web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Putin, Agong Bakal Adakan Perbincangan Bersejarah Di Moscow 6 Ogos

Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2025 7:42PM

Sultan Ibrahim - Gambar Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MOSCOW - Presiden Rusia Vladimir Putin akan mengadakan perbincangan dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, pada 6 Ogos di Moscow, yang merupakan lawatan negara buat julung kali oleh Ketua Negara Malaysia ke Rusia sejak hubungan diplomatik terjalin pada 1967, lapor agensi berita TASS.

Menurut perkhidmatan berita Kremlin, pertemuan itu akan memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan Rusia-Malaysia serta membincangkan perkembangan semasa serantau dan antarabangsa.

"Perbincangan antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Sultan Ibrahim dijadual berlangsung pada 6 Ogos di Moscow. Kedua-dua pemimpin akan membincangkan usaha memperkukuh hubungan Rusia-Malaysia serta isu semasa serantau dan antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan pada salbtu, Istana Negara memaklumkan bahawa Sultan Ibrahim akan mengadakan lawatan negara ke Rusia dari 5 hingga 10 Ogos atas jemputan Putin.

Seri Paduka Baginda akan disambut Presiden Putin dalam satu Istiadat Sambutan Negara di Kremlin, diikuti perbincangan rasmi dengan Presiden Rusia dan menghadiri Majlis Santapan Negara yang dihoskan pemimpin berkenaan.

Istana Negara turut menyatakan bahawa lawatan itu mencerminkan peranan penting institusi Diraja dalam memperkasa diplomasi negara, sekali gus membuka ruang kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, pendidikan tinggi, teknologi, inovasi dan hubungan antara rakyat.

Memandangkan Malaysia akan mempengerusikan ASEAN pada 2025, lawatan ini juga dijangka memperkukuh kerjasama strategik dengan Rusia yang merupakan Rakan Dialog ASEAN sejak 1996.

Putin menyampaikan jemputan kepada Sultan Ibrahim semasa pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kremlin pada 14 Mei lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang