web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Rayuan Kekal Hukuman Denda Ke Atas Syarikat Pajak Gadai Jual Emas Tak Ditebus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 10:20PM

Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan hukuman denda RM5,000 ke atas sebuah syarikat pajak gadai berdaftar kerana turut menjalankan perniagaan menjual barangan emas yang tidak ditebus - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan hukuman denda RM5,000 ke atas sebuah syarikat pajak gadai berdaftar kerana turut menjalankan perniagaan menjual barangan emas yang tidak ditebus.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Supang Lian dan Datuk Ahmad Nasfy Yasin memutuskan bahawa perbuatan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 16 (3) Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.

Mereka membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Kedai Pajak Shin Ngien Sdn Bhd untuk mengetepikan sabitan dan hukuman denda yang dikenakan ke atasnya bagi kesalahan tersebut.

Dalam penghakimannya, Supang berkata perbuatan menjual barangan emas yang tidak ditebus dalam premis pajak gadai itu bukanlah sebahagian daripada perniagaan syarikat tersebut.

“Kami mendapati aktiviti sedemikian, jika dilakukan, adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 16 (3) Akta Pemegang Pajak Gadai 1972,” katanya dalam penghakiman setebal 34 halaman bertarikh 24 Mei lepas.

Beliau berkata objektif akta itu bukan hanya melindungi kepentingan penggadai tetapi juga keselamatan barang gadaian.

“Kami bersetuju dengan keputusan Majistret yang begitu teliti menimbang keterangan berkaitan bahawa perayu (Kedai Pajak Shin Ngien) telah gagal menunjukkan bahawa penjualan barangan emas yang tidak ditebus di premis perniagaannya adalah amalan sejagat dalam kalangan syarikat pajak gadai di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata kesan amalan penjualan barangan emas yang tidak ditebus dalam premis yang sama adalah satu tindakan yang berisiko kerana amalan pemberian pinjaman berisiko tinggi dalam kalangan industri pajak gadai kini berleluasa dan membahayakan keselamatan barangan gadaian sekali gus meningkatkan risiko berlaku aktiviti tidak sah seperti pengubahan wang haram.

“Oleh itu, penggubal undang-undang telah mengehadkan syarikat pajak gadai dalam perniagaan pajak gadai sahaja bagi memastikan ia beroperasi secara telus dan selamat,” katanya sambil menambah dengan menggunakan pendekatan sedemikian, entiti terbabit boleh dipantau dan dikawal dengan lebih berkesan bagi memastikan pematuhan kepada undang-undang serta peraturan tempatan sedia ada.

Kedai Pajak Shin Ngien didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret dan dikenakan denda RM9,000. Selepas rayuan, Mahkamah Tinggi telah mengekalkan sabitan namun mengurangkan jumlah denda kepada RM5,000 yang menyebabkan syarikat itu membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan.

Menurut pertuduhan, kesalahan itu dilakukan di premis syarikat pajak gadai tersebut di Sungai Way, Petaling Jaya pada 11.30 pagi 1 Mac 2017.

Bukti yang dikemuka pada perbicaraan kes itu menunjukkan bahawa Kedai Pajak Shin Ngien adalah pemegang pajak gadai berdaftar dengan lesen sah daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Semasa pemeriksaan di kedai pajak gadai itu, pegawai yang melakukan serbuan mendapati terdapat barangan emas yang dipamer dengan tanda harga serta beratnya di premis tersebut.

Barangan emas yang dijual di premis itu adalah gadaian yang tidak ditebus serta diperoleh Kedai Pajak Shin Ngien sama ada melalui lelongan atau secara terus daripada pemiliknya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Cherry Yeo Memukau Di Mallorca, Rangkul 3 Emas, 1 Gangsa

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Mohd Qabil Pahat Sejarah, Hadiahkan Emas Sulung Malaysia Dalam Ekuestrian

3

Gaya 3 tahun yang lalu

Pelaburan Emas : 5 Tip Untuk Memulakan Pelaburan Berkilau Anda!

4

Sukan 3 tahun yang lalu

TPM Zahid Harap Azizulhasni Teruskan Usaha Raih Emas Pertama Olimpik

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad