web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permit Bas Persiaran Terlibat Kemalangan Di Genting Tamat Tempoh Februari Lepas 

Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2024 8:09PM

Anthony Loke Siew Fook - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) mengesahkan permit bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan maut di Genting Highlands, Bentong, Pahang sehingga mengorbankan dua pelancong China pada sabtu lepas, didapati telah tamat tempoh pada 16 Februari tahun ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata siasatan yang dijalankan turut mendapati bas persiaran berkenaan telah berusia 15 tahun, iaitu melebihi had usia dibenarkan iaitu hingga 12 tahun dan tambahan tiga tahun sekiranya ada rayuan.

"MOT memandang serius insiden kemalangan ini kerana jelas menunjukkan bahawa syarikat pengendali tidak mematuhi undang-undang, syarat dalam permit, membenarkan pemandu yang tidak ada lesen untuk memandu dan bas melebihi usia permit terbabit," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Loke berkata beliau telah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengambil tindakan paling tegas terhadap syarikat bas persiaran terlibat kerana ketidakpathan undang-undang yang amat jelas sehingga menjejaskan imej negara kerana melibatkan kematian pelancong asing.

Beliau berkata APAD telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat bas persiaran itu dan mereka diberi masa tiga hari untuk menjawab surat tunjuk sebab berkenaan.

Loke berkata JPJ bercadang untuk mengambil tindakan di bawah Seksyen 42(2) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, yang memperuntukkan seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen di bawah seksyen itu, telah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Dalam insiden pada 11 pagi itu, dua lelaki warga China maut, manakala 19 penumpang lagi terselamat selepas bas persiaran dinaiki dipercayai terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan di Kilometer 16.5 Jalan Turun Genting Highlands.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dilaporkan berkata pemandu bas persiaran berumur 32 tahun itu didapati tidak mempunyai lesen memandu, selain memiliki 27 saman trafik lampau membabitkan pelbagai kesalahan.

Loke berkata siasatan akan dibuat daripada semua aspe termasuk dakwaan mengatakan bas terbabit menggunakan nombor kenderaan palsu.

Ditanya mengenai mesyuarat khas yang membabitkan kementeriannya bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam masa terdekat, Loke berkata ia antara lain akan membincangkan beberapa perincian termasuk menambah baik prosedur operasi standard (SOP) penguatkuasaan.

"SOP kita ketat cuma isu ketidakpatuhan. la perkara yang kita amat kesal sekali bahawa pengendali tidak path syarat, kita ada SOP bukannya tidak ada.

"Ada syarat jelas, kena buat pemeriksaan kenderaan, perbaharui permit, had usia kenderaan dan sebagainya tapi syarikat langgar semua, itu menjadi masalah kita (kerana) ada pengendali yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata JPJ akan mengadakan operasi bersepadu terhadap bas persiaran di seluruh negara bermula esok.

"Kita akan melaksanakan tindakan keras terhadap semua bas pelancongan bermula esok. Semua bas pelancong yang melalui kawasan sekatan jalan raya akan diadakan, akan diperiksa," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan kepada semua pengendali bas persiaran untuk mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan.

"Saya sudah sangat baik, saya memberi anda notis (pemberitahuan operasi). Kalau saya mahu 'nakal' sikit, saya tak beri notis. Bermula 6 pagi, akan ada op bersepadu, ia akan berlarutan selama beberapa minggu," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Politik 4 minggu yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

3

Politik 1 bulan yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang