Berita Terkini

2 jam yang lalu: Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan 2 jam yang lalu: Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC 2 jam yang lalu: 3 maut dalam kemalangan babitkan 2 kenderaan di Tangkak 2 jam yang lalu: Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat 2 jam yang lalu: Panasonic tawar MSS susulan penutupan 2 jabatan pembuatan

IKUTI KAMI


Cipset Telefon Pintar Terbaharu MediaTek Dimensity 9200+ Bakal Diperkenalkan

Cipset Dimensity 9200+ dikhabarkan hanya membawa penambahbaikan kecil sahaja daripada keluaran sebelumnya iaitu Dimensity 9200 namun pretasinya diyakini masih mantap!

Teknovasi Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 8:04AM

Cipset merupakan komponen yang menghubungkan sistem sokongan terhadap perisian telefon pintar dan berperanan untuk mengaktifkan fungsi telefon secara keseluruhan - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecanggihan sesebuah telefon pintar zaman ini kebanyakannya didorong oleh penggunaan cipset pada peranti tersebut yang merupakan salah satu komponen utamanya. Terdapat pelbagai jenama dan prestasi cipset yang berlainan dicipta kerana ia perlu mengikut kesesuaian sistem sesebuah telefon itu.

Antara jenama cipset yang popular yang dipasangkan pada telefon pintar kategori flagship ialah MediaTek. Terbaharu, syarikat tersebut mengumumkan pengeluaran cipset flagship terbaru mereka iaitu Dimensity 9200+ dan ia bakal dilancarkan pada 10 Mei 2023.

Gambar laman web MediaTek
Gambar laman web MediaTek

Buat yang tidak tahu, cipset merupakan komponen yang menghubungkan sistem sokongan terhadap perisian telefon pintar dan berperanan untuk mengaktifkan fungsi telefon secara keseluruhan.

Dimensity 9200+ dibina menggunakan proses FinFET 4mm manakala CPU-nya pula ialah satu teras Cortex X3, tiga teras Cortex-A715 dan empat teras Cortex-A510. Disamping itu, jenis cip GPU di dalamnya juga dikatakan masih kekal menggunakan Immortalis-G715 MC11.

Dikhabarkan ia hanya memberi penambahbaikan kecil terhadap prestasinya sahaja daripada versi sebelumnya iaitu Dimensity 9200. 

Namun, Dimensity 9200 pernah dilaporkan telah mengatasi semua prestasi cipset yang lain termasuklah iPhone 14 Pro yang dikuasakan oleh cipset A16 Bionic. Jadi, penulis percaya, cipset keluaran pada kali ini tetap kukuh sebagai komponen telefon pintar.

Dimensity 9200+ dibina menggunakan proses FinFET 4mm manakala CPU-nya pula ialah satu teras Cortex X3, tiga teras Cortex-A715 dan empat teras Cortex-A510. Disamping itu, jenis cip GPU di dalamnya juga dikatakan masih kekal menggunakan Immortalis-G715 MC11 - Gambar laman web MediaTek
Dimensity 9200+ dibina menggunakan proses FinFET 4mm manakala CPU-nya pula ialah satu teras Cortex X3, tiga teras Cortex-A715 dan empat teras Cortex-A510. Disamping itu, jenis cip GPU di dalamnya juga dikatakan masih kekal menggunakan Immortalis-G715 MC11 - Gambar laman web MediaTek

Untuk makluman, model vivo X90 merupakan unit terawal yang menggunakannya cipset tersebut. Patutlah harga model tersebut agak mahal di pasaran

Persoalannya, adakah Dimensity 9200+ mampu memberikan perbezaan prestasi yang ketara jika dibandingkan dengan versi sebelumnya dan berapa pula harga yang ditawarkan bagi telefon yang menggunakan cipset tersebut? 

Jadi cipset Dimensity 9200+ baharu ini dipercayai akan dipasangkan pada model telefon pintar iQOO Neo8 versi standard dan ASUS ROG 7D yang juga dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sama-sama kita tunggu dan lihat nanti! - Getaran, 16 Mei 2023 

Sumber: MediaTek.com

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Cinta Ditolak Isteri Orang, Penganggur Mengamuk Bakar Kedai

2

TARA 2 bulan yang lalu

Hasilkan Gambar Melompat Anda Bersama Honor Magic5 Pro, Cukup Menakjubkan!

3

Teknovasi 9 bulan yang lalu

Vivo Y35: Prestasi Sederhana Baik Dan Masih Berbaloi Untuk Dimiliki

4

TARA 9 bulan yang lalu

5 Kelemahan Teknologi Telefon Pintar Buat Golongan Tua

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil