web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hasilkan Gambar Melompat Anda Bersama Honor Magic5 Pro, Cukup Menakjubkan!

Honor Magic5 Pro menampilkan sebuah telefon pintar yang memiliki teknologi kamera Star Wheel Triple yang memiliki resolusi 50 MP terhadap ketiga-tiga lensa kamera.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 12:10PM

Honor Magic5 Pro - Gambar Instagram Honor Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semakin hari semakin hebat ciptaan teknologi telefon pintar yang terdapat di dalam pasaran. Banyak jenama yang berjaya menaikkan taraf teknologi telefon pintar ciptaan mereka. 

Kali ini, penulis telah menguji sebuah kamera telefon pintar terbaharu daripada Honor iaitu Magic5 Pro. Dahsyat, itulah yang boleh dikatakan.

Honor Magic5 Pro
Honor Magic5 Pro

Honor Magic5 Pro menampilkan sebuah telefon pintar yang memiliki teknologi kamera Star Wheel Triple di mana ia memiliki resolusi 50 MP terhadap ketiga-tiga lensa iaitu kamera utama, lebar dan ultra lebar. Wah! Patutlah model siri Magic kali ini digelar telefon pintar flagship Dark Horse.

Penulis menguji kecekapan kamera tersebut dengan menangkap gambar objek yang bergerak dan objek tersebut merupakan manusia. Ya! Manusia yang sedang melompat. 

Gambar lompatan yang bebas gegaran serta 'sharp' - Gambar oleh Izwan Ramlan
Gambar lompatan yang bebas gegaran serta 'sharp' - Gambar oleh Izwan Ramlan

Pada awalnya terdapat keraguan adakah model ini mampu menangkap gambar sedemikian rupa tanpa ada sebarang gegaran pada gambar. Jadi inilah hasilnya, tepat dan sharp! Sejujurnya penulis sendiri terpegun dengan hasil yang ditunjukkan.

Gambar kipas helikopter yang diambil menggunakan Honor Magic5 Pro - Gambar oleh Izwan Ramlan
Gambar kipas helikopter yang diambil menggunakan Honor Magic5 Pro - Gambar oleh Izwan Ramlan

Tidak berpuas hati, kebetulan penulis mempunyai sebuah tugasan untuk mengulas teknologi kipas helikopter. Hasilnya tetap menakjubkan, tangkapan gambar dibuat ketika kipas sedang bergerak. Gambar yang dihasilkan sedikit pun tidak memperlihatkan gegeran pada bilah kipas tersebut seakan-akan ia tidak dihidupkan.

Menguji kehebatan zum Honor Magic5 Pro dengan mengambil gambar bulan - Gambar oleh Izwan Ramlan
Menguji kehebatan zum Honor Magic5 Pro dengan mengambil gambar bulan - Gambar oleh Izwan Ramlan

Selain itu, ketika waktu malam penulis menguji kehebatan kamera ini memandangkan ia mempunyai 100 kali zum. Cantik dan jelas cahaya bulan, itulah yang boleh dikatakan. Lebih mantap lagi jika anda menggunakannya dalam mod manual yang boleh melaraskan pencahayaan mengikut kehendak suntingan gambar yang dimahukan.

Oleh itu, kamera yang dipasangkan pada Magic5 Pro membuatkan ramai pihak menanti spesifikasi penuh terhadap model Honor ini. Model ini dikatakan bakal dilancarkan pada awal April tahun ini. Nantikan ulasan penuh penulis terhadap telefon pintar ini. - Getaran, 19 Mac 2023 

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

18 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

realme C61 Telefon Berkuasa Pada Harga Mampu Milik

2

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Cipset Telefon Pintar Terbaharu MediaTek Dimensity 9200+ Bakal Diperkenalkan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Cinta Ditolak Isteri Orang, Penganggur Mengamuk Bakar Kedai

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Utara Sumatera, Beberapa Negeri Mungkin Rasa Gegaran - MetMalaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang