web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Memang Iklan Untuk Telefon Paling Tahan Lasak Di Pasaran

Honor X9c 5G jatuh tak pecah, terendam dalam sup panas pun tiada masalah

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2024 8:57PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kira-kira dua minggu lalu, pasti anda pernah terlihat satu video yang tular di media sosial  melibatkan pasangan kekasih ‘berperang’ mulut di sebuah restoran stimbot. 

Video itu menyaksikan wanita terbabit mencampak telefon pintar milik pasangannya ke lantai. Kemuncaknya, dia turut melontar telefon pintar terbabit ke dalam periuk sup panas. Namun, telefon itu dilihat masih berfungsi kerana pasangan lelakinya masih mampu menjawab panggilan masuk.

Jika anda salah seorang yang meneka video itu hanyalah strategi pemasaran, tekaan anda tepat! Memang ia sengaja dilakukan untuk mempromosikan Honor X9c 5G yang bakal dilancarkan sedikit masa lagi. 

Pada mereka yang belum pernah melihat video yang dimaksudkan, anda boleh lihat video yang telah dikemas kini oleh akaun Instagram World Of Buzz ini.

Honor Malaysia baru-baru ini juga dengan rasminya mengesahkan kedatangan ‘Raja Tahan Lasak’ generasi baharu di Malaysia dalam masa terdekat. 

Dibina berikutan kejayaan model sebelumnya, HONOR X9c 5G lebih tahan lasak dengan keutuhan yang dipertingkatkan, menetapkan penanda aras baharu sebagai telefon pintar kelas pertengahan yang amat berkuasa dalam pasaran.

Jadi, apa yang perlu anda tahu tentang telefon pintar ini?

1. Pertahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh Honor X9c 5G

Dibina untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna, HONOR X9c 5G dilengkapi dengan Paparan Anti-Jatuh generasi baharu dan dicipta bagi menahan jatuhan daripada ketinggian sehingga 2 meter . 

Apa yang membezakan HONOR X9c 5G berbanding yang lain seumpamanya adalah  Kalis Air 360° dan Kalis Calar yang dipertingkatkan bagi memastikan telefon ini dilindungi daripada kegunaan harian.

Dengan tiga ciri teras ketahanan, Anti-Jatuh, Kalis Air 360°, dan Kalis Calar - HONOR X9c 5G menawarkan Pertahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh. 

Pendekatan berinovatif ini telah melayakan peranti tersebut mendapat pensijilan SGS Five-Star Comprehensive Reliability Certification berprestij yang pertama dalam industri, sekaligus mengukuhkan lagi komitmen Honor ke arah menghasilkan peranti berkualiti tinggi dan tahan lasak yang memenuhi cabaran kehidupan moden.

2. Jaminan Yang Disokong Oleh Polisi Perlindungan Tiga Tahap Honor

Pelan perlindungan komprehensif ini mengandungi Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari yang meliputi paparan dan kamera. 

Polisi Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari menyediakan pengguna dengan telefon baharu tanpa perlu membaiki telefon manakala Jaminan Bateri 36 Bulan menggantikan bateri sekiranya prestasinya merosot dalam tempoh tiga tahun. Semua ini bergantung dengan terma dan syarat. 

Dengan jaminan hebat ini, Honor memastikan pengguna sentiasa senang hati menggunakan peranti mereka dengan keyakinan dan keselamatan jangka panjang.

Ulasan lebih padat berserta harga pasaran akan dikongsi apabila Honor Malaysia melancarkan peranti ini secara rasmi dalam sedikit masa lagi. - Getaran, 28 Oktober 2024

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

4

Teknovasi 4 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN