Cukai: Dakwa Muhyiddin Berniat Jahat, Guan Eng Lapor Polis

oleh Sofian Baharom

Semasa 12 jam yang lalu

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

oleh Sofian Baharom