web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Puisi 'Malam Getaran Jiwa Satu' Penghormatan Buat Tan Sri P. Ramlee 

Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee diangkat sebagai pemuisi legenda melalui puisi dan lagu yang dipersembahkan tokoh bahasa, persuratan, perfileman dan personaliti hiburan tanah air dalam Malam Puisi Getaran Jiwa Tan Sri P. Ramlee.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 1:22PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Karya seni Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sama ada filem atau muzik memang tidak lekang ditelan zaman apabila masih diikuti pelbagai generasi dan lapisan masyarakat.

Namun, bagaimana jika Seniman Agung ini diangkat sebagai pemuisi legenda melalui puisi dan lagu yang dipersembahkan tokoh bahasa, persuratan, perfileman dan personaliti hiburan tanah air? 

Inilah cuba dipaparkan dalam acara Malam Puisi Getaran Jiwa Tan Sri P. Ramlee yang berlangsung secara maya pada 25 Julai lalu. 

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Dr. Noor Zari Hamat berkata, program ini memfokuskan figura serba boleh yang dikenali daripada generasi ke generasi sekalipun ada di antara mereka tidak pernah  hidup sezaman dengan Allahyarham.

“Lagu gubahannya diminati ramai sehingga muncul klon P. Ramlee di seluruh negara, namun P.Ramlee hanya seorang. Sehingga kini masih tiada ganti. ‘Di mana kan kucari ganti serupa denganmu’. Ini antara bait lagu yang sering mengusik indera dengar kita. 

“Dalam konteks ini, saya melihat program untuk mengangkat Seniman Agung ini sebagai Pemuisi Legenda adalah sesuai dan tepat kerana sifat kesenimanan Allahyarham tiada tolok bandingnya," kata Noor Zari. 

Menurut Noor Zari lagi, pemerhatian P. Ramlee terhadap alam dan kerenah manusia menjadi ilham beliau dalam menghasilkan karya yang menarik, bermutu dan penuh dengan nilai seni malah tersurat aneka pengajaran sekalipun ditulis dalam nada sindiran serta jenaka,” katanya sewaktu merasmikan acara yang julung kali dianjurkan Bersama Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI), MOTAC, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM). 

Noor Zari turut mencuit tumpuan pelayar Facebook apabila  menyampaikan puisi bertajuk ‘Legenda Sepanjang Zaman’ karya Dr. Lim Swee Tin.

Malam Puisi Getaran Jiwa Tan Sri P. Ramlee disiarkan secara langsung selama dua jam bermula 9.00 malam menerusi Facebook DBP, PEMUISI BERKARYA dan FDAM.

Pelayar Facebook turut dihiburkan dengan komedi spontan oleh pengacara berwajah seiras seniman legenda itu, Musly Amir Mohamed Ramli atau terkenal dengan nama pentasnya Musly Ramlee.

Pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Datuk Ahmad Azhar Othman atau Awie, Timbalan Presiden FDAM yang juga pengarah filem, Datuk Zulkifli M. Osman beserta cucu seniman agung iaitu  Najua P. Ramlee juga mengejutkan penonton dengan persembahan puisi dan lagu popular P. Ramlee.

Noor Zari turut mencuit tumpuan pelayar Facebook apabila  menyampaikan puisi bertajuk ‘Legenda Sepanjang Zaman’ karya Dr. Lim Swee Tin.

Awie yang berbusana pahlawan Melayu lengkap dengan keris mendeklamasikan puisi adaptasi filem Hang Tuah bertajuk 'Taming Sari Jadi Saksi’ karya Dr. Zainatul Shuhaida Abdull Rahman serta lagu ‘Madu Tiga’.

Zulkifli M. Osman yang muncul dalam video hitam putih membacakan puisi ‘Hancur Badan Dikandung Tanah’ (Ragam P. Ramlee) manakala Najua P. Ramlee pula tampil dengan persembahan memukau menerusi lagu ‘Tunggu Sekejap’ (Sarjan Hassan).

Acara itu turut dijayakan Penaung PEMUISI Tan Sri Hamad Kama Piah Che’ Othman, Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dr. Muhammad Hj Salleh, Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Naib Canselor ke-8 Universiti Malaya Prof. Emeritus Datuk Dr. Hashim Yaacob, Presiden PEMUISI Datuk Dr. Radzuan Ibrahim dan Presiden FDAM Dr. Ahmad Ibrahim. - Getaran, 30 Julai 2021

Foto Ihsan: FDAM

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa