Berita Terkini

10 jam yang lalu: Empat lorong Plaza Tol Kemuning arah KL dilencongkan sementara hingga 13 Februari 10 jam yang lalu: Masters Thailand: Tze Yong terkandas di suku akhir 10 jam yang lalu: Fatwa tidak bercanggah dengan nilai-nilai konsep Bangsa Johor - Sultan Johor 10 jam yang lalu: Tindakan tegas majikan hentikan pekerja tempatan untuk gajikan pekerja asing - Sivakumar 10 jam yang lalu: Perkhidmatan bas perantara percuma dari KL Sentral ke Parlimen - Menteri Pengangkutan

IKUTI KAMI


9 Individu Berhati Mulia Jaga Kebajikan Kucing Terbiar

Berita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2021 4:47PM

Pertubuhan Kebajikan Haiwan Kota Bharu memberi makan kucing terbiar di Pantai Irama, Bachok.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK : Ahli falsafah terkenal Perancis, Voltaire pernah berkata, tidak ada orang hebat di dunia ini kecuali mereka yang memiliki pengabdian besar pada kemanusiaan.

Sebegitu besar erti kemanusiaan, ia tidak mempunyai sempadan atau batas perkara yang menghalang ia daripada dilakukan.

Berdasarkan hakikat ini, sekumpulan sukarelawan dengan rela hati berkongsi wang gaji masing-masing bersama ribuan kucing jalanan di sekitar pasar dan pantai, di beberapa daerah di Kelantan.

Sukarelawan terdiri daripada sembilan individu berhati mulia itu turut sepakat mewujudkan Pertubuhan Kebajikan Haiwan Kota Bharu sejak Januari lalu, khusus menyediakan makanan dan ubat-ubatan untuk haiwan berkenaan.

Timbalan Pengerusinya, Fasha Abdul Aziz, 41 berkata, misi yang bermula lima tahun lalu itu tertumpu di sekitar Pasar Wakaf Che Yeh, Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Pasar Besar Pasir Mas, Pasar Besar Kuala Krai, Pantai Irama Bachok dan beberapa lokasi lain.

Menurut beliau, ilham menggerakkan projek berkenaan terlahir apabila masing-masing tidak sanggup melihat haiwan kesayangan Rasulullah SAW itu mati kelaparan.

“Atas dasar ini, kami sanggup berkongsi perbelanjaan untuk membeli dan memberi makan semua kucing terbabit pada setiap hari.

"Saya sendiri akan memastikan, sentiasa membawa makanan kucing di dalam kereta untuk diberikan jika melihat ada haiwan itu yang terbiar di tepi jalan atau mana-mana lokasi,” katanya kepada Getaran, ketika ditemui di Pantai Irama di sini baru-baru ini.

Pertubuhan Kebajikan Haiwan Kota Bharu memberi makan pada kucing liar sekitar Kota Bharu
Pertubuhan Kebajikan Haiwan Kota Bharu memberi makan pada kucing liar sekitar Kota Bharu

Fasha berkata, misi itu digerakkan semata-mata atas dasar kasih dan kemanusiaan sesama makhluk, sebelum mereka sepakat menubuhkan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khas menangani aktiviti terbabit.

“Ini juga objektif penubuhan persatuan, selain memberi kesedaran kepada orang ramai supaya tidak menganiayai haiwan ini.

“Akhir-akhir ini terlalu banyak kes penganiayaan haiwan disiarkan media dan ia membuat saya tertanya-tanya, ke mana hilangnya perikemanusiaan,” katanya sedih.

Bukan sekadar memberi makan, beliau dan rakan-rakan turut merawat kucing yang cedera atau sakit, termasuk dengan membawa haiwan terbabit ke klinik mengikut kemampuan.

“Setiap rawatan menelan belanja sehingga ratusan ringgit, tetapi saya dan rakan tidak kisah asal haiwan ini kembali sihat," katanya.

Rakannya,  Muhd Shahrul Fikri Shamsuri, 22, pula berkata, beliau akan memastikan kucing terbiar di Pantai Irama diberi makan setiap hari, dan memperuntukkan masa sekitar satu jam untuk berbuat demikian.

“Sejak enam bulan lalu inilah aktiviti saya tanpa gagal. Pada hari bekerja, saya akan datang ke sini sekitar jam 5 petang dengan anggaran sekilogram makanan kering.

“Aktiviti ini tidak hanya terhad di Pantai Irama tetapi juga beberapa lokasi lain dan saya memperuntukkan kira-kira RM500 setiap bulan bagi menampung kos makanan,” katanya.

Shahrul Fikri berkata, perkara itu dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharap sebarang sanjungan atau pujian daripada orang ramai.

“Saya tak boleh melihat jika ada kucing yang sakit, luluh rasanya hati.

“Saya juga sebenarnya berhasrat mahu membantu lebih banyak kucing namun terpaksa berpuas hati dengan jumlah setakat ini kerana kedudukan kewangan tidak mengizinkan,” katanya yang menetap di Perupok, lebih kurang dua meter dari Pantai Irama.

Pekerja sebuah syarikat pembinaan itu turut meluahkan rasa syukur kerana dapat bergabung tenaga bersama rakan-rakan lain untuk membantu menjaga kebajikan semua haiwan terbabit.

"Saya bercadang mahu memberi makan kepada kucing terbiar yang lain di pasar berdekatan pada masa akan datang.

"Besar harapan saya untuk melihat orang ramai sama-sama membantu menjaga kebajikan haiwan ini,” katanya. – Getaran, 22 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

12 Ekor Kucing 'Harta' Pertama Diselamatkan Ketika Banjir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Penipuan Pekerjaan: Kemboja Mohon Maklumat Disalur Melalui PDRM, Kedutaan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Umat Islam Digesa Bersolidariti Desak Ambil Tindakan Terhadap Paludan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Perspektif Madani Untuk Kajian Separuh Penggal RMK-12 Bantu Bina Negara Idaman

Sorotan

1

Kerajaan Kurangkan Elaun Pembangunan Ahli Parlimen - PM

2

‘Tidak Adil Hanya BERSATU, Elok Siasat Juga PKR, DAP, BN’

3

Selesaikan Tuntutan ‘Waris’ Sulu Demi Kesejahteraan Rakyat Sabah - Hajiji

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wujudkan Undang-Undang Lebih Tegas Bendung Peningkatan Jenayah Siber

oleh Ian McIntyre

Semasa 1 hari yang lalu

Pemberian Wang Tunai PRU-15: SPRM Soal Siasat 90 Pengundi Terengganu

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 21 jam yang lalu

Pemain Industri Makanan Perlu Kerjasama Jayakan Pelaksanaan Menu Rahmah

Semasa 12 jam yang lalu

Guna Nama Tokoh Terkenal, Rugi Sehingga RM4.6 Juta Masuk Aplikasi E-Ganjaran