Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


PKP 3.0 Tak Tahu Buat Apa? Pergilah Berjoging!

Kajian mendapati aktiviti larian dan joging baik untuk kesihatan mental dan fizikal kala pandemik.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 9:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dilanjutkan dari 15 Jun hingga 28 Jun 2021, ramai yang mengeluh kerana terpaksa ‘berkurung’ selama dua minggu lagi di rumah masing-masing. Perasaan keresahan mulai membelenggui diri. 

Jangan terperangkap dalam kotak fikiran masing-masing yang semakin carca-marba itu, kendali kesihatan mental anda dengan berlari. Ya, berlari! Usah khuatir, menurut Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi PKP 3.0 kali ini, aktiviti bersenam secara berseorangan dibenarkan.

Seraya itu, Westin Hotels & Resorts bekerjasama dengan syarikat kecergasan, Hyperice dengan menyediakan kelengkapan-kelengkapan kecergasan untuk sesi senaman ringkas di lokasi-lokasi hotel yang terpilih. 

“Kami gembira untuk membawa peralatan sukan perdana ini untuk anda merasakan pengalaman kecergasan yang terbaik. Hyperice dirancang dengan piawaian atlet, tersedia di banyak pusat latihan sukan antarabangsa dan menjadi pilihan ramai atlet dan jurulatih profesional.”

“COVID-19 ini adalah panggilan untuk kita sentiasa mementingkan penjagaan minda, tubuh dan jiwa. Malah, lebih daripada separuh responden (52%) yang mengambil bahagian dalam tinjauan kami berkata mereka lebih menekankan penjagaan diri berbanding sebelum wabak ini terjadi.”

“Lebih 39% responden percaya aktiviti larian sangat penting, bukan sahaja untuk kesihatan mental, malah kesihatan fizikal,” ujar Jennie Toh, Timbalan Presiden, Pemasaran dan Pengurusan Jenama, Rantau Asia Pasifik. 

Berlari: Baik untuk minda, hebat untuk otot

Kajian global menemukan aktiviti larian, joging dan terapi sayangi diri tidak dapat dikompromi demi menjalani rutin kecergasan yang sihat. 

Menurut laporan Westins x Hyperice, keinginan untuk melakukan aktiviti larian semakin meningkat sejak tahun lalu. 

Semenjak bermulanya wabak ini, 47% responden mengatakan mereka berlari atau berjoging dengan lebih kerap berbanding sebelumnya. 

50.9% responden pula mengatakan berlari atau berjoging membantu kesejahteraan mental mereka semasa pandemik. 

Salah satu perkara positif yang muncul dari musibah wabak ini ialah minat terhadap pemulihan dan rawatan diri, tidak kira sama ada dari segi fizikal mahupun rohani. 

Semakin ramai mementingkan dan mengutamakan kesihatan dan kecergasan, dari melakukan aktiviti larian dan regangan, sehinggalah menjaga pola tidur dan pemakanan yang seimbang. 

Kajian mendapati:

* 36% responden mengatakan wabak ini membuat mereka menyedari peri pentingnya kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal

* 65% responden merancang untuk meneruskan aktiviti larian pasca wabak

* 22% responden melihat kesan positif terhadap kemampuan mereka berlari

* 23.9% responden mengatakan mereka ingin terus melakukan aktiviti larian 

* 18% responden berkata mereka akan lebih masa untuk sesi pemulihan selepas berlari sekiranya terdapat alatan yang sesuai

* 71.6% responden percaya tempoh tidur malam yang baik adalah penting untuk kesejahteraan mental dan fizikal

Jadi, alang-alang kita sudah mempunyai banyak masa yang terluang (pagi atau petang), apa tunggu lagi? Jom kita berjoging! – Getaran, 16 Jun 2021

Semua gambar: Marriot International Asia Pacific   

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Berapalah Upah Oyen Dapat Ni

3

Selera 10 bulan yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

4

Selebriti 11 bulan yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 14 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran