web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aplikasi BolehJe Bantu Pengguna Cari Pekerjaan, Jana Pendapatan Dengan Fleksibel

Teknovasi Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2025 3:50PM

Penghuni rumah kebajikan Lotus Charity Care Centre yang diraikan dengan tayangan filem di pawagam GSC di IOI City baru-baru ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aplikasi BolehJe yang dibangunkan baru-baru ini oleh Exalumen Technologies diyakini mampu membantu golongan belia, pelajar dan pekerja bebas memperoleh pekerjaan untuk jangka pendek.

Ketua Pegawai Eksekutif Exalumen Technologies, Angeline Barron berkata, aplikasi berkenaan yang turut mendapat kerjasama Innovestmy Sdn Bhd membolehkan pengguna menjana pendapatan tambahan secara fleksibel.

Menurut beliau, ia turut membuka ruang untuk syarikat atau individu yang memerlukan khidmat tenaga kerja, mengakses bakat tempatan dengan lebih mudah.

“Aplikasi ini bukan sahaja menjadi medium untuk memperkasa ekonomi belia, malah berperanan sebagai jambatan antara majikan dan tenaga kerja dalam era ekonomi digital. 

“Usaha ini seiring dengan misi Innovest dan Exalumen  memperkukuh daya saing masyarakat serta menyokong pertumbuhan ekonomi inklusif di Malaysia,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini baru-baru ini. 

Angeline Barron
Angeline Barron

Terdahulu, Angeline mewakili Exalumen bersama wakil Innovest, Lee Miew Lan menganjurkan program komuniti, melibatkan 30 penghuni Lotus Charity Care Centre.

Menerusi program yang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia itu, kesemua penghuni rumah kebajikan berkenaan dibawa menonton filem di pawagam GSC di pusat beli belah IOI City, Putrajaya. 

Miew Lan ketika ditemui berkata,  program terbabit membolehkan semangat Keluarga Malaysia diperkukuh, sekali gus memupuk keprihatinan masyarakat dan nilai kebersamaan. 

“Kami amat berharap usaha kecil ini akan menjadi inspirasi kepada lebih banyak sektor korporat untuk berganding bahu dalam menyebarkan kebaikan kepada masyarakat.

“Inisiatif ini memberikan peluang untuk anak-anak ini merasai pengalaman hiburan yang jarang-jarang mereka nikmati, sekali gus mengukuhkan semangat prihatin serta kepedulian sosial dalam kalangan syarikat korporat,” katanya. 

Lee Miew Lan
Lee Miew Lan

Jelas Miew Lan, Hari Malaysia bukan sekadar satu perayaan, sebaliknya ia adalah lambang kepada kekuatan dan keindahan sebuah negara yang dibina atas dasar kesepaduan. 

“Kami di Innovest percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak diraikan dan diberi peluang untuk bergembira, tanpa mengira latar belakang mereka. 

“Kehadiran mereka pada hari ini memberi inspirasi kepada kami untuk terus menyumbang kepada masyarakat melalui pelbagai inisiatif sosial,” katanya. - Getaran, 22 September 2025

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 3 hari yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi