Berita Terkini

14 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Tompel Dan Royalti Setelah Mati

Nikmat habuan dan ganjaran seharusnya diutamakan kepada pencipta dan kreativitinya, ketika masih bernyawa. Manakala waris seharusnya lebih bersyukur dapat menumpang bangga dan bahagia. Ikuti kupasan menarik Ad Samad kali ini.

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 4:30PM

Gambar Hiasan Pexels

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aman Ramli Jaafar atau lebih dikenali sebagai AR Tompel meninggal dunia pada 30 Januari 1973.

Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh atau P. Ramlee pula, meninggal dunia pada 29 Mei 1973.

Kedua dua tarikh  kematian dua sahabat tersebut mempunyai kepentingan dan kesan yang khusus dari segi ekonomi kepada para waris mereka, malah kepada negara kerana kaitannya dengan Akta Hak Cipta Malaysia.

Akta tersebut memberi perlindungan selama 50 tahun tambahan kepada sesebuah karya selepas kematian penciptanya. Ini bermaksud bahawa waris si pencipta akan terus menikmati pendapatan royalti daripada penggunaan komersil sesebuah penciptaan.

Gambar: Twitter @RTM_Malaysia
Gambar: Twitter @RTM_Malaysia

Di dalam kes AR Tompel dan P. Ramlee; perlindungan Akta Hak Cipta yang diberikan kepada waris telah bermula pada 1 Januari 1974 dan akan berakhir pada 31 haribulan Disember 2024.

Justeru, mulai 1 Januari 2025, karya karya AR Tompel dan P. Ramlee akan menjadi public domain atau harta awam. Tiada lagi bayaran royalti kepada waris mereka berdua selepas tarikh tersebut. Sesiapa sahaja boleh mengguna pakai karya karya mereka secara percuma dan tanpa perlu keizinan.

Sebagai pengkarya, aku juga terkesan dan mempunyai kepentingan secara langsung terhadap Akta tersebut. Zuriatku akan terus menikmati pendapatan royaltiku selama 50 tahun lagi setelah kematianku.

Banyak pihak mahukan agar kerajaan melanjutkan lagi tempoh perlindungan hak cipta kepada tempoh yang lebih panjang.

Tetapi aku tidak bersetuju.

Kerana, melanjutkan tahun perlindungan hak cipta akan lebih menguntungkan pihak luar negara berbanding menguntungkan negara kita sendiri. Jutaan ringgit wang kita akan terus mengalir keluar. Sebaliknya, terlalu sedikit yang dapat anak bangsa kita sendiri nikmati.

Gambar Hiasan Pexels
Gambar Hiasan Pexels

Pengaliran Wang Ke Luar Negara

Mengikut kepercayaan am badan-badan perlesenan, lebih 70% katalog muzik yang berdaftar adalah di bawah pengurusan syarikat syarikat luar negara. Peratusan itu sahaja sudah memberi indikasi terhadap pengaliran wang keluar.

Yang lebih penting, lagu lagu popular dan malar segar atau evergreen yang datang dari luar negara adalah jauh lebih banyak daripada lagu lagu popular dan malar segar yang kita sendiri hasilkan.

Apabila lebih banyak lagu-lagu malar segar datangnya dari luar negara, maka lebih banyak pengaliran wang ke luar negara. Lagi lama perlindungan hak cipta itu diberikan, maka lagi rugilah rakyat dan negara kita. 

Jumlah wang yang mengalir keluar dek lagu-lagu malar segar sahaja bernilai jutaan ringgit setahun berbanding dengan beberapa ribu ringgit sahaja yang dapat dinikmati oleh waris pencipta kita.

Hakikatnya, untuk menghasilkan satu lagu malar segar di dalam tempoh setahun pun adalah sangat sukar. Kebanyakan lagu-lagu yang terhasil mempunyai jangka hayat kepopularitian yang singkat. 

Lagu-lagu yang memenangi anugerah-anugerah lagu pun sukar menjadi malar segar.

Sebagai contoh anekdotal, tiada siapa yang ingat bagaimanakah bunyinya lagu nyanyian Aizat Amdan, ciptaan Pete Teoh dan Amran Omar yang memenangi Anugerah Juara Lagu 2009. Malah aku terpaksa Google untuk mendapatkan judul lagu itu. 

‘Pergi’ rupanya judulnya. 

Sebaliknya, ramai yang akan tahu dan ingat akan lagu yang berjudul ‘I’m Yours’ yang tercalon sebagai lagu terbaik di Grammy Awards 2009. Aku percaya lagu nyanyian dan ciptaan Jason Mraz itu walaupun tidak memenangi Grammy Awards pada tahun tersebut, tetapi akan menikmati hasil kutipan royalti dari Malaysia jauh lebih banyak daripada Pete Teoh dan Amran Omar di tanah air sendiri. Sepanjang 50 tahun setelah permergian mereka berdua dari dunia ini, tiada siapa pun akan ingat malah ketahui akan lagu ‘Pergi’.

Melanjutkan tempoh perlindungan hak cipta dan royalti akan lebih menguntungkan Jason Mraz dan negara luar serta syarikat-syarikat penerbitan luar negara (international publishers) berbanding syarikat penerbitan tempatan (local publishers)  serta Pete Teoh dan sahabat saya, Amran Omar.

Pelakon veteran AR Badul antara waris AR Tompel. - Gambar Facebook AR Badul
Pelakon veteran AR Badul antara waris AR Tompel. - Gambar Facebook AR Badul


Kreativiti Adalah Kerja Pencipta Dan Bukan Anaknya

Akta Hak Cipta adalah bertujuan memperkasakan para pencipta dan insan insan kreatif. Hanya menerusi kreativiti dan semangat penciptaan akan dapat mewujudkan sebuah negara yang maju. 

Negara-negara yang maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun mempunyai lambakan insan kreatif yang mencipta pelbagai perkara perkara baru, serta pihak pemerintah dan ekosistem yang melindungi insan-insan kreatif dan bahan penciptaan mereka.

50 tahun adalah tempoh yang sangat munasabah bagi para waris. Mereka tidak boleh hidup leka dan bersandar pada warisan peninggalan ibu bapa mereka sahaja. Sebaliknya mereka perlu berusaha sendiri untuk menjadi lebih kreatif dan berjaya seperti ibu bapa atau leluhur mereka.

Nikmat habuan dan ganjaran seharusnya diutamakan kepada pencipta dan kreativitinya, ketika masih bernyawa.

Manakala waris seharusnya lebih bersyukur dapat menumpang bahagia dan bangga.


Penganiayaan Terhadap Seorang Lagenda?

Baru baru ini, aku mendapat perkhabaran bahawa waris AR Tompel menerusi peguam mereka telah menuntut daripada sebuah syarikat penerbitan antarabangsa untuk mengemukakan bukti bahawa AR Tompel pernah atau telah menandatangani perjanjian penerbitan atau publishing contract dengan syarikat itu.

Khabarnya, syarikat penerbitan antarabangsa terbabit telah gagal menunjukan bukti. Justeru, syarikat itu telah bersetuju untuk membuat bayaran ‘saguhati’ dan tidak lagi akan membuat tuntutan dan mengambil habuan daripada royalti AR Tompel yang cuma tinggal setahun dua lagi.

Juga dikhabarkan bahawa pihak waris telah bertahun-tahun meminta bukti perjanjian tersebut daripada pihak Music Authors’ Copyright Protection Berhad (MACP) iaitu sebuah badan pelesenan yang menjalankan kerja kerja kutipan dan pengagihan royalti bagi para pencipta lagu dan publisher. 

Jika benarlah perkhabaran yang aku terima itu, ia adalah satu penganiayaan terhadap AR Tompel dan warisnya, malah kepada negara jua. Selama 48 tahun waris waris AR Tompel tidak mendapat hak mereka dengan tepat dan selayaknya. 

MACP sebagai sebuah badan amanah atau trustee, wajib memastikan segala dokumentasi adalah tepat dan benar selaras dengan tugasan hakiki mereka. Kegagalan MACP membuat dokumentasi akan mengakibatkan pelbagai bentuk penganiayaan dan kerugian ekonomi kepada pihak yang berhak.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau MYIPO mesti melaksanakan tanggung jawab mereka sebagai badan yang mempunyai kuasa tertentu di bawah Akta Hak Cipta untuk menjalankan pemeriksaan atau satu bentuk pengauditan berkala terhadap badan badan pelesenan.

Sudah tiba masa Pengawal Hak Cipta menyingsing lengan baju dan keluar dari zon selesa untuk berkecah di lapangan.

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) dan Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) mesti turut memain peranan dan tanggung jawab mereka untuk menyelongkar isu royalti dan membuat rektifikasi. 

Akta Warisan Kebangsaan 2005 serta pengisytiharan Warisan Kebangsaan terhadap sehimpunan karya-karya P. Ramlee adalah ruang untuk MOTAC melakukan sesuatu mengenai harta peninggalan dan royalti P. Ramlee dan kolaborasi beliau bersama AR Tompel. 

Surat-surat Perjanjian Penerbitan atau Publishing Contract karya-karya di antara P. Ramlee dengan syarikat penerbitannya juga berkemungkinan besar adalah sebuah artifek Warisan Kebangsaan yang seharusnya menjadi tatapan awam dari generasi ke generasi. 

Antara gandingan P. Ramlee dan AR Tompel adalah lagu ‘Terbanglah Burung Terbang’, ‘Obat’, ‘Suar Suir Kemoning’, dan ‘Entah Di Mana’. Rakyat sepatutnya dapat melihat kontrak-kontrak Warisan Kebangsaan yang ditandatangani oleh P. Ramlee itu sekiranya wujud.

Isu yang dibangkitkan ini bukan sahaja melibatkan kepentingan AR Tompel dan para warisnya malah melibatkan kepentingan ekonomi dan moral setiap pengkarya dan para pengguna juga.

Ramai pengguna yang selama ini ‘membeli’ muzik secara sah dan para pembayar lesen atau licensee seperti persatuan-persatuan peruncit (MRA), perhotelan (MAH), pengurusan kompleks (PPKM), pengusaha restoran India (PRIMAS), badan-badan penyiaran (RTM, Astro dan Media Prima) dan sebagainya yang selama ini membuat bayaran pelesenan yang bernilai jutaan ringgit setahun dengan sangka baik (in good faith) yang bayaran itu akan sampai tepat kepada insan-insan yang berhak dan tidak terlencong ke pihak pihak yang salah, bahkan curang.

Pengkarya dan pengguna mestilah sama sama dilindungi oleh kerajaan, terutamanya KPDNHEP dan MyIpo. 

Kuasa dan tanggung jawab adalah ditangan mereka.

Sumber YouTube; Instagram: Cyanbara rock chanel; aizatamdan

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 minggu yang lalu

Sedekad MH370: Harapan Baharu Pencarian Semula, Hapuslah Spekulasi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

3

Semasa 2 bulan yang lalu

MOTAC Sasar Jualan RM28 Juta Untuk Pakej 'My Ramadan Experience 2024'

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Pencalonan Anugerah Seni Negara Dibuka Mulai Hari Ini Sehingga 29 Februari - MOTAC

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 jam yang lalu

Meredah Cabaran Peralihan Tanpa Subsidi Minyak di Malaysia

oleh Nasser Ismail