Berita Terkini

1 jam yang lalu: Media Arab Saudi buat liputan lawatan PM 1 jam yang lalu: KKD beri perhatian bendung penyebaran ekstremis militan 1 jam yang lalu: PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok 1 jam yang lalu: MAIWP sumbang RM1.7 juta bantu golongan mualaf 1 jam yang lalu: 4 kanak-kanak maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Muar - Bomba

IKUTI KAMI


DC: Batman Bat-Tech Edition Aplikasi AR Batman Pertama Di Dunia

Aplikasi yang menampilkan teknologi realiti terimbuh pertama seumpamanya melibatkan kanak-kanak dan membawa mereka menyelami dunia Adiwira DC ikonik ini.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 8:55AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tanggal 6 Ogos lalu, DC melancarkan pengalaman mudah alih Batman yang unggul untuk kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun. DC: Batman Bat-Tech Edition merupakan aplikasi mudah alih yang didatangkan dalam 13 bahasa dan boleh dimuat turun di App Store (iOS) secara percuma.

Aplikasi ini menampilkan teknologi realiti terimbuh (augmented reality, AR) yang pertama seumpamanya melibatkan kanak-kanak dan membawa mereka menyelami dunia Adiwira DC yang ikonik ini, menggunakan teknologi pembanteras jenayah bagi membantunya menggagalkan perbuatan jahat Joker, Mr. Freeze, The Riddler dan Penjahat Super DC yang lain. 

Mereka boleh menyertai kumpulan ‘Knightwatch’ untuk memerangi jenayah dan menyelami dunia Batman, belajar menggunakan Bat-Tech serta membantu mempertahankan Gotham City daripada musuh. DC: Batman Bat-Tech Edition adalah patuh COPPA dan boleh dimuat turun dan dimainkan secara percuma.

Pelancaran baru-baru ini dilakukan tepat pada masanya bagi meraikan ‘Bulan Batman’ yang disambut pada September dan ‘DC Fandome’, iaitu pengalaman peminat global pada 16 Oktober.

Di Malaysia, perkhidmatan penstriman HBO GO dan Cartoon Network pula sedang bersiap sedia bagi menghidangkan satu bulan yang dipenuhi aksi dan pertandingan bertema Batman serta pengambilalihan yang didedikasikan untuk Caped Crusader.

Selain pembelajaran mengenai teknologi Batman melalui ciri penceritaan AR dalam aplikasi ini, kanak-kanak juga boleh bermain permainan mini, mengubah gambar dengan penuras wajah AR dan pelekat. 

Mereka juga boleh membaca komik digital eksklusif, menonton kandungan video bertema Bat-Tech Batman dan mendapat akses ke Batcomputer, komputer-super di mana tersimpannya rahsia teknologi Batman.

Aplikasi DC: Batman Bat-Tech Edition menampilkan:

  • Misi realiti terimbuh (AR): Melalui ciri AR baharu, kanak-kanak menjadi anggota kumpulan baharu Batman, Knightwatch dan terbabit dalam misi asal Batman memerangi jenayah. AR yang menakjubkan ini memberikan pengalaman 3D yang realistik menggunakan konsep kejuruteraan dan rekabentuk untuk menjadikan Bat-Tech Batman benar-benar hidup.
  • Permainan mini: Pengguna boleh bermain permainan pemanduan mudah alih bertema Batman yang menguji kemahiran pemain mengendalikan Batmobile; Berlatih Batarang di mana pemain berlawan dengan masa untuk mengetahui berapa banyak sasaran yang boleh ditumbangkan; dan permainan Grapnel Launcher yang memerlukan pemain berlari dan melompat ketika menggunakan kemampuan Batman untuk mengatasi halangan.
  • Penuras wajah AF: Kanak-kanak boleh berubah menjadi Batman, Joker, Batgirl dan banyak lagi karakter paling ikonik Gotham City menggunakan penuras yang menyeronokkan ini.  Pada masa sama boleh menyimpan gambar dan kongsikannya dengan kawan-kawan dan keluarga.
  • Pek pelekat: Pengguna boleh menghias gambar dengan pelbagai pelekat bertema Batman, menjadikan rakaman gambar yang biasa kepada kisah Batman yang hebat.
  • Kandungan video Bat-Tech Batman: Aplikasi ini berkesinambungan dengan saluran YouTube DCKids yang sangat popular. Satu siri baharu, bertajuk ‘Batman Science Lab’ akan dilancarkan pada musim luruh ini yang meneroka aplikasi dunia sebenar teknologi Batman.
  • Misi baharu, permainan, penuras, pek pelekat dan kandungan video akan ditambah dan dikemaskini secara berkala untuk menjadikan pengalaman aplikasi ini sentiasa segar dan menyeronokkan kanak-kanak.

Selain itu, siri komik digital Batman - Knightwatch turut dilancarkan secara eksklusif pada aplikasi DC: Batman Bat-Tech Edition, di mana kanak-kanak boleh meneroka bagaimana program Knightwatch dihasilkan yang menyusuli Batman dan kumpulan adiwiranya ketika menawan Penjahat Super Gotham City berikutan kejadian lepas lari besar-besaran di Arkham Asylum. 

Komik digital tambahan akan dimasukkan ke dalam aplikasi ini secara berkala dari semasa ke semasa.Peminat boleh memuat turun DC: Batman Bat-Tech Edition hari ini dan membantu Batman menyelamatkan Gotham City. - Getaran, 18 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Aplikasi KitaJaga Bantu Rakyat Semak Harga Barang, Beli Secara Bijak - Rafizi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

KDN Rampas 14,249 Teks Dan Bahan Bacaan Al-Quran

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Teliti Kaedah Kawal Selia Keselamatan Aplikasi, Peranti Penjawat Awam

4

TARA 3 minggu yang lalu

Aplikasi Tempat Letak Kereta Digital 'MBJB SPOT V2' Di Johor Bahru

Sorotan

1

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

2

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

3

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

Disyorkan untuk anda

Selera 1 hari yang lalu

Gerai Juadah Sahur Mudahkan Pelanggan Nikmati Makanan Segar, Panas

Selera 1 jam yang lalu

Nasi Tenong Tarikan Baharu Payang Water Taxi