web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Orang Tanya, Bolehkah Saya Jaga Anak?’- Sam Bunkface

Penyanyi itu tidak mahu penceraiannya dengan bekas isteri membuatkan anak mereka berasa terasing disebabkan tidak mendapat perhatian yang secukupnya.

Berita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 9:40AM

Sam bersama putera sulungnya Maleeq.

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun jodoh antara vokalis kumpulan Bunkface, Sam dengan  bekas isterinya tidak panjang, namun penyanyi itu sedaya upaya memastikan anak sulung mereka mendapatkan kasih sayang yang secukupnya walaupun selepas perceraian.

Sejak berpisah dengan bekas isterinya, Aida Azira Husin pada tahun 2019, mereka berdua membuat keputusan untuk bergilir-gilir menjaga cahaya mata mereka, Maleeq demi memastikan anak lelaki itu  tidak berasa terasing kerana gagal mendapatkan perhatian yang secukupnya.

“Saya dan putera sulung saya kerap berjumpa. Seminggu sekali saya dan bekas isteri akan ambil giliran menjaganya. Sebagai ibu bapa kita tidak boleh pentingkan diri.

“Perceraian akan memberikan kesan kepada anak-anak jika kita tidak menjaga mereka dengan baik. Jadi, ibu bapa perlu berikan tidak hanya perhatian kepada anak, tetapi juga kebahagiaan, pendidikan, nafkah dan sebagainya.

“Kami tidak mahu Maleeq rasa terasing. Dia juga kerap berjumpa dengan keluarga besar yang lain seperti saudara mara dan datuknya,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media Konsert Bunkface! 15 Years of Korang.

Walaupun Sam kini sudah berkahwin lain dan mempunyai cahaya mata bernama Idris yang berusia 11 bulan hasil perkongsian hidup dengan Puteri Eifa Ezrin, namun hubungan anak dan isteri barunya juga sangat rapat dan erat.

Sam bersama Puteri Eifa Ezrin dan Idris.
Sam bersama Puteri Eifa Ezrin dan Idris.

“Maleeq tahu dia mempunyai ibu tiri dan menggelarnya mummy. Tambahan pula selepas kelahiran Idris, Maleeq sangat gembira dan dia sangat menyayangi adiknya. Alhamdulillah, semuanya okay dan baik-baik saja,” tambahnya.

Berbual mengenai kehidupannya hari ini, pelantun Darah Muda itu tersenyum dan merasakan tidak ada perasaan yang lebih indah daripada bergelar seorang bapa.

“Ramai yang datang berjumpa saya seperti tak percaya yang saya kini sudah mempunyai anak. Yalah, dulu lompat-lompat di atas pentas.

“Mereka pun hairan, bolehkah saya menjaga anak? Namun ia fitrah lelaki. Pekerjaan adalah kewajipan. Namun keluarga adalah sesuatu yang lain.

“Alhamdulillah saya gembira sangat dengan kehidupan hari ini. Tak lama lagi, isteri saya juga bakal melahirkan anak ketiga kami beberapa hari selepas konsert,” katanya.

Bunkface bakal hadir dengan konsert bagi meraikan 15 tahun mereka berkecimpung dalam industri hiburan Malaysia dan memberikan penghargaan kepada peminat  yang menyokong mereka selama ini.

Bakal mempersembahkan 25 buah lagu, konsert ini diadakan di Zepp KL pada 30 dan 31 Julai ini jam 8 malam.

Peminat masih boleh mendapatkan tiket pada hari kedua konsert di ww.hitmanlive.com bermula dari harga RM100 dan RM150.

Sumber foto: Instagram Sam Bunkface

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Rencana 1 tahun yang lalu

Kisah Seorang Bapa: Inspirasi Dan Legasi

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

4

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad