web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Art Of Speed 2023 Dibanjiri Lebih 65,000 Pengunjung, Tampil Pelbagai Aktiviti Menarik

Penulis berpeluang menyertai acara ini serta hadir bersama kumpulan Destarola dan beberapa kelab motosikal Cafe Racer menuju ke AOS 2023 di Maeps, Serdang

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 8:09AM

Penulis bersama kumpulan Destarola

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Acara permotoran dan automotif yang tidak asing lagi, Art Of Speed Malaysia (AOS) yang berlangsung 29 dan 30 Julai lalu telah melabuhkan tirai untuk tahun ke-12. Pelbagai pembaharuan, persembahan, pelancaran serta pameran telah diadakan melibatkan kumpulan dan jenama tempatan serta luar negara.

Suasana AOS untuk tahun ke-12
Suasana AOS untuk tahun ke-12

Sekali lagi penulis berpeluang menyertai acara ini  bersama kumpulan Destarola dan beberapa kelab motosikal Cafe Racer. Kami berkonvoi bermula dari Ace Café, Kuala Lumpur menuju ke lokasi AOS 2023 di Maeps, Serdang.

Melibatkan hampir 50 motosikal custom pelbagai jenama, konvoi santai ini bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama penunggang, malah ia memperlihatkan kekuatan jiwa pemilik dua roda tempatan.

Pandangan dari kawasan parkir motosikal bersebelahan dewan utama
Pandangan dari kawasan parkir motosikal bersebelahan dewan utama

Merekodkan kehadiran lebih daripada 65,000 pengunjung untuk kedua-dua hari, suasana di AOS dimeriahkan dengan deruan enjin serta ekzos yang kuat dan nyaring daripada pelbagai jenis kenderaan. Situasi tersebut sungguh mengujakan dan detik-detik seperti ini pasti menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Kenderaan custom dari Eximinator Project Shop
Kenderaan custom dari Eximinator Project Shop

Melangkah sahaja ke Dewan A yang menjadi tumpuan ramai, terserlah sebuah kereta yang diubahsuai wajah serta enjin dengan begitu garang dari Eximinator Project Shop. Bukan itu sahaja, terdapat juga deretan kereta klasik lain dipamerkan sehingga memukau pandangan, membuatkan anda pasti tidak dapat menahan keinginan membelek setiap sudut kenderaan dengan lebih teliti.

Antara pameran motosikal di AOS
Antara pameran motosikal di AOS

Beralih pula pada bahagian motosikal, begitu banyak jentera beroda dua itu diubah suai dengan reka bentuk garang dan terdapat juga model yang diubahsuai menjadi lebih moden. Namun, penulis mendapati, pameran kali ini banyak mengetengahkan reka bentuk jenis chopper. Mungkin bilangan penunggang yang meminati jentera dengan kedudukan tangan lebih tinggi ini sudah bertambah. 

Tiga model terbaharu daripada Harley Davidson sempena ulang tahun yang ke-120
Tiga model terbaharu daripada Harley Davidson sempena ulang tahun yang ke-120

Beberapa jenama motosikal turut mengadakan pelancaran siri atau model terbaharu kenderaan dan antara yang menjadi tumpuan adalah tiga model terbaharu daripada Harley Davidson sempena ulang tahun yang ke-120. Tiga model tersebut adalah CVO Road Glide, CVO Street Glide dan LowRide dengan dengan varian warna biru eksklusif.

Pelancaran Royal Enfield model SuperMetor 650
Pelancaran Royal Enfield model SuperMetor 650

Begitu juga jenama lain yang terlibat dengan pelancaran model terbaharu motosikal seperti Moto Guzzi V7 Stone, warna terbaharu Triumph Tiger Sport 660, Royal Enfield SuperMetor 650 dan banyak lagi. Ini termasuklah koleksi warna skuter Vespa untuk tahun 2023 dan model kereta permainan popular Hotwheels Proton Saga dipertontonkan kepada orang ramai.

Mohd Ekzal (kiri) daripada UMD memenangi Best Of Show Automobile bersama Asep Ahmad Iskandar, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas AOS
Mohd Ekzal (kiri) daripada UMD memenangi Best Of Show Automobile bersama Asep Ahmad Iskandar, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas AOS

Seperti tahun lepas, pelbagai acara dipertandingkan dan antara yang ditunggu adalah anugerah Best Of Show Automobile yang dimenangi oleh Mohd Ekzal daripada UMD Garage dengan menampilkan kenderaan custom Honda Civic (Malaysia)

Motosikal custom Shovelhead 1975 milik Faizal Reza
Motosikal custom Shovelhead 1975 milik Faizal Reza

Best Of Show Motorcycle pula dimenangi oleh Faizal Reza dengan motosikal custom Shovelhead 1975 yang begitu garang dan mantap. Banyak lagi anugerah yang disampaikan sepanjang dua hari acara ini berlangsung

Arunboii
Arunboii

Tak lengkap rasanya jika dewan pameran tersebut tidak disajikan dengan pelbagai persembahan indoor dan outdoor dari artis underground tempatan. Tidak kurang hebat, persembahan indoor oleh semua selebriti atau penyanyi yang hadir termasuklah dua rapper tempatan mewakili kaum India, dikenali sebagai Arunboii dan Balan Kash.

Balan Kash
Balan Kash

Lagu bertajuk Bunga yang dipersembahkan oleh Arunboii antara yang menarik. Sukar untuk digambarkan bagaimana kehebatan lagu ini mampu menarik minat pengunjung. Walaupun liriknya menggunakan bahasa Tamil, namun seni lagu rap ini dapat dihayati dengan rentak yang mengasyikkan dan menjadi ikutan ramai.

Asep Ahmad Iskandar bersama motosikal custom miliknya semasa acara pembukaan AOS 23
Asep Ahmad Iskandar bersama motosikal custom miliknya semasa acara pembukaan AOS 23

“AOS kali ini dibawakan khas oleh BRO ASIA yang bertemakan “Raikan Beza Mu”. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pameran kenderaan custom dari luar negara merupakan penyerlah utama di AOS 2023,” jelas Asep Ahmad Iskandar, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas, AOSM.

Mungkin pihak penganjur dapat menampilkan ikon-ikon automotif dari Eropah dan selebriti Hollywood seperti Keanu Reeve untuk hadir ke AOS Malaysia pada masa akan datang. Apa pun AOS memang terbaik dan semoga diberi peluang dan rezeki untuk kita jumpa lagi pada masa akan datang! - Getaran, 15 Ogos 2023

Sumber Foto: Art Of Speed Malaysia/ Izwan Ramlan

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 3 minggu yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia