web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guna Kepakaran Volkswagen, Lamborghini EV Bakal Muncul 2028

Lamborghini mengesahkan ciptaan EV pertama mereka ini akan dibina dengan empat tempat duduk dan muncul pada tahun 2028

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 9:48AM

Lamborghini sebelum ini pernah mendedahkan rancangan model kenderaan elektrik pertama mereka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam kehangatan kereta yang dikuasakan oleh elektrik (EV) di pasaran Malaysia, jarang kita mendengar kenderaan jenis sport car yang ingin mengeluarkan model EV. Adakah kategori kenderaan seperti ini turut merancang untuk melancarkan kereta versi EV? Ya, tentunya ada dan antara jenama yang pasti mengejutkan anda ialah Lamborghini EV.

Bilik pameran Lambhorgini di Austin, Texas, Amerika Syarikat
Bilik pameran Lambhorgini di Austin, Texas, Amerika Syarikat

Lamborghini sebelum ini pernah mendedahkan rancangan model kenderaan elektrik pertama mereka yang menjadi tanda tanya ramai. Apakah benar mereka mahu menghasilkan sebuah Lamborghini EV? Lamborghini sendiri telah mengesahkan ciptaan EV pertama mereka ini akan dibina dengan empat tempat duduk (2+2) dan muncul pada tahun 2028. 

Tak sabar rasanya untuk menunggu detik tersebut walaupun ia mengambil masa lima tahun lagi. Pasti ramai peminat kenderaan mewah yang ingin mengetahui bagaimana bentuknya dan siapakah yang akan memiliki kenderaan mewah ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann memaklumkan, ia akan dibina dalam bentuk kenderaan mengembara atau lebih dikenali sebagai grand tourer dan dikhususkan untuk penggunaan harian.

Muzium Lamborghini yang terletak di Sant'Agata Bolognese, Itali
Muzium Lamborghini yang terletak di Sant'Agata Bolognese, Itali

Selain itu, model terbaru ini dikhabarkan tidak akan menggunakan platform Lamborghini, sebaliknya menggunakan kepakaran dari Kumpulan Volkswagen seperti mana pembinaan satu model SUV Lamborghini iaitu Urus. 

Model EV ini diyakini akan menggabungkan beberapa komponen kenderaan mewah jenama lain dan bukannya 100 peratus menggunakan produk dari Lamborghini. Malah, dikatakan sebuah prototaip model ini telah pun siap dibina namun Winkelman berkata, tiada keputusan muktamad ditetapkan setakat ini dalam menentukan pembinaan dan reka bentuk sebenar.

Bercakap mengenai Urus, menjelang 2029 model ini turut melancarkan keluaran generasi terbarunya yang juga merupakan sebuah kenderaan EV. Sebelum ini, Lamborghini memaklumkan akan memperkenalkan model Urus dan Huracan dengan teknologi Plug-in hybrid pada 2024. Ini bermakna Lamborghini akan memperkenalkan kedua-dua teknologi pada model berkenaan.

Jelas Winkelmann, beliau memilih untuk mengeluarkan model EV tersebut pada 2028 kerana mahu menunggu tempoh kematangan industri EV dan ingin melihat bagaimana penerimaan EV dari segi teknologi bateri dan infrastruktur pengecasan.

Maka, ini menunjukkan model-model kenderaan mewah juga tidak melepaskan peluang untuk sama terlibat dalam dunia teknologi EV. Sama-sama kita ikuti perkembangan semasa tentang kenderaan EV dan melihat kemajuannya dalam dunia automotif. - Getaran, 20 Ogos 2023

Sumber: autoexpress.co
Foto: Lamborghini.com

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh