web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cinta Ditolak Isteri Orang, Penganggur Mengamuk Bakar Kedai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 9:00PM

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran kedai telefon yang berpunca daripada unsur khianat hanya disebabkan cinta ditolak oleh isteri orang - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berang selepas cintanya ditolak, seorang penganggur tergamak membakar kedai telefon bimbit di Jalan Besar Langkap, Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek berusia 54 tahun itu sering datang ke kedai tempat wanita itu bekerja untuk memikatnya, beberapa bulan kebelakangan ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, hasrat lelaki terbabit ditolak secara baik ekoran wanita berusia 46 tahun itu sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak.

“Sebelum kejadian kebakaran itu, kami ada menerima laporan daripada mangsa berkaitan seorang lelaki datang ke kedai dan mengamuk sekitar jam 2.30 petang. 

“Suspek yang tiada pekerjaan datang ke kedai dan mengamuk sehingga mencederakan pengadu dan melemparkan kata-kata berunsur lucah,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Mengulas lanjut, Ahmad Adnan berkata, suspek turut mengancam keselamatan pengadu dengan mengugut mahu membakar tempat kerja dan dirinya.

“Disebabkan terlalu takut, pengadu bergegas ke Balai Polis Langkap untuk membuat laporan,” katanya

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, semasa laporan dibuat, kedai tempat pengadu bekerja yang juga milik adiknya dilaporkan terbakar.

Beliau berkata, menurut saksi di lokasi kejadian, mereka ada melihat suspek datang menyimbah petrol sebelum membakar kedai tersebut. 

“Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek. Semasa tangkapan, suspek cedera dengan kesan melecur di bahagian muka, tangan dan kaki . 

“Suspek juga dalam keadaan mabuk ketika tangkapan dilakukan oleh pihak polis,” katanya. 

Sementara itu, Ahmad Adnan berkata, suspek dimasukkan ke Hospital Teluk Intan dan masih menerima rawatan susulan ketika ini.

“Bomba datang ke lokasi kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran. Anggaran kerugian dialami lebih kurang RM100,000.

“Suspek yang tidak bekerja itu kini ditahan reman lima hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 435/323 Kanun Keseksaan,” katanya. - Getaran, 16 April 2023

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

realme C61 Telefon Berkuasa Pada Harga Mampu Milik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dibelasah 5 Lelaki Akibat Jalin Hubungan Sulit Dengan Isteri Orang

3

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Cipset Telefon Pintar Terbaharu MediaTek Dimensity 9200+ Bakal Diperkenalkan

4

TARA 3 tahun yang lalu

Hasilkan Gambar Melompat Anda Bersama Honor Magic5 Pro, Cukup Menakjubkan!

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar