web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


P Ramlee, Individu Pemurah Peribadi Mulia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 3:04PM

Omar dan adiknya, Yusof Md Hashim menunjukkan surat yang menyatakan Omar adalah satu-satunya pemegang hak bagi karya biografi Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Hari ini jika seniman agung negara Allahyarham Tan Sri P Ramlee masih hidup, beliau akan berumur 93 tahun.

Meskipun berdekad lamanya pemilik nama sebenar Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh ini meninggalkan kita, namun semua karya seninya masih segar dan ‘hidup’ di dalam jiwa peminatnya.

Sempena hari kelahiran P Ramlee yang turut diraikan bersama Hari Seniman Negara hari ini, Getaran berkesempatan bertemu Omar Md Hashim, 67, yang juga satu-satunya pemegang hak bagi semua karya berkaitan biografi P Ramlee.

Omar Md Hashim, 67
Omar Md Hashim, 67

Omar berkata, beliau tidak berkesempatan bertentang secara empat mata dengan seniman legenda negara itu, namun berpeluang mengenali ahli keluarga terdekat P Ramlee, termasuk satu-satunya saudara kandung Allahyarham, iaitu abangnya yang dikenali sebagai Sheikh Ali.

“Sheikh Ali menceritakan kepada saya, P Ramlee sebenarnya enggan pergi ke Singapura selepas dipelawa oleh sutradara Shaw Brothers, B S Rajahns yang melihat bakatnya ketika membuat persembahan di Bukit Mertajam.

“P Ramlee hanya mahu bekerja di kilang bijih timah di Georgetown, mengikut jejak langkah ayahnya. Tetapi selepas dipujuk oleh Sheikh Ali, barulah beliau menukar fikiran dan berangkat ke Singapura,” katanya ketika ditemui bersama adiknya, Yusof Md Hashim, baru-baru ini.

Omar yang juga penggiat seni persembahan boria di Pulau Pinang berkata, ramai yang tidak tahu bahawa P Ramlee adalah seorang individu yang sangat pemurah dan sering mementingkan keperluan orang lain melebihi dirinya sendiri.

Malah, katanya, beliau juga dimaklumkan, P Ramlee tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran dirinya sendiri kerana beranggapan dirinya bukanlah siapa-siapa.

“Allahyarham Datuk Aziz Sattar pernah menceritakan kepada saya, ketika beliau dan P Ramlee sedang bersiap untuk keluar, P Ramlee memaklumkan beliau hanya mempunyai sekeping duit kertas (tidak dimaklumkan amaun) sahaja di dalam poketnya.

“Tiba-tiba ada seorang lelaki mengetuk pintu rumah mereka dalam keadaan terdesak, dan lelaki itu pula berasal dari Pulau Pinang.

“P Ramlee tidak boleh dengar jika ada orang susah dari Pulau Pinang. Terus beliau menyerahkan semua wangnya kepada lelaki itu, dan akhirnya mereka tidak jadi keluar pada malam itu (kerana tiada wang).”

Surat pelantikan Omar sebagai pemegang hak karya biografi P Ramlee yang disahkan oleh Sheikh Ali dan Nasir P Ramlee.
Surat pelantikan Omar sebagai pemegang hak karya biografi P Ramlee yang disahkan oleh Sheikh Ali dan Nasir P Ramlee.

Omar berkata, selain dikenali sebagai individu yang sangat pemurah, P Ramlee juga seorang bapa yang sangat penyayang dan perkara itu terbukti apabila P Ramlee mempunyai lima anak angkat yang dipelihara sejak kecil.

Legenda itu juga, menurut Omar, mempunyai ramai sahabat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, malah keperibadian murni P Ramlee itu boleh dilihat dalam setiap karya yang dihasilkan.

“Beliau bukan seorang rasis. Malah, beliau mempunyai seorang sahabat baik berketurunan India yang juga jirannya di Georgetown. Kedua-duanya bersahabat baik sehingga ke akhir hayat mereka”.

Omar berkata, sehingga kini beliau mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga Sheikh Ali, dan ahli keluarga Allahyarham Nasir P Ramlee di Kuala Lumpur.

Katanya, beliau berharap dapat menghasilkan sebuah karya animasi mengenai biografi kehidupan P Ramlee bagi memastikan setiap kenangan seniman agung negara itu dapat dikenang dan dihormati oleh generasi akan datang.

“Bagaimanapun ia menelan kos yang amat tinggi. Saya berharap ada mana-mana pihak, sama ada korporat atau kerajaan yang sudi bekerjasama untuk merealisasikan impian terakhir saya ini.

“Saya khuatir jika fakta mengenai biografi P Ramlee ditokok tambah oleh pihak tidak bertanggungjawab apabila saya sudah tiada,” katanya mengakhiri bicara.

Minggu lalu, kerajaan mengiktiraf Hari Seniman Negara akan disambut pada setiap 22 Mac sempena hari kelahiran P Ramlee, berbanding tarikh 29 Mei sebelum ini. - Getaran, 22 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Arkib Negara Malaysia Baik Pulih Rumah Pusaka P Ramlee

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Perlindungan Hak Cipta Perlu Ditambah Menjadi 70 Tahun - RIM

3

Kolum 4 tahun yang lalu

Tompel Dan Royalti Setelah Mati

4

Budaya 4 tahun yang lalu

Puisi 'Malam Getaran Jiwa Satu' Penghormatan Buat Tan Sri P. Ramlee 

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Anak Ditampar Senator, Bapa Sedia Bawa Kes Ke Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

oleh Sophia Ahmad