web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Cekup Warga Emas Ligat Samun Guna Pistol Mainan

Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 7:00AM

Tangkapan itu juga menyelesaikan dua lagi kes mengunakan modus operandi sama iaitu samun dengan bersenjata menyerupai pistol. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Taktik seorang warga emas bersenjatakan pistol mainan untuk menyamun akhirnya gagal apabila lelaki berusia 66 tahun itu diberkas ketika melakukan perbuatan itu di sebuah kedai menjual telefon bimbit, di Jalan Onn Jaafar, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada kira-kira jam 4 petang.

"Sepasukan anggota dari balai polis Pekan Baru bergegas ke tempat kejadian dan menangkap lelaki warga tempatan itu dan antara barang kes dirampas ialah sebuah beg galas, sepucuk pistol mainan dan dua bilah pisau," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata tangkapan itu juga menyelesaikan dua lagi kes mengunakan modus operandi sama iaitu samun dengan bersenjata menyerupai pistol di sebuah kedai emas pada 25 Mac lalu dan kedai serbaneka di sini pada 5 April lalu.

Katanya, suspek memiliki beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan narkotik manakala ujian saringan air kencing ke atasnya mendapati dia positif dadah jenis morfin.

Yahaya berkata ketiga-tiga kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan iaitu samun dengan bersenjata dan suspek direman selama tujuh hari sehingga Sabtu depan untuk siasatan lanjut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan