Berita Terkini

3 jam yang lalu: Lelaki maut, dua lagi cedera parah dalam letupan bom di Narathiwat 3 jam yang lalu: Dhabitah, Ker Ying mara ke final 3m papan anjal 3 jam yang lalu: Polis nafi berlaku pergaduhan kaum di Sungai Petani 3 jam yang lalu: JBPM, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional tubuh Pasukan Bomba Uniti di KRT 3 jam yang lalu: KPN, MAFI meterai nota kerjasama bagi Projek Kebuniti Keluarga Malaysia

IKUTI KAMI


Seni Anyaman Unik Kaum Penan Bantu Jana Pendapatan

Usahawan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2021 8:51AM

Antara beg dihasilkan oleh komuniti Penan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tatkala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat serangan pandemik Covid-19, hampir seluruh negara lumpuh berikutan segala aktiviti kehidupan rakyat terhenti termasuk perniagaan, hiburan, sukan atau pun pendidikan.

Kesan daripada itu, ramai merungut kehidupan mereka tidak seperti dulu, khususnya apabila ada yang turut berdepan kehilangan sumber pendapatan.

Kalau yang selama ini hidup senang atau tinggal di bandar pun boleh tiba-tiba ‘jatuh tersungkur’, jadi, adakah kita pernah terfikir bagaimanakah kehidupan dilalui mereka yang tinggal jauh di kawasan pedalaman? 

Ya, situasi sukar itu sudah dirasai komuniti etnik Penan yang menetap di pedalaman, nun jauh di Miri, Sarawak.

Bantuan yang disumbangkan kepada komuniti etnik Penan yang menetap di pedalaman Miri, Sarawak.
Bantuan yang disumbangkan kepada komuniti etnik Penan yang menetap di pedalaman Miri, Sarawak.

Kehidupan mereka yang selama ini bergantung dengan hasil tangkapan ikan atau kerja-kerja hutan lumpuh sepenuhnya apabila tidak lagi dapat bekerja sejak PKP dilaksanakan pada Mac tahun lalu.

Mujurlah rata-rata komuniti ini mempunyai kemahiran yang jarang dilakukan orang ramai iaitu menganyam rotan atau polivinil klorida (PVC) untuk dibentukkan menjadi beg atau bakul. 

Namun, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyukarkan hasil kraftangan itu beroleh akses mudah, bagi dipasarkan di luar kawasan.

Mujur ada di kalangan penduduk dari suku kaum ini menetap di kawasan bandar di Miri, sekali gus menjadi perantara bagi membolehkan hasil anyaman komuniti berkenaan dapat dipasarkan di luar.

Seorang ibu muda kaum Penan, Rentti Simon, 26, berkata, kaumnya memang terkenal dengan kemahiran menganyam dan ia merupakan tradisi yang diwarisi turun temurun.

 "Ada antara kami yang membuat tempahan kraftangan daripada rotan dan ada juga yang membuat tempahan menggunakan tali PVC. 

"Saya bersyukur kerana saya juga dapat menguasai sedikit kemahiran menganyam ini. Dulu saya hanya suka-suka mahu belajar kerana hampir semua rakan sebaya saya di kampung pandai menganyam. Tak sangka dengan adanya sedikit kemahiran, sekarang saya dapat membantu suami untuk menampung kehidupan harian kami sekeluarga,” katanya kepada Getaran. 

Rentti berkata, usaha itu secara tidak langsung turut membuka ruang kepada suri rumah di kawasan kampungnya untuk membantu suami masing-masing menjana pendapatan tambahan.

"Dengan pendapatan suami yang kecil, amatlah sukar untuk menampung keperluan harian walaupun di kawasan pedalaman, apatah lagi jika sudah berpindah ke bandar. 

"Syukur, setelah mencuba untuk menjual hasil anyaman, ia mendapat sambutan yang baik dari orang luar dan hasil jualan dapat meringankan beban suami,” katanya, terharu.

Menurut ibu muda itu, beliau jelas tidak menyangka bahawa seni yang pada asalnya hanya suka-suka dipelajari itu, mampu mencambahkan benih rezeki buat dirinya dan rakan-rakan lain.

"Tak sangka dari suka-suka mahu belajar akhirnya jadi sumber pendapatan malah dengan mendapat ramai pelanggan, ia turut membuka peluang kepada orang lain untuk mencari rezeki juga," katanya. 

Enggan keunikan seni kraftangan kaumnya berkubur tanpa publisiti, Rentti yang tinggal di kawasan bandar bukan sahaja membantu membawa keluar hasil anyaman dari kawasan pedalaman untuk dijual, malah turut menjadi orang tengah untuk membekalkan semua produk itu kepada seorang sukarelawan di Semenanjung Malaysia. 

Yasmin Ruth Paranjothy, 45, yang menetap di Kluang, Johor berkata, beliau mula menerima produk dihasilkan Rentti dan rakan-rakannya sekitar Ogos tahun lalu.

“Saya pernah ke kawasan pedalaman komuniti Penan ini pada Mei 2020 dan sukar untuk mempercayai komuniti yang tinggal jauh di pedalaman ini memiliki kemahiran menganyam luar biasa.

“Kerana itu saya terfikir, lebih baik saya mengambil inisiatif membantu mereka memasarkan hasil anyaman masing-masing, apatah lagi waktu itu kita berdepan ancaman pandemik COVID-19,” katanya.

Yasmin berkata, perniagaan berkenaan dijalankan secara dalam talian dan berasaskan kepercayaan kukuh yang terjalin antara keduanya, walau tidak mempunyai sebarang kaitan persaudaraan.

“Niat saya hanya mahu membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup selepas terkesan dengan serangan COVID-19.

“Saya amat bersyukur ia menerima sambutan yang amat menggalakkan dan perlu menambah stok setiap bulan apabila semua produk laris dijual,” katanya gembira.

Beliau menarik perhatian, setiap beg dihasilkan dijual di antara RM35 sehingga RM80 dengan pelbagai rekaan serta warna yang amat menarik.

“Wanita-wanita Penan bukan sekadar mahir menghasilkan beg tangan atau dompet, tetapi juga beg untuk pakaian dobi.

“Kini bekalan beg ini bukan sahaja dijual kepada orang perseorangan, malah ada peniaga beg yang membelinya secara pukal menyebabkan bekalan perlu dihantar oleh komuniti ini dari Sarawak setiap bulan,” kongsinya. 

Kepelbagaian beg tenunan yang cantik itu boleh dilihat menerusi laman Sarawakian Penan Handwoven Bags di Facebook.

Hasil jualan beg berkenaan juga membolehkan Yasmin dan Rentti membantu membeli bekalan makanan yang akan disalurkan kepada komuniti Penan di pedalaman. – Getaran, 11 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Jual MySejahtera: Kerajaan Belum Keluarkan Bayaran

2

Gaya 2 bulan yang lalu

Selangkah Ke Butik Fred Perry Serba Eksklusif

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Sijil Vaksin Palsu: Reman Doktor Disambung

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Sijil Digital Vaksinasi Berharga RM2,500, Lebih Ramai Lebih Murah

Sorotan

1

Elak Sorok, Catut Minyak Masak - Annuar Musa

2

Saya Akan Dedah LCS Tak Ubah Seperti 1MDB, ‘Masaklah Najib’… - Rafizi

3

Mengaku Potong Usus Untuk Kurus, Aishah Sudah Boleh Pakai Baju Lama Zaman The Fan Club

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 8 jam yang lalu

Pakar Ekonomi: Had Kredit, Kadar Faedah Antara Isu Perlu Diperketat Dalam Rangka Kerja BNPL