web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Farra Ahmad Menangis Waktu Rakam Lagu OST Drama Risik Pada Hati Sebab Putus Cinta

Farra memberitahu lagu Jauh Darimu membuatkan dia terkenang perjalanan kisah cinta dengan bekas kekasih di mana perancangan awal telah dibuat untuk bertunang tahun ini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 4:00PM

Farra Ahmad - Gambar Nova Music

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini, peminat-peminat drama tempatan sedang sibuk ‘melayan’ terhadap drama bersiri, Risik Pada Hati yang dibintangi Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya.

Drama yang kini masih bersiaran di slot Akasia, TV3 setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam ini menjadi kegilaan kerana ia mengisahkan perjalanan hidup Adam yang berkahwin lain apabila isterinya, Hayfa meminta suaminya berbuat demikian selepas dia tidak dapat memberikan zuriat. 

Gambar ihsan Nova Music
Gambar ihsan Nova Music

Kisah Adam dan Hayfa ini adalah sebahagian daripada rentetan realiti perjalanan hidup sebahagian masyarakat Malaysia yang sering berlaku di luar sana. 

Apapun, di sebalik hangatnya Risik Pada Hati ini, pasti ramai yang ingin tahu tentang si penyanyi lagu ‘Original Soundtrack’ (OST) drama bersiri ini iaitu Siti Farah Najihah Ahmad Damanhuri atau Farra Ahmad, 25. 

Penyanyi yang bernaung di bawah syarikat rakaman Nova Music ini pernah mencuba nasib untuk menjadi penyanyi rakaman pernah gagal di tengah jalan.

Bahkan, dia juga pernah menyertai nasib menyertai pertandingan program realiti ‘Lagu Cinta Kita’ musim ketiga (LCK 3), namun gagal juga. 

Bagaimanapun, nasib menyebelahi Farra Ahmad, 25, apabila dirinya dilamar syarikat rakaman Nova Music untuk menjadi artis rakaman mereka sehingga terhasil single berjudul ‘Manja’ yang diluncurkan pada April tahun lalu. 

Disusuli dengan kepercayaan merakamkan single berjudul ‘Jauh Darimu’ yang dijadikan lagu tema atau OST drama bersiri, ‘Risik Pada Hati’. 

Gambar ihsan Nova Music
Gambar ihsan Nova Music

“Sebenarnya lirik lagu ini sangat dekat dengan apa saya lalui ketika itu kerana sendiri berada dalam situasi putus cinta. Pada malam proses rakaman, ketika dalam studio saya banyak ‘take break’ sebab nangis. 

“Tajuk lagu Jauh Darimu pula memang sangat kena dan membolehkan saya menghayati sepenuhnya lagu ini. 

“Saya boleh ‘feel’ lagu ini. Ketika menyanyikan bahagian korus, saya menangis. Malah, setiap kali dengar lagu ini selepas siap dirakam saya rasa sebak,” kata anak kelahiran Ipoh, Perak ini. 

Menurut Farra lagi, apa yang membuatkan dia berasa terkesan dengan lagu itu ialah apabila mengenangkan perjalanan kisah cinta dengan bekas kekasih di mana perancangan awal telah dibuat untuk bertunang tahun ini.

“Pendek kata, ketika proses rakaman dibuat hati tengah ‘koyak’. Lirik lagu ini menceritakan bagaimana si kekasih tidak menghargai pasangan yang sudah memberikan sepenuh komitmen dalam perhubungan. 

“Jadi selepas tidak dihargai, dia cuba dan rela melepaskan. Dan situasi itulah juga yang saya sendiri lalui.

“Mereka yang berada di studio rakaman semua bertanya kenapa saya menangis. Saya pun bercerita apa yang berlaku dan mereka faham situasi saya. 

“Saya dan bekas kekasih bercinta selama dua tahun, malah hampir bertunang tahun ni, tapi tak jadi. Sekarang ini, dia masih cuba nak mendekati, tapi saya fikir tidak perlulah lagi. 

“Sebaiknya, biarlah kami menjalani kehidupan masing-masing. Itulah yang sebaiknya,” katanya,” katanya. 

Gambar ihsan Nova Music
Gambar ihsan Nova Music

Berkongsi lanjut mengenai lagu “Jauh Darimu” itu, Farra meluahkan rasa syukur apabila lagu itu dipilih menjadi OST drama ‘Risik Pada Hati’ yang membariskan pelakon-pelakon hebat. 

“Ini kali pertama saya menyanyikan lagu OST drama. Sangat gembira, berbesar hati dan bersyukur. Ini juga peluang saya untuk besarkan bakat dan kerjaya nyanyian. 

“Saya yakin tayangan drama ini akan dapat melonjakkan lagi populariti lagu ini dan nama saya sebagai penyanyi. Insya-Allah. 

“Bukan apa, sebelum ini saya terfikir nak masuk pertandingan seperti Big Stage sebab nak tonjolkan bakat, tapi tak berjaya disebabkan jumlah tontonan video muzik saya sebelum ini yang tidak tinggi.

“Jadi, apabila drama, lagu dan video lirik dilancarkan serentak, saya harap jumlah tontonan video lagu terbaru saya akan bertambah dan saya berpeluang untuk melangkah lebih jauh dan diberikan lebih banyak peluang selepas ini,” katanya.

Lagu “Jauh Darimu” ciptaan Rudy Nastia dan Hafiz Karim ini sudah boleh distrim di semua platform muzik digital. Manakala video muzik rasmi ‘Jauh Darimu’ yang dirakam di Desaru, Johor Bahru boleh didapati  di saluran YouTube ‘Nova Music Videos. – Getaran, 9 Ogos 2022


 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

3 Drama Bersiri Di TV3 Bakal Menjentik Emosi Penonton 

4

TARA 3 tahun yang lalu

Tema 'Seindah Kasih' Semarakkan Kempen Ramadan Raya 2023 Media Prima Dengan Drama-Drama Menarik

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 17 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN