Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


1,782 Kes Masuk Hospital, 7 Negeri Guna Katil ICU Lebih 50 Peratus

Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 1:33PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,782 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam melibatkan kesemua kategori 1 hingga 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 706 kes (39.6 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 1,076 kes lagi (60.4 peratus) kategori 1 dan 2.

Menurut beliau, tujuh negeri dilaporkan merekodkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus bagi merawat pesakit COVID-19.

Katanya, penggunaan katil ICU paling tinggi dicatatkan di Kuala Lumpur iaitu sebanyak 81 peratus dengan 21 daripada 26 katil yang dikhaskan sudah digunakan.

“Selain itu Putrajaya pula sudah menggunakan 67 peratus daripada keseluruhan tiga katil ICU di wad tersebut.

“Sebanyak 36 daripada 56 katil di Johor juga sudah diisi pesakit COVID-19 manakala di  Selangor pula sudah menggunakan 60 peratus katil yang dikhaskan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, Kelantan, Perlis  dan Melaka pula masing-masing sudah menggunakan 58, 55 dan 50 peratus katil yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19.

Bagi katil bukan ICU pula, Dr Noor Hisham berkata, terdapat empat negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 80 peratus iaitu di Putrajaya dengan 104 peratus, Kuala Lumpur (90 peratus), Terengganu (87 peratus) dan Perak (83 peratus).

“Selain itu, lapan negeri merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu Selangor 79 peratus, Melaka (77 peratus), Perlis (76 peratus), Sarawak (72 peratus), Kelantan (67 peratus), Johor (57 peratus), Pahang (52 peratus) dan Pulau Pinang (50 peratus).

“Untuk penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19, tiada negeri merekodkan pengisian lebih 50 peratus,” katanya.

Pada masa sama Dr Noor Hisham memaklumkan, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 222 namun peratusan penggunaan alat tersebut adalah sebanyak 25 peratus. - Getaran, 16 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Kesihatan Raja Harald V Semakin Baik - Istana Norway

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Raghad Nafi Bawa Keluar Abdul Taib Tanpa Kebenaran

3

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok