web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Santuni MADANI: KPM Cakna Pantau Projek, Pastikan Siap Dalam Tempoh Ditetapkan - Fadhlina

Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2025 1:04PM

Fadhlina Sidek (tengah) menyampaikan sumbangan kerja menaik taraf dan baik pulih tandas, tempat wuduk serta kerja-kerja berkaitan di Masjid Al-Bakri - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENGKALAN HULU - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan semua projek yang dilaksanakan di Kampung Kuak Hulu akan siap dalam tempoh yang sewajarnya, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata pihaknya akan sentiasa cakna perkembangan semasa berkenaan projek yang dilaksanakan di kampung itu kerana manfaatnya penting untuk masyarakat di situ.

"Macam gelanggang futsal (yang dinaik taraf) itu untuk kegiatan anak-anak muda, kemudian sekolah tempoh hari yang sedikit sebanyak ada isu keselamatan yang mesti kita selesaikan dalam tempoh paling segera.

"Alhamdulillah, komitmen semua agensi sangat baik dan kita akan terus memastikan bahawa selepas ini yang terkait rapat dengan fasiliti berkenaan akan terus diberikan perhatian," katanya kepada pemberita pada Program Santuni MADANI Menteri Pendidikan di Masjid Al-Bakri, Kampung Kuak Hulu di sini semalam.

Pada 26 September lepas, Fadhlina memaklumkan Kampung Kuak Hulu dipilih untuk penganjuran Program Santuni MADANI Menteri Pendidikan setelah melakukan penelitian mendalam oleh KPM.

Fadhlina berkata tindakan cakna terhadap perkembangan kampung yang dipilih itu juga antara tujuan Program Santuni MADANI supaya beliau sendiri sebagai pemimpin mengambil maklum perkembangan yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan di kampung berkenaan.

"Kita (KPM) ada mesyuarat setiap bulan untuk memastikan semua proses kerja (naik taraf) itu berlangsung mengikut waktu dan tempoh yang ditetapkan. Pegawai-pegawai kami yang telah bekerja keras untuk memastikan semua perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat September lepas kebanyakannya selesai," katanya.

Program Santuni MADANI Menteri Pendidikan di Kampung Kuak Hulu semalam adalah kesinambungan kepada program yang kali pertama diadakan pada September tahun lepas.

Pada program kali ini, Fadhlina mengunjungi bazar Ramadan Pengkalan Hulu untuk beramah mesra dengan masyarakat setempat, sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI bertempat di Masjid Al-Bakri, Kampung Kuak Hulu di sini.

Bersempena penganjuran Program Santuni MADANI pada kali ini, turut diadakan acara penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf dan Orang Kurang Upaya (OKU) di kampung itu.

Pada masa sama, turut diadakan acara penyampaian cek cura oleh Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU Perak) bagi inisiatif menaik taraf gelanggang futsal Kampung Kuak Hulu yang berjumlah RM200,000 dan padang bola sepak Padang Chong di sini sebanyak RM100,000.

Selain itu, kerja menaik taraf dan baik pulih tandas, tempat wuduk serta kerja-kerja berkaitan di Masjid Al-Bakri di sini, melibatkan kos sebanyak RM50,000.

Program Santuni MADANI ialah inisiatif kerajaan untuk memberi tumpuan kepada lokaliti di seluruh negara bagi menangani kemiskinan, dan meningkatkan akses pendidikan, kesihatan, pengangguran, keselamatan, isu sosial, infrastruktur serta alam sekitar.

Usai majlis itu, Fadhlina kemudian menyertai solat tarawih di Pusat Islam, Kolej Vokasional Gerik. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

3

Pendidikan 7 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

4

Rencana 8 bulan yang lalu

Puan Menteri, Berhentilah Beralasan Demi Anak-Anak Bangsa! 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang