web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Scrambler Mini Brixton CrossFire 150 XS Jentera Teguh Bersaiz Mini

Walaupun saiznya kecil tetapi prestasinya seiring dengan kebanyakan motosikal kategori enjin bawah 125cc 

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2023 7:24PM

Walaupun lebih kecil, Scrambler-Mini Brixton CrossFire 150 XS menawarkan spesifikasi seperti jentera seangkatannya. gambar MForce Bike

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jarang sekali kita mendengar pengeluar motosikal melancarkan jentera dalam segmen motosikal bersaiz mini. Jika ada, hanya beberapa model sahaja dilancarkan oleh jenama tertentu setiap tahun. Biarpun bersaiz kecil, segmen motosikal mini bukanlah untuk mainan kanak-kanak kerana ia memiliki spesifikasi yang sama seperti motosikal bersaiz normal.

Model bersama Scrambler-Mini Brixton CrossFire 125 XS KL Bike Show 2023 baru-baru ini. gambar MForce Bike
Model bersama Scrambler-Mini Brixton CrossFire 125 XS KL Bike Show 2023 baru-baru ini. gambar MForce Bike

Baru-baru ini penulis berkesempatan menghadiri satu acara permotoran, KL Bike Show 2023 dan menyaksikan pelancaran Scrambler-Mini Brixton CrossFire 150 XS, penampilan baharu dalam kelasnya. Apa yang menarik, Brixton model ini menyasarkan peminat jentera dua roda dengan enjin satu silinder berkuasa 125cc sama seperti model motosikal biasa termasuk Honda Wave dan beberapa jenama skuter. 

Prestasinya seiring dengan kebanyakan motosikal kategori enjin bawah 125cc malah lebih bergaya. gambar MForce Bike
Prestasinya seiring dengan kebanyakan motosikal kategori enjin bawah 125cc malah lebih bergaya. gambar MForce Bike

Walaupun bersaiz kecil, tetapi prestasinya seiring dengan kebanyakan motosikal kategori eniin bawah 125cc malah lebih bergaya.Bukan itu sahaja, ia ada lima transmisi kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa kuda sehingga 13.4hp pada 9,500 rpm dan torknya 10.5 Nm pada 3,100 rpm. 

Bagaimana pula dengan kadar pecutannya. Scrambler ini boleh memecut sehingga 110 km/j dan bukan itu sahaja, sistem pembakaran dalaman enjinnya juga mempunyai empat lejang sejukan udara. Malah, ia dilengkapi dengan teknologi sistem bahan api (EFI).

Cakera brek bersaiz 220 mm di depan dan 190 mm di belakang. gambar MForce Bike
Cakera brek bersaiz 220 mm di depan dan 190 mm di belakang. gambar MForce Bike

Dipasangkan bersama cakera brek bersaiz 220 mm di depan dan 190 mm di belakang, scrambler mini Brixton ini mennggunakan rim 12 inci dengan tayar bersaiz 120/70 di depan dan 130/70 di bahagian belakang. Secara keseluruhan Brixton CrossFire 150 XS sememangnya bersaiz kecil dan rendah. 

Dengan tangki minyak berkapasiti 11 liter, berat keseluruhannya adalah 111 kg dengan panjang motosikal sehingga 1,690 mm, lebar 755 mm dan tinggi 1,210 mm. 
Ketinggian dari tempat duduk pula ialah 770mm, sesuai untuk ditunggang golongan dewasa dan remaja yang mahu berjinak-jinak dalam dunia motosikal jenis scrambler.

Model ini ditawarkan pada harga bermula RM 8,788 (tidak termasuk insuran dan cukai jalan). gambar MForce Bike
Model ini ditawarkan pada harga bermula RM 8,788 (tidak termasuk insuran dan cukai jalan). gambar MForce Bike

Tersedia dengan tiga varian warna iaitu Backstage Black (hitam), Clockwork Orange (jingga) dan Cargo Green (hijau), model ini menawarkan harga bermula RM 8,788 (tidak termasuk insuran dan cukai jalan). Ia turut memberikan jaminan selama dua tahun atau 20,000km dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd.

Ia menawarkan jaminan dua tahun atau 20,000km dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen. gambar MForce Bike
Ia menawarkan jaminan dua tahun atau 20,000km dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen. gambar MForce Bike

Selain Brixton, MForce Bike Holdings Sdn Bhd turut membawa beberapa jenama lain seperti QJMotor, Benelli, WMOTO, Keeway, Moto Morini dan jenama baharu MBP Moto. 

Maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang  rasmi dengan klik di pautan ini, https://www.mforce.my/ – Getaran, 17 September 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia